web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Kisah Digelar ‘Kayu’, Dolla Yakin Berlakon!

Dolla tunjuk bakat sebagai pelakon, muncul dalam telefilem bertajuk ‘Dolla Watch Me Glow’.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2021 11:52AM

Gambar: Sadiq Asyraf Mohd. Yusof

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru setahun jagung melangkah ke industri, kumpulan gadis rancak yang memanggil diri mereka Dolla ini sudah boleh berbangga apabila kisah hidup mereka kini diangkat dalam sebuah telefilem bertajuk ‘Dolla Watch Me Glow’.

Telefilem arahan Izuan Mokhtar ini dibintangi oleh tentu sahaja ahli-ahli kumpulan Dolla seperti Tabby, Syasya, Sabronzo dan Angel serta pelakon-pelakon baharu dan veteren seperti Aniq Suhair, Catriona Ross, Fauziah Nawi, Azwan Ali, Angeline Tan, Douglas Lim serta ramai lagi.

‘Dolla Watch Me Glow’ diinspirasikan dari kisah benar kumpulan Dolla. Idea untuk mengangkat kisah hidup mereka tercetus daripada pihak Astro bersama Zeel Production yang melihat populariti serta impak Dolla terhadap golongan belia, wajar dikongsi bersama penonton. 

Mewakili anggota kumpulan, Sabronzo tidak menyangka apabila Astro menunjukkan minat untuk menerbitkan kisah hidup mereka menjadi telefilem. Biarpun bangga dengan peluang yang diberikan, dia melihat peluang itu dengan rasa rendah hati kerana ia terlalu besar untuk mereka.

“Kami sangat terkejut. Jika hendak dibandingkan dengan kumpulan lain, kami masih lagi baharu dan kerdil. Kami merasakan Dolla belum layak menerima pengiktirafan sejauh itu, namun kami tetap berbangga sekurang-kurangnya ada pihak yang mengiktiraf kami,” kata Sabronzo. 

Berkongsi pengalaman pertama kali mencuba bidang lakonan, Sabronzo akui mereka sedikit kekok ketika memasuki set penggambaran. Namun dengan bantuan pengarah serta krew produksi, mereka berjaya menjiwai watak masing-masing.

“Tidak dinafikan bukan mudah sebenarnya bergelar pelakon. Bagi saya bahagian yang paling sukar apabila ‘dipaksa’ untuk menangis. Saya amat mengagumi Tabby dan Syasya, mereka boleh melakonkan adegan menangis itu secara semula jadi,” ucapnya sambil ketawa.

Menurut Sabronzo lagi, kisah mereka dalam telefilem ini hampir 70 peratus sama dengan kisah kehidupan sebenar mereka. Pelbagai kisah suka dan duka bakal dikongsi dengan peminat, malah banyak juga perkara-perkara yang mungkin tidak diketahui oleh peminat Dolla sebelum ini.

Sabronzo menegaskan mereka tidak kisah mendedahkan perjalanan hidup mereka menerusi telefilem ini kerana beranggapan tiada apa yang perlu dirahsiakan daripada peminat-peminat Dolla. Kumpulan yang baru sahaja melancarkan lagu 'Raya Raya Raya!' ini sedia dikritik penonton.

“Hampir 70% kisah yang dipaparkan dalam telefilem itu ada kena mengena dengan kami. Cuma 30% sahaja kisah yang ditokok tambah bagi mewarnai telefilem ini supaya menjadikan ‘Dolla Watch Me Glow’ menjadi lebih menarik.”

“Kami tak kisah sekiranya ada yang mengatakan kami ‘kayu’ selepas menonton lakonan pertama kami. Dolla dikenali sebagai penyanyi dan penari, bidang lakonan bukan kepakaran kami. Jadi adatlah jika penonton merasakan mutu lakonan kami belum memuaskan,” akui Sabronzo berani. 

Walaupun masih hijau dalam dunia lakonan, Sabronzo mendedahkan Dolla kini mula meminati bidang ini. Malah mereka bersedia untuk lebih serius dalam bidang lakonan serta tidak akan menghalang anggota kumpulan Dolla yang lain jika menerima tawaran berlakon secara individu.

Sementara itu, pengarah kreatif merangkap penulis skrip, Marr Mohamad pula berkata, dia amat kagum dengan kemampuan Dolla berlakon biarpun pertama kali beraksi di hadapan kamera. Bagi menyelami kisah hidup mereka, dia meluangkan lima jam semata-mata untuk sesi temu ramah.

“Ada pelbagai kisah menarik yang mungkin peminat tidak tahu mengenai Dolla. Antaranya, bagaimana kumpulan itu mendapat tentangan keluarga kerana ingin bergelar penyanyi kerana ada antara mereka yang datang daripada keluarga yang alim.”

“Serta bagaimana Dolla berhadapan dengan kecaman-kecaman peminat di awal kemunculan mereka (yang dikatakan meniru Blackpink), sehingga ada yang terpaksa berjumpa dengan kaunselor kerana tertekan dengan buli siber,” kata Marr. 

Tambahnya lagi, apa yang sebenarnya ingin dipaparkan adalah tentang bagaimana Dolla boleh bermula, “Peminat mungkin tidak tahu mereka sebenarnya artis solo, tetapi pihak Universal Music Malaysia (penaung) menggabungkan keempat-empat mereka menjadi sebuah kumpulan.”

“Jadi kita mahu menunjukkan bagaimana mereka berempat mencipta keserasian, sedangkan identiti muzik mereka yang berbeza-beza. Kita juga ingin tekankan dalam ‘Dolla Watch Me Glow’, Dolla bukanlah Blackpink!,” terang Marr lanjut.

 

Sinopsis 'Dolla Watch Me Glow'

‘Dolla Watch Me Glow’ mengisahkan tentang Sabrina (Sabronzo), gadis yang sedang menyambung pengajian tinggi di peringkat sarjana muda dalam bidang perniagaan di sebuah universiti di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Ia juga tentang kisah Tabby, seorang anak tunggal perempuan yang dikongkong oleh keluarga. Manakala, Syasya pula sekian lama dibenci ibunya sendiri serta Angel, gadis yang sentiasa ingin terbang keluar dari zon selesa hidupnya.

Sabrina, Tabby, Angel dan Syasya ingin menggapai cita-cita dan minat mereka dalam bidang muzik. Pada awalnya, mereka berempat menjalani uji bakat di syarikat rakaman terkenal, Universal Music Malaysia secara solo. 

Bagaimanapun, penyelaras muzik syarikat berkenaan, Kelly (Azwan Ali) membuat keputusan untuk menyatukan mereka sebagai sebuah kumpulan. Sabrina yang sejak dari kecil bercita-cita hendak menjadi rapper, mula berasa tidak berpuas hati.

Dan bermulalah episod suka duka dan pelbagai peristiwa pahit manis antara keempat-empat gadis ini bagi membentuk sebuah kumpulan gadis rancak baharu yang akhirnya berjaya mencipta fenomena di pentas hiburan, dalam dan luar negara. – Getaran, 23 Mei 2021

Semua gambar: Universal Music Malaysia 

Isu Pada

Amyra Rosli, Menyemai Cinta

22 May 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH