web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menjelang Merdeka: Kenangi Semula Sambutan 2019 - 2023

Setiap tahun kita menyaksikan semangat rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan. Adakah anda masih ingat detik-detik yang berlaku pada bulan Merdeka sebelum ini?

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 10:47AM

Malaysia bakal meraikan Hari Kebangsaan Ke-66 pada 31 Ogos ini - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kehangatan bulan kemerdekaan kian terasa. Kurang daripada dua minggu lagi kita akan menyambut hari bersejarah negara. Untuk makluman, tahun ini acara Perarakan dan Perbarisan Merdeka pada 31 Ogos akan berlangsung di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Setiap tahun kita menyaksikan betapa semangatnya rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan. Tema bagi setiap tahun juga berubah mengikut senario semasa. Apa kata kita imbas semula inti pati sambutan kemerdekaan dari 2019 hingga 2023 yang bakal menjelang tiba.

2019 - Malaysia Bersih

Sambutan Merdeka 2019 mengetengahkan tema Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih, iaitu penekanan terhadap semangat perpaduan dan cintakan negara. Ini merujuk kepada kesejahteraan dan kemakmuran negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama dan bangsa bagi melahirkan jati diri yang bersih dan berwibawa.

Logonya melambangkan pergerakan tangan beserta bentuk hati yang bermaksud kasih sayang dan bersatu.

Pada tahun tersebut, Putrajaya menjadi tuan rumah untuk acara perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan dengan lagu tema 'Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ ciptaan Yusri Muhammad Idris, lirik Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff dan dinyanyikan Gemersik Chorus.

2020 - Malaysia Prihatin

Tema ini merujuk kepada usaha kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat.

Ia susulan penularan wabak COVID-19 di Malaysia yang menyebabkan hampir semua rakyat berada dalam keadaan sedih dan kecewa. Pada tahun itu juga, tiada sambutan Hari Kemerdekaan diadakan, malah tiada lagu tema dicipta.

Ketika itu, keselamatan rakyat lebih diutamakan dan semua diberi ingatan untuk tidak meninggalkan kediaman masing-masing. 

Namun, kerajaan tetap menyemarakkan hari bersejarah ini dengan mengadakan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang secara tertutup pada 28 Julai 2020 di Putrajaya.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi platform utama untuk menayangkan beberapa rancangan menarik buat tontonan rakyat.

Gambar - BERNAMA
Gambar - BERNAMA

2021 - Malaysia Prihatin

Pada 2021 selepas ancaman COVID-19 sudah mula menurun, sambutan Merdeka diadakan dan acara perarakan serta perbarisan Hari Kebangsaan telah berlangsung semula di Dataran Pahlawan, Putrajaya.

Masih mengekalkan tema dan logo yang sama, sambutan pada tahun tersebut bagaimanapun dibuat pada skala sederhana, terhad dan terkawal.

Ia juga tidak dibuka untuk orang awam kerana negara ketika itu masih dibelenggu ancaman COVID-19.

Berbanding tahun sebelum, tema Malaysia Prihatin kali ini merujuk kepada usaha kerajaan memerangi COVID-19 dengan sepenuh jiwa, menerusi penglibatan penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan atau secara persendirian.

Sambutan tersebut ketika itu ditonton di saluran RTM dan penstriman langsung di Facebook oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Merdeka 360 dan Jabatan Penerangan Malaysia. 

Kewujudan lagu tema bagaimanapun dikembalikan semula.

Menggunakan tajuk Malaysia Prihatin, ia dicipta Datuk Mokhzani Ismail, lirik oleh El Sol Akhmad dan dinyanyikan barisan artis terkemuka tanah air iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, Alif Satar, Syamel dan Aina Abdul.

2022 -  Keluarga Malaysia Teguh Bersama

Pada 2022, setelah Malaysia hampir pulih dari ancaman wabak COVID-19 dan kadar vaksinasi melebihi 50 peratus, sambutan Hari Kebangsaan kembali diadakan secara besar-besaran di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. 

Selepas beberapa ketika negara sunyi daripada kemeriahan sambutan, rakyat seakan ‘melepas geram’ apabila acara itu dihadiri sekitar 50,000 pengunjung.

Ia turut menyaksikan penglibatan hampir semua agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), selain penampilan pelbagai aset pertahanan.

Sambutan kali ini menggunakan logo berkonsepkan jalur liputan internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju untuk kemudahan rakyat. 

Tema itu sendiri membawa maksud masyarakat hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan serta kesyukuran (Keluarga Malaysia). 

Ia turut menggabungkan kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif dan mapan (Teguh Bersama).

2023 - Malaysia Madani

Di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan tahun ini, tema Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan diketengahkan bagi sambutan kemerdekaan yang akan diadakan pada 31 Ogos nanti bertempat di Putrajaya.

Ia membawa maksud sebuah konsep ikhtiar dan panduan secara bersepadu  serta holistik sebagai dasar pentadbiran negara yang lebih bermanusiawi. Pada masa sama, tema itu menekankan prinsip saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi dialog perdebatan.

Lagu tema pada tahun ini mempunyai sedikit kelainan kerana menampilkan kumpulan muzik tanah air, Bunkface dengan lagu bertajuk Malaysia Madani. Liriknya dicipta oleh ahli kumpulan itu sendiri, Sam dan Pidaus. Melodi dan rentak lagu yang dibawakan pula agak rancak dan penuh bersemangat.

Apapun senario yang melatari negara dan tema ditampilkan, jangan sesekali jati diri sebagai rakyat Malaysia dihilangkan.

Kita wajar berbangga dilahirkan di sebuah negara yang aman dan harmoni seperti Malaysia. - Getaran, 20 Ogos 2023

Sumber Foto: Jabatan Penerangan Malaysia dan BERNAMA

Isu Pada

Gemilang Putrajaya

26 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Laungan Keramat 'Merdeka' Kembali Bergema Di Banda Hilir Selepas 68 Tahun

2

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

4

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini