web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


7 Trek Laluan Basikal 'Best' Untuk Riadah Hujung Minggu

Hujung minggu ini mungkin anda boleh bawa keluarga atau mengajak kawan-kawan untuk berbasikal di lima lokasi ini

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 9:58AM

Berbasikal amat bagus untuk kesihatan jantung dan meningkatkan tahap kecergasan - gambar Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berbasikal kini sudah menjadi aktiviti riadah popular di kalangan rakyat Malaysia. Selain menyewa basikal daripada operator penyedia perkhidmatan, ramai juga yang sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi demi melayan minat yang satu ini. 

Dari segi kesihatan, berbasikal mempunyai banyak manfaat seperti meningkatkan kecergasan jantung, meningkatkan kekuatan otot, mengurangkan lemak badan, mencegah pelbagai penyakit, dan mengurangkan stres dan tekanan.

Untuk anda yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti senaman ini, jom ambil tahu di mana trek berbasikal yang popular dan selamat untuk diterokai.

1. Wilayah Persekutuan Putrajaya

Gambar - Kelab Tasik Putrajaya
Gambar - Kelab Tasik Putrajaya

Dengan statusnya sebagai sebuah bandar pintar dalam taman, Putrajaya sememangnya menawarkan fasiliti yang terbaik untuk aktiviti berbasikal. Taman Botani, Taman Putra Perdana, Taman Rimba Alam, Taman Wawasan dan Taman Saujana Hijau merupakan taman-taman yang menjanjikan pengalaman berbasikal menyeronokkan. 

Sepanjang trek anda boleh berhenti beberapa kali untuk menikmati pemandangan atau lanskap yang menghijau. Jika tidak mahu ke taman, boleh mengelilingi Masjid Putra, Jambatan Putra, dan Tasik Putrajaya yang menjanjikan suasana tenang dan santai.

2. Taman Botani Negara, Shah Alam

Gambar - Facebook Taman Botani Negara
Gambar - Facebook Taman Botani Negara

Taman yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Cherakah dan Bukit Cahaya Seri Alam ini sememangnya popular di kalangan mereka yang gemar berbasikal. Di sini anda boleh berbasikal dengan bebas tanpa takut atau bimbang tentang keselamatan. Tiada kenderaan yang dibenarkan masuk, hanya bas pengantara yang beroperasi. 

Anda boleh membawa basikal sendiri ke sini dengan dikenakan caj minimum. Jika tidak punya basikal, boleh sewa daripada operator yang menyediakan perkhidmatan sewa basikal. Bagaimanapun, datang awal pagi, jika tidak, ada kemungkinan basikal habis disewa ataupun tidak berada dalam keadaan yang baik.

3. Taman Tasik Titiwangsa

Gambar - BERNAMA
Gambar - BERNAMA

Dengan keluasan 95 hektar, Taman Tasik Titiwangsa atau lebih popular dengan nama Lake Garden ini merupakan tumpuan warga kota untuk mencari ketenangan di hujung minggu selepas menjalani rutin harian yang memenatkan. 

Lokasinya terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur membuatkan ramai juga pelancong asing yang singgah untuk mengutip kenangan. Berbasikal mengelilingi tasik merupakan salah satu aktiviti yang cukup popular. Ramai yang gemar berkayuh santai dengan berhenti beberapa kali untuk mengambil gambar atau piknik. Jika tidak punya basikal, boleh sewa sahaja. Boleh pilih basikal solo atau tandem.

Satu lagi kelebihan berbasikal di sini ialah taman ini menyediakan pelbagai kemudahan asas demi keselesaan pengunjung. Tandas awam, surau dan tempat letak kereta yang luas ada di sini. 

4. Taman Metropolitan Kepong

Gambar - : @actlistaphotography
Gambar - : @actlistaphotography

Taman yang terkenal dengan aktiviti bermain layang-layang ini juga seronok dijadikan port berbasikal bersama keluarga mahupun rakan-rakan pada hujung minggu. Dengan adanya tasik di tengah-tengah taman ini, ia mencipta pemandangan asyik dan boleh dijadikan subjek fotografi. 

Mempunyai keluasan 90 hektar keseluruhan, taman ini sebenarnya tidak mempunyai trek basikal khas, tetapi ia mempunyai laluan siar kaki sejauh 3.5 kilometer untuk keselesaan pengunjung. Jangan risau, walaupun ada pengunjung yang menggunakan trek ini untuk joging, berjalan kaki dan bermain kasut roda, pengalaman berbasikal  di sini tidak akan menghampakan. Paling penting ia selamat.

5. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Boleh singgah di Sky Walk untuk menikmati pemandangan alam - gambar @frimkepong
Boleh singgah di Sky Walk untuk menikmati pemandangan alam - gambar @frimkepong

Jika anda seorang pengayuh basikal ‘otai’, trek yang tersedia di FRIM mungkin boleh menjadi padang permainan anda. Ini kerana selain laluannya berbukit-bukit seperti di Taman Botani Negara, Shah Alam, trek tersedia mempunyai tiga pilihan jarak, 10 kilometer, 20 kilometer dan 30 kilometer. 

Bagaimanapun, anda perlu bawa basikal sendiri dan trek ini boleh diakses dari jam 7.00 pagi hingga 6.30 petang. Alang-alang sudah sampai ke sini, boleh juga singgah ke Jejantas Rimba atau Forest Skywalk. Jejantas sepanjang 250 meter ini mempunyai 11 menara dan lapan jambatan dengan beberapa pelantar berketinggian di antara 18-50 meter.

6. George Town, Pulau Pinang

Selain berbasikal di George Town, anda juga boleh mengikuti pakej berbasikal di kampung sekitar - gambar @mataharicycletours
Selain berbasikal di George Town, anda juga boleh mengikuti pakej berbasikal di kampung sekitar - gambar @mataharicycletours

Khusus untuk mereka yang bercuti ke Pulau Pinang, anda pasti maklum dengan keadaan trafik di pusat bandar ini walaupun pada hujung minggu. Jadi, jika anda mahu meneroka tempat-tempat menarik di pusat bandar, bolehlah cuba aktiviti berbasikal dari satu tempat ke tempat yang lain.

Memang benar, ia agak mencabar kerana ada laluan yang memerlukan anda berkongsi dengan kenderaan lain, tetapi ia masih selamat asalkan anda mematuhi peraturan lalu lintas. 

Namun perlu diingatkan, laluan basikal sama ada secara berasingan atau berkongsi dengan kenderaan bermotor telah disediakan di beberapa kawasan pulau. Kawasan yang terlibat termasuk persisiran pantai timur dari Batu Maung ke Queensbay Mall dan dari Pantai Jerejak ke Sungai Pinang, kawasan pusat bandar George Town dan Zon Warisan, Persiaran Gurney ke Teluk Bahang, Teluk Bahang ke Bayan Lepas serta laluan di kawasan perkampungan dan tepi pantai di Balik Pulau.

7. Langkawi, Kedah

Gambar - Bike Riding Tales
Gambar - Bike Riding Tales

Pulau peranginan ini tidak dinafikan mampu menawarkan pemandangan alam yang cukup indah jika berbasikal di sini. Ada banyak laluan yang tidak sibuk untuk diterokai. Namun, jika anda teragak-agak, boleh ikuti produk pelancongan yang diperkenalkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) iaitu Langkawi Cyclotourism. 

Produk pelancongan yang diperkenalkan beberapa tahun yang lalu ini menawarkan tujuh laluan berbasikal iaitu Legendary Route, Ironman Route, Gunung Raya Route, 99Bikes MTB Trail, Chengkuan MTB Trail, Bukit Sawak Trail dan Buffalo Park Trail.

Setiap satu menawarkan pengalaman yang berbeza. Selain dapat meneroka keindahan alam semula jadi, anda juga berpeluang mendekati budaya dan cara hidup masyarakat setempat. - Getaran, 20 Ogos 2023

Isu Pada

Gemilang Putrajaya

26 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nak Beriadah Pun Janganlah Sampai Bahayakan Nyawa

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Muhammad Shah Firdaus, Nurul Syasya Nadiah Dipilih Olahragawan, Olahragawati Johor

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi