web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Suami Minta Izin Kahwin Lagi, Apa Isteri Patut Buat?

Boleh halang suami kahwin lain, tetapi mesti ada justifikasi dan anda juga perlu tuntut hak jika suami masih mahu teruskan niat berkahwin

TARA Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 10:20AM

Isteri boleh menghalang suami berkahwin lain apabila terdapat keperluan untuk membantah - gambar hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wanita mana yang sanggup bermadu biarpun si suami bermati-matian berjanji akan berlaku adil dan saksama. Mungkin kerana inilah muncul istilah ‘payung emas’, kononnya ada hadis yang mengatakan wanita akan memperoleh ganjaran itu sekiranya membenarkan suaminya berpoligami. Hakikatnya, ini adalah hadis palsu. 

Selain itu, wanita juga ‘ditakutkan’ dengan hukum Allah yang mendakwa berdosa jika menghalang niat si suami untuk berkahwin lain, sedangkan hakikatnya, ada banyak perkara yang perlu seiring dan perlu dipertimbangkan apabila membabitkan isu poligami. Jadi apabila suami anda tiba-tiba menyuarakan hasratnya untuk berkahwin lain, sebagai isteri anda sebenarnya boleh menghalangnya apabila terdapat keperluan untuk membantah dan hukumnya tidak berdosa!

Namun, berdosa apabila menghalang suami berkahwin lain dengan tindak tanduk yang tidak mematuhi syarak seperti mengugut mencederakan diri sendiri atau orang lain.

Jika larangan tersebut disertakan dengan justifikasi ke atas perkara-perkara yang disyariatkan, maka adalah dibenarkan dan dianjurkan. Contohnya, jika berpoligami akan menyebabkan kezaliman pada nafkah dan qismah (pembahagian hari antara isteri) isteri-isteri, atau nafkah anak-anak dan ibu bapa, maka perbuatan melarang serta menghalang itu adalah adalah satu nasihat yang terpuji dalam agama.

Ini termasuklah untuk mencegah daripada menyakiti hati isteri dan mengakibatkan gangguan berlebihan apabila isteri itu ditimpa penyakit cemburu. Ini berdalilkan hadis daripada al-Miswar bin Makhramah RA bahawa Rasulullah SAW berkhutbah di atas mimbar:

إِنَّ بَنِي هِشَامِ بْنِ المُغِيرَةِ اسْتَأْذَنُوا فِي أَنْ يُنْكِحُوا ابْنَتَهُمْ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ، فَلاَ آذَنُ، ثُمَّ لاَ آذَنُ، ثُمَّ لاَ آذَنُ، إِلَّا أَنْ يُرِيدَ ابْنُ أَبِي طَالِبٍ أَنْ يُطَلِّقَ ابْنَتِي وَيَنْكِحَ ابْنَتَهُمْ، فَإِنَّمَا هِيَ بَضْعَةٌ مِنِّي، يُرِيبُنِي مَا أَرَابَهَا، وَيُؤْذِينِي مَا آذَاهَا

Maksudnya: “Sesungguhnya Bani Hisyam bin al-Mughirah meminta izin kepadaku agar aku menikahkan anak wanita mereka dengan Ali bin Abu Thalib, namun aku tidak mengizinkan kepada mereka, aku tidak mengizinkan kepada mereka, aku tidak mengizinkan kepada mereka!”

“Kecuali jika Ali bin Abu Tolib menceraikan anakku lalu menikahi anak wanita mereka. Sesungguhnya anakku (Fatimah) adalah bahagian dariku, aku merasa senang dengan apa sagaja yang menyenangkannya dan aku merasa sakit atas semua yang menyakitinya." (Riwayat al-Bukhari (5320) dan Muslim (2449))

Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani: “Dan sebab padanya (larangan ke atas Ali untuk berpoligami semasa pernikahan dengan Fatimah) seperti mana yang telah disebut dahulunya dalam (bab) manaqib (Fatimah) bahawa beliau telah ditimpa (ujian) kehilangan ibunya (Khadijah) kemudian saudari-saudari perempuannya, seorang demi seorang, sehingga tiada siapa yang tinggal untuk beliau mengadukan isu-isu kerahsiaan (rumah tangga) supaya melegakan perasaan akibat cemburu.”

Ibn Hajar juga membawa riwayat al-Zuhri yang menyebut sabda Rasulullah SAW:

وَأَنَا أَتَخَوَّفُ أَنْ تُفْتَنَ فِي دِينِهَا يَعْنِي أَنَّهَا لَا تَصْبِرُ عَلَى الْغَيْرَةِ فَيَقَعُ مِنْهَا فِي حَقِّ زَوْجِهَا فِي حَالِ الْغَضَبِ مَا لَا يَلِيقُ بِحَالِهَا فِي الدِّينِ

Maksudnya: “Dan aku risau bahawa agamanya (yakni Fatimah) akan ditimpa ujian fitnah,” yakni Fatimah menjadi tidak sabar kerana cemburu lalu berlaku sesuatu yang tidak layak pada darjat beliau pada agama daripada beliau semasa marah.” (Rujuk Fath al-Bari (9/329)

Oleh itu, janganlah terus menjatuhkan hukum haram dan seterusnya berdosa bagi seorang isteri itu menghalang niat si suami untuk berkahwin.

Tuntut Harta Sepencarian

Seandainya anda tidak punya masalah dan merelakan suami untuk berkahwin lain, janganlah terlalu naif sehingga mengabaikan hak-hak seorang isteri. Tahukah anda sebelum suami berpoligami, isteri dibenarkan untuk menuntut harta sepencarian? Ini bagi memastikan isteri mendapat hak dan bahagiannya dengan jelas terlebih dahulu.

Namun, ia tidaklah bermakna setelah itu isteri tidak lagi berhak terhadap harta sepencarian. Isteri akan tetap berhak mendapat harta sepencarian mengikut dari tarikh dia mengambil hak-haknya sehinggalah ke akhir hayatnya atau sekiranya dia bercerai dengan suaminya. Fakta ini dikongsikan oleh Peguam Syarie Nurain menerusi satu hantaran Facebook.

Sementara itu, Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli dalam satu perkongsian menyenaraikan tujuh perkara yang harus dituntut oleh seorang isteri apabila suaminya mahu berkahwin lain iaitu meminta tempat tinggal berasingan dan selesa, membayar bil utiliti, duit belanja makan dan minum, pakaian dan keperluan wanita, layanan yang baik, tidak boleh naik tangan serta giliran bermalam yang adil.  

Selain itu, paling penting anda mesti nasihatkan suami membuat permohonan poligami di mahkamah. Ambil tahu segala prosedur kerana inilah satu-satunya peluang untuk anda menuntut hak sebagai isteri pertama. Tanpa kertas kerja dan sebarang rekod, percayalah jika berlaku sesuatu yang tidak diingini nanti, ia akan menyukarkan anda membuat sebarang tuntutan di mahkamah. - Getaran, 20 Ogos 2023

Rujukan hadis : https://muftiwp.gov.my/ 

Isu Pada

Gemilang Putrajaya

26 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

2

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

4

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman