web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selamat Hari Kidal Sedunia, Anda Memang Unik!

Walaupun individu kidal digambarkan sebagai unik dan kreatif, mereka terpaksa menempuh pelbagai kesukaran kerana dunia didomimasi oleh individu bertangan kanan

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2023 2:48PM

Man Kidal ialah antara gitaris legenda di Malaysia - Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tanggal 13 Ogos merupakan Hari Kidal Sedunia yang disambut khas untuk meraikan keunikan dan keistimewaan individu bertangan kidal.

Tahukah anda perkataan kidal berasal daripada singkatan 'kiri dari lahir' yang merujuk kepada mereka yang cenderung menggunakan tangan kiri berbanding tangan kanan dalam kehidupan seharian. 

Secara puratanya, satu daripada setiap 10 orang adalah kidal. Ramai orang kidal cemerlang dalam melakukan perkara yang rumit dan kompleks. 

:Pelukis Monalisa, Leonardo Da Vinci ialah individu kidal yang memiliki pelbagai keistimewaan
:Pelukis Monalisa, Leonardo Da Vinci ialah individu kidal yang memiliki pelbagai keistimewaan

Jadi, tidak hairanlah jika ramai pemuzik, arkitek, pakar matematik, orang seni dan penulis adalah kidal! 

Walaupun begitu, kidal juga mengalami cabaran-cabaran yang unik dalam kehidupan mereka kerana dunia ini rata-ratanya direka untuk manusia yang menggunakan tangan kanan.

3 Personaliti Kidal Yang Unik dan Popular

1. Man Kidal

Sudah tentulah beliau kidal dan bermain gitar dengan tangan kiri! Pemain gitar utama kumpulan era 80-90an Lefthanded ini mendapat status gitaris legenda Malaysia kerana kehebatan beliau di pentas.

2. Leonardo Da Vinci

Leonardo Da VInci - gambar Getty Images
Leonardo Da VInci - gambar Getty Images

Seorang yang pakar dalam pelbagai bidang juga kidal. Beliau seorang pelukis tersohor era Renaissance, arkitek, saintis, pelukis plan, jurutera dan macam-macam lagi. Mona Lisa dan The Last Supper adalah di antara banyak hasil seni terkemuka Leonardo da Vinci.

3. John McEnroe

Pemain tenis terkenal  dunia era 80an ialah seorang kidal yang cukup tangkas di gelanggang. Beliau tersenarai di antara 10 pemain tenis terbaik dunia.

John McEnroe - gambar Wikipedia
John McEnroe - gambar Wikipedia

Selain tiga personaliti ini, ramai lagi yang popular juga kidal seperti Tom Cruise, Oprah Winfrey, Barack Obama dan Le Bron James.

Jangan tak tahu, actor Tom Cruise juga seorang individu kidal - gambar Getty Images
Jangan tak tahu, actor Tom Cruise juga seorang individu kidal - gambar Getty Images

Selamat Hari Kidal Sedunia 2023 kepada mereka yang kidal daripada Getaran. - Getaran, 13 Ogos 2023

Isu Pada

Bicara Hati Halim Othman

12 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini