Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jom Tayang Jari Berdakwat Biru, Rebut 10 Tawaran F&B Sempena PRN

Sesudah berinai biru, bawa diri ke lokasi selera yang anda gemari untuk tawaran yang sukar dilepaskan ini

TARA Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2023 12:29AM

Tunjukkan tawaran yang terdapat di akaun Instagram Boat Noodle untuk mendapat semangkuk mi percuma

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jom keluar mengundi dan rebut tawaran menarik daripada rangkaian restoran, minuman dan kedai serbaneka berikut. Inilah masanya untuk anda menunaikan tanggungjawab sebagai warga Malaysia. 

Sesudah berinai biru, bawa diri ke lokasi selera yang anda gemari ini. Gembirakan hati dengan makanan dan minuman, dan banyakkan doa moga calon yang anda pilih dapat memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Jom semak tawaran berikut:

1. Minuman RM6 daripada Tealive 

Promosi ini sebenarnya sudah bermula dari 24 Julai tempohari. Terdapat 6 pilihan air yang boleh dibeli pada harga ini dan pembelian boleh dibeli di cawangan Tealive, seluruh Malaysia. Pembelian dalam talian juga dibenarkan. 

2. Bayar RM1 sahaja di A&W 

Raikan Ulang Tahun ke-60 A&W Malaysia dengan tawaran ini!  Sama ada anda seorang pengundi atau bukan pengundi, hanya bayar RM1 untuk minuman Root Beer kegemaran ramai. Ini bermakna, sama ada anda mengundi atau tidak, promosi ini boleh dinikmati! Promosi sah pada 12 Ogos sahaja, di semua cawangan A&W Malaysia.

3. Potongan separuh harga di Starbucks 

Pada hari istimewa ini, hadiahkan diri anda dan orang tersayang dengan diskaun 50% untuk minuman kedua apabila anda membeli mana-mana minuman ‘handcrafted’ daripada Starbucks Malaysia. 

Promosi ini sah pada 12 Ogos untuk minuman terpilih dan di enam buah negeri yang menjalani pilihan raya negeri.

4. Burger King 

“Jom undi dan dapatkan hadiah percuma dari kami. Tunjukkan jari anda yang berdakwat dan dapatkan Coca-Cola (M) PERCUMA” – hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram rangkaian restoran makanan segera ini. 

5. Tawaran 50 peratus di US Pizza terpilih 

Tunjukkan jari berdakwat anda di rangkaian restoran ini dan nikmati diskaun 50 peratus untuk semua menu ala carte! Bagaimanapun hanya di restoran terpilih, tetapi tidak dinyatakan butiran lengkap. Sah untuk makan di kedai dan selagi stok masih ada. Siapa cepat, dia dapat.

6. Semangkuk mi percuma di Boat Noodle 

Percuma satu mangkuk mi di cawangan Boat Noodle pada 12 Ogos 2023 selepas anda selesai mengundi! Apa yang anda perlu lakukan ialah, menunjukkan hantaran mengenai tawaran ini (pergi ke akaun Instagram mereka) kepada petugas restoran dan tayang jari berdakwat anda. Boleh didapati di semua cawangan Boat Noodle tanpa sebarang perbelanjaan minimum.

7. Hidangan percuma di Sushi King 

Tawaran sah hanya di cawangan Lembah Klang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Sushi King menawarkan satu set sushi Goma Lidako Trio secara percuma dengan sebarang pembelian. Caranya masih sama dengan di tempat lain. Tunjukkan jari berdakwat anda dari 12-13 Ogos untuk menuntut ganjaran ini! 

8. Beli satu, percuma satu di Texas Chicken

Manjakan diri anda dengan merebut tawaran ‘Beli 1 Percuma 1’ untuk hidangan ‘Crunchy Jalapeño Wraps’ a la carte restoran ini. Ganjaran ini memang layak diberikan kepada mereka yang sudah menyempurnakan kewajipan sivik. Tawaran ini tersedia dari 11-14 Ogos 2023 di semua negeri terlibat dengan PRN. 

9. Piza RM1 di Domino’s Pizza

Jom dapatkan 1 piza besar (large) pada harga RM1 sahaja. Namun, ia mestilah dipesan bersama pembelian piza pada harga biasa atau ala carte. Tawaran sah di semua negeri dan untuk pembelian di kedai sahaja. 

10.  Pelbagai tawaran menarik di CU

Kedai kegemaran ramai ini menyediakan beberapa tawaran menarik untuk direbut selama tiga hari bermula 11 – 13 Ogos 2023. Dengan harga RM1.00 anda sudah boleh membeli aiskrim dan minuman kedua. Selain itu, ada juga diskaun 50 peratus untuk makanan terpilih. Boleh intai akaun Instagram CU untuk maklumat lanjut.

Selamat mengundi dan menikmati tawaran yang tersedia. - Getaran, 12 Ogos 2023

Foto : Daripada akaun Instagram setiap jenama.

Isu Pada

Bicara Hati Halim Othman

12 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

ADUN Jepak Ditentukan Hari Ini, Proses Bermula 7.30 Pagi

2

Politik 7 bulan yang lalu

Pusat Pengundian Ditutup, Proses Kira Undi Bermula

3

Politik 8 bulan yang lalu

PM, Isteri Mengundi Di SK Penanti

4

Politik 8 bulan yang lalu

Altimet Penat, Mahu Tidur Selepas Semua Selesai 

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja