Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Destinasi Merdeka Paling Popular Untuk Memburu Hidangan Menggiurkan! 

Ketahui lima destinasi pilihan utama sempena Merdeka untuk memburu makanan yang disenaraikan oleh platform pelancongan digital Agoda.

TARA Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 1:15PM

Memburu makanan laut segar ialah kemestian jika anda berkunjung ke Sabah! - gambar Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Salah satu perkara yang menyatu-padukan rakyat Malaysia ialah makanan. Nasi lemak, roti canai, mi goreng mamak, laksa, char kuetiau dan teh tarik merupakan hidangan yang tidak mungkin dapat dipisahkan dengan negara yang berbilang kaum ini.

Agoda memahami kepentingan makanan dalam menjadikan sebuah perjalanan satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan, dan sempena merdeka kali ini, platform ini membawakan kempen ‘kegilaan meleleh’ untuk meneroka kepelbagaian makanan yang menjadikan buruan rakyat Malaysia 

Agoda telah mengkaji data tempahannya dan akhirnya menyenaraikan lima lokasi domestik teratas yang menjadi pilihan ramai sempena cuti hujung minggu yang panjang sempena hari kebangsaan nanti. Informasi ini lengkap dengan cadangan hidangan untuk dicuba dan tempat penginapan yang menarik.

Rossa Malacca antara yang dicadangkan Agoda untuk lokasi penginapan menarik - gambar Agoda
Rossa Malacca antara yang dicadangkan Agoda untuk lokasi penginapan menarik - gambar Agoda

“Kami sedari bahawa cara menawan hati seseorang adalah melalui makanan, dan warga Malaysia juga tidak terkecuali dalam hal ini,” ulas Pengarah Negara, Malaysia dan Brunei, Agoda, Cleland Robertson. 

“Di Agoda, misi kami adalah untuk memberi inspirasi kepada pelancong untuk memulakan perjalanan yang menarik dan menemui pengalaman baharu. Dalam kes ini, citarasa baharu. Melalui senarai destinasi terbaik yang disusun rapi ini, kami mengalu-alukan anda semua untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-66 dengan aktiviti kegemaran kita semua iaitu menjamu selera!”

“Kami ingin menggalakkan semua untuk meraikan warisan budaya Malaysia yang kaya dengan menikmati pelbagai hidangan ikonik dan juga meneroka permata kulinari yang tersembunyi,” tambah Cleland.

#1 Kuala Lumpur 

Hentian pertama, Kuala Lumpur – destinasi domestik paling popular di Agoda pada hujung minggu Merdeka yang panjang. Ibu kota yang meriah ini memang sukar ditandingi dalam bab tempat-tempat makanan jalanan. 

Bersedialah untuk menjamu selera dengan makanan yang enak seperti sate dan nasi lemak yang harum yang pastinya membuatkan anda menari gembira. Bercakap tentang kebahagiaan, apa kata anda ‘burgembira’ di WhiteBurger, Kampung Baru, sebuah tempat makan yang unik dengan pemandangan yang hebat. 

Kepingan daging burger segar dan sos penuh perisa ini perlu dicuba jika anda memilih untuk berkunjung ke Kuala Lumpur - gambar Maqan City
Kepingan daging burger segar dan sos penuh perisa ini perlu dicuba jika anda memilih untuk berkunjung ke Kuala Lumpur - gambar Maqan City

Kedai burger ini menyajikan burger yang enak, berlatarbelakangkan pemandangan Menara Berkembar Petronas yang ikonik, menjadikannya satu tempat untuk meraikan Hari Merdeka dengan penuh bergaya.

Penginapan cadangan: Bermalam di hab warisan Kuala Lumpur di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Jalan Petaling

Alami keseronokan menginap di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur - gambar Agoda
Alami keseronokan menginap di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur - gambar Agoda

#2 Pulau Pinang 

Sesuai dengan gelarannya sebagai syurga makanan, Pulau Pinang menduduki tempat kedua dalam senarai ini. Pulau Mutiara ini menawan hati semua penggemar makanan dengan pelbagai pilihan makanan jalanan dan kedai makan tradisional yang hebat. 

Roti Canai Transfer Road ini antara yang sering diburu pelancong di Pulau Pinang - gambar Rahayu MN
Roti Canai Transfer Road ini antara yang sering diburu pelancong di Pulau Pinang - gambar Rahayu MN

Jamu selera anda dengan Asam Laksa Pulau Pinang yang terkenal di dunia, char kuetiau dan juga Rojak Pulau Pinang. Sempena sambutan 66 ulang tahun kemerdekaan, bolehlah memberi penghormatan kepada tokoh makanan tempatan yang telah mencipta hidangan kulinari hebat sejak berdekad lamanya, iaitu Uncle Guan, maestro masakan Apom Guan yang berusia 77. 

Snek legenda Uncle Guan, Apom Pisang Guan perlu dicuba! - gambar Penang Foodie
Snek legenda Uncle Guan, Apom Pisang Guan perlu dicuba! - gambar Penang Foodie

Nikmati Apam Pisang Apom Guan yang terkenal sebagai penkek terbaik di pulau tersebut.

Areca Penang menawarkan penginapan yang amat memikat hati - gambar Agoda
Areca Penang menawarkan penginapan yang amat memikat hati - gambar Agoda

Penginapan cadangan: Imbau kegemilangan zaman lampau dengan menerokai warisan Pulau Pinang yang kaya di Areca Hotel Penang, sebuah hotel warisan yang memikat hati di pusat bandar Georgetown yang bersejarah. 

#3 Melaka 

Di samping keajaiban warisan budayanya, Melaka juga terkenal sebagai destinasi masakan yang berinovasi, tempat kelahiran beberapa hidangan Malaysia yang trendy dan digemari ramai. Sajian seperti Klebang Coconut Shake yang menyegarkan dan mihun udang berkeju memeriahkan dunia kulinari Melaka yang memikat hati. 

Piza Parang yang wajib dicuba penggemar piza di Melaka
Piza Parang yang wajib dicuba penggemar piza di Melaka

Grass Stream Kitchen - sebuah tempat makan ala-kampung telah meraih populariti di media sosial dengan kemasyhuran Piza Parang. Piza ini dipotong secara unik dengan menggunakan parang. Pengalaman hidangan yang bukan konvensional ini sudah pasti membuatkan sesiapa sahaja teruja.

Keindahan Rosa Malacca pasti melenakan tidur anda - gambar Agoda
Keindahan Rosa Malacca pasti melenakan tidur anda - gambar Agoda

Penginapan cadangan:  Nikmati tidur lena di Rosa Malacca. Terletak di tengah-tengah bandar Warisan Dunia UNESCO, hotel dengan binaan ala-industri ini menawarkan akses yang mudah ke tempat-tempat bersejarah dan pada masa yang sama menyediakan suasana yang tenang untuk istirahat. 

#4 Kota Kinabalu

Terletak di kepulauan tropika Borneo, Sabah, Kota Kinabalu memikat dengan hidangan yang terhasil daripada gabungan cita rasa asli tempatan dan makanan laut yang menyelerakan. Jamu selera dengan rasa aromatik Nasi Lemak Sabah, hidangan makanan laut yang lazat dan rasai penangan Hinava Ginapan, sejenis sajian tradisional Kadazan-Dusun yang menggunakan isi ikan segar serta campuran biji buah gambangan yang telah diparut.

Untuk pelancong non-muslim, cubalah nikmati sendiri keunikan Sinalau Bakas, iaitu daging babi hutan yang disalai.

Pastikan anda mencuba Hinava Ginapan, hidangan tradisi unik di Sabah - gambar Daily Makan
Pastikan anda mencuba Hinava Ginapan, hidangan tradisi unik di Sabah - gambar Daily Makan

Untuk pengalaman kulinari yang benar-benar unik, terokai laluan yang jarang digunakan dan kunjungi My Native Sabah. Restoran tempatan ini meneruskan warisan keluarga dengan menghidangkan masakan Kadazan Dusun yang asli dan mempamerkan kekayaan warisan kulinari Sabah.

Rasai masakan asli Kadazan-Dusun jika berkunjung ke restoran My Native Sabah - gambar Facebook
Rasai masakan asli Kadazan-Dusun jika berkunjung ke restoran My Native Sabah - gambar Facebook

Penginapan cadangan: Alamilah keindahan alam semulajadi Sabah melalui lensa The LUMA Hotel, sebuah hotel dengan rekaan kreatif. Daripada tangga lingkaran yang menyerupai sebuah sungai sehinggalah ke bilik-bilik yang bertemakan kehijauan alam. Tenggelamkan diri anda dalam pesona hutan hujan tropika Sabah untuk penginapan yang menyegarkan.

Rasai pengalaman indah menginap di The LUMA - gambar Agoda
Rasai pengalaman indah menginap di The LUMA - gambar Agoda

#5 Kuantan

Siapa sangka, Kuantan juga menjadi pilihan ramai pengembara. Bandar yang terletak di Pantai Timur Semenanjung ini terkenal dengan pelbagai masakan tradisional Melayu. Nikmati kelazatan ikan bakar yang terkenal, yang mana ikan telah diperap dalam adunan rempah istimewa, dan cuba keropok lekor, kudapan kegemaran tempatan yang digemari ramai.

Jika sudah penat berjalan, basahkan tekak dengan keenakan Cendol Durian Air Putih ini - gambar Facebook
Jika sudah penat berjalan, basahkan tekak dengan keenakan Cendol Durian Air Putih ini - gambar Facebook

Untuk pengakhiran manis yang sempurna, bawa diri ke Cendol Air Putih, yang menyediakan pelbagai menu cendol membuka selera termasuklah cendol durian yang ikonik. 

Manjakan diri dengan menginap di Laman Sentosa Boutique Residence - gambar Agoda
Manjakan diri dengan menginap di Laman Sentosa Boutique Residence - gambar Agoda

Cadangan penginapan: Manjakan diri anda dengan kedamaian dan nikmati ketenangan di hujung minggu Merdeka yang panjang di Laman Sentosa Boutique Residence, sebuah pusat peranginan yang hebat di Kuantan. - Getaran,5 Ogos 2023

Isu Pada

Bicara Hati Halim Othman

12 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM