Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Wagyu Miyazaki, Kisah Di Sebalik Daging Terbaik Dunia

Lebih daripada sekadar potongan wagyu biasa, wagyu Miyazaki mewakili daging paling premium malah digelar sebagai daging wagyu terbaik dunia

TARA Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 6:57PM

Miyazaki, wagyu terbaik dunia yang menjadi kegemaran pencinta daging - gambar Visitmiyazaki.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penggemar daging pasti mengetahui bahawa daging wagyu dari Jepun ini merupakan antara daging lembu yang enak dan berkualiti. Namun mungkin juga terdapat segelintir daripada mereka tidak mengetahui tentang tentang salah satu daging premium ini yang dipanggil wagyu Miyazaki. 

Wagyu Miyazaki mewakili daging paling premium - gambar Unsplash
Wagyu Miyazaki mewakili daging paling premium - gambar Unsplash

Lebih daripada sekadar potongan wagyu biasa, Miyazaki mewakili daging yang paling premium malah telah digelar sebagai daging wagyu terbaik di dunia. Apakah yang menjadikan wagyu Miyazaki terbaik? 

Kategori daging wagyu Jepun ini ambil sempena nama asal penternakan lembunya yang berasal dari wilayah Miyazaki. Ia di datangkan secara eksklusif daripada lembu hitam Jepun (dikenali sebagai Kuroge Washu). Secara amnya, daging wagyu perlu berasal daripada salah satu daripada empat baka lembu Jepun iaitu coklat Jepun, hitam Jepun, polled Jepun atau shorthorn Jepun.

 Salah satu kawasan ladang ternakan di wilayah Miyazaki, Jepun - gambar Unsplash
Salah satu kawasan ladang ternakan di wilayah Miyazaki, Jepun - gambar Unsplash

Petani Wagyu di wilayah Miyazaki sangat berdedikasi dengan perdagangan mereka. Kebiasaanya mereka hanya menternak beberapa ekor lembu pada satu masa. Lembu-lembu ini juga mempunyai sejarah pembiakan tersendiri yang menjadi lagenda, salasilah baka dan rekod pengenalan genetik masing-masing

Dari segi pemakanan pula, lembu-lembu itu diberi makan jagung, gandum dan barli yang menggemukkan tetapi dalam kuantiti seimbang. Malah ia dipelihara di persekitaran yang sangat rendah tekanan dan banyak ruang untuk berkeliaran untuk bergerak serta berehat bagi menghasilkan testur daging wagyu yang berkualiti.

Ini kerana adrenalin daripada lembu yang tertekan boleh mengeraskan daging seterusnya menyebabkan nilai dan kualti daging wagyu itu rendah seterusnya memberi kesan kepada kelembutan dan lemaknya pada daging tersebut

Potongan daging ini mesti memperoleh gred A4 atau lebih tinggi dan mempunyai skor BMS 7 atau lebih tinggi - gambar Usplash
Potongan daging ini mesti memperoleh gred A4 atau lebih tinggi dan mempunyai skor BMS 7 atau lebih tinggi - gambar Usplash

Selain itu, label pembungkusan untuk wagyu Miyazaki juga mempunyai beberapa cara yang berbeza, seperti wagyu Miyazaki, kensan gyu Miyazaki, Miyazakigyu atau hanya 'daging lembu dari wilayah Miyazaki'.

Mungkin ia suatu perkara yang kecil namun setiap label mempunyai makna yang berbeza dan penting untuk mengetahui maklumat tersebut yang anda lihat sebelum membeli.

Di samping itu, potongan daging wagyu ini mesti memperoleh gred A4 atau lebih tinggi dan mempunyai skor BMS 7 atau lebih tinggi. Jika daging lembu memperoleh kurang daripada A4 atau BMS 7, ia mungkin dipanggil Miyazaki kensan gyu, Miyazaki wagyu atau kadang-kadang hanya daging lembu Miyazaki.

 Miyazakigyu adalah salah satu potongan stik yang paling tipis dan paling halus di dunia - gambar Istock
Miyazakigyu adalah salah satu potongan stik yang paling tipis dan paling halus di dunia - gambar Istock

Wagyu Miyazaki kadangkala digambarkan sebagai rasa 'lebih kuat' atau sedap daripada jenis wagyu Jepun yang lain. Malah daging dari Miyazaki juga memiliki warna merah ceri pada daging dan berbeza dengan jenis daging wagyu yang lain.

Ia mempunyai rasa yang sangat kaya, tekstur lembut dan rasa seperti lemak mentega yang cair di mulut. Bagi mendapatkan elemen rasa tersebut, disarankan untuk daging tersebut tidak dimasak atau ditenggelamkan dalam kuah terlalu berempah. Dengan itu, barulah anda akan mendapatkan tekstur yang terbaik.

Untuk makluman, Wagyu MIyazaki A5 atau Miyazakigyu adalah salah satu potongan stik yang paling tipis dan paling halus di dunia. Ini kerana sifat dan nilainya yang tinggi dengan penjagaan teliti baka. Ketika membeli, pastikan wagyu Miyazaki wagyu ini diimport dari Jepun  sahaja dan bukan dari negara lain. Jika tidak, secara teknikalnya daging tersebut bukanlah kategori Miyazaki.

Dianggarkan seekor lembu wagyu Miyazaki hidup boleh mencecah sehingga AS,000 (RM136,769) - gambar wagyushop.com
Dianggarkan seekor lembu wagyu Miyazaki hidup boleh mencecah sehingga AS,000 (RM136,769) - gambar wagyushop.com

Berbicara mengenai harga, sudah tentulah ia agak mahal. Daging import ini berharga lebih kurang AS$100 (RM460) setiap paun. Apatah lagi jika ia wagyu Miyazaki gred A5. Dianggarkan seekor lembu wagyu Miyazaki hidup boleh mencecah sehingga AS$30,000 (RM136,769).

Maka tidak hairanlah jika wagyu Miyazaki wagyu ini memiliki kualiti daging premium yang tinggi dan harga yang begitu mahal. Jika ada rezeki lebih, ambillah peluang untuk merasai daging premium ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, pasti memuaskan hati anda! - Getaran, 5 Ogos 2023

Sumber: cozymeal.com

Isu Pada

Bicara Hati Halim Othman

12 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

2

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

3

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

4

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

5

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

6

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi