Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sambut Ulangtahun Penubuhan Yang Ke 25, Ini Cerita Barisan Penyampai Awal Radio Era 

Dua puluh lima tahun yang lalu, radio Era telah ke udara buat pertama kali pada 1 Ogos 1998 sekali gus mencetuskan fenomena luar biasa sehingga para penyampainya menerima populariti setanding selebriti popular   

TARA Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 12:29PM

Radio Era mencetuskan fenomena apabila kali pertama bersiaran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika 31 Ogos merupakan tarikh bersejarah buat Malaysia, 1 Ogos pula merupakan detik bersejarah buat stesen radio Era kerana pada tarikh inilah buat pertama kalinya ia ke bersiaran pada 1998. 

Selasa lalu radio Era menyambut ulangtahunnya yang ke 25 dan sehingga kini kekal menjadi stesen  radio nombor satu negara. 

Radio Era merupakan perintis radio swasta yang berjaya membawa industri penyiaran radio ke aras yang lebih tinggi.  

Kesemua penyampai radio yang bernaung di bawah Era menjadi bintang yang sama arasnya dengan penyanyi dan pelakon. Nama mereka sangat besar  dalam industri.  Siapa sahaja yang tidak kenal dengan nama-nama seperti Halim Othman, Linda Onn, khairil Rashid, Jamal Jamaluddin, Sealan Paul, Najman, David Low dan Subi.  

Populariti yang digalas oleh penyampai-penyampai Era pada ketika itu melayakkan mereka tampil di muka hadapan majalah dan surat khabar, juga menjadi pilihan penerbit filem untuk dijadikan sebagai pelakon.  

Penyampai radio yang dahulunya hanya dikenali di corong radio, kini dilihat sebagai kerjaya yang penuh glamor dan memiliki pendapatan lumayan.  

Sempena ulang tahun ke 25 Era, Getaran menjejaki kesemua panyampai terawal Era untuk mengetahui dengan lebih lanjut pengalaman dan kenangan terhebat mereka bersama radio ini. 

Suara pertama yang ke udara melalui frekuensi radio Era ialah tidak lain tidak bukan milik Halim Othman dan lagu pertama yang diputarkan pula adalah Hijau dendangan Zainal Abidin yang melambangkan tema warna radio Era.  

Halim Othman
Halim Othman

“Saya masih ingat detik itu. Pada pukul 6 pagi, ayat pertama yang keluar dari mulut saya ialah ‘Era Rentak Muzik Terkini’. Ia ibarat azan yang dilaungkan kepada bayi yang baru lahir," katanya saat ditanya tentang kelahiran radio Era. 

Menurut Halim, cintanya pada bidang penyiaran radio bermula di Era dan sejak itu nama Halim Othman terus menjadi perhatian pendengar radio sehingga dijulang sebagai Penyampai Radio Lelaki popular di ABPBH sebanyak lima kali.  

“Terlampau banyak kenangan manis bersama Era. Kami bagaikan sebuah keluarga, Tak Pernah berselisih faham. Banyak benda yang kami lakukan bersama.  

“Antara yang saya tak dapat lupa adalah ketika kami cuba mencipta rekod dunia sebagai radio yang bersiaran langsung tanpa henti paling lama dan saya adalah penyampai yang ditugaskan untuk mencipta rekod itu,” kongsinya. 

Halim Othman bersama sijil Malaysia’s Book Of Record 
Halim Othman bersama sijil Malaysia’s Book Of Record 

 Bagi Linda Onn pula, dia merupakan satu-satunya 'bunga' di kalangan kumbang yang bertugas sebagai penyampai Era ketika itu lantas membuatkan namanya melonjak naik sebaris selebriti popular yang lain. Linda juga sering disunting untuk berlakon filem dan menjadi penghias muka depan majalah-majalah popular. Tidak kurang yang melamarnya untuk menjadi duta produk. 

Linda Onn
Linda Onn

“Nama Linda Onn , Halim Othman yang beri. Sebelum ini saya hanya dikenali sebagai Linda. Kali pertama bersiaran di Era ialah pada 1 Ogos 1998 jam 10 pagi sehingga 2 petang selepas segmen Halim.  

“Terlampau banyak kenangan indah sewaktu bekerja di Era. Tak boleh nak digambarkan. Kami ibarat sebuah keluarga. Saya punya Bos dan 'team' yang baik. Era pula pernah anjurkan acara yang sangat best seperti Pesta Bola Era, Anugerah Era, konsert dan sebagainya," katanya yang pernah memenangi anugerah Penyampai Radio Wanita Popular ABPBH sebanyak enam kali berturut-turut.  

Barisan penyampai bersama trofi Anugerah Era  
Barisan penyampai bersama trofi Anugerah Era  

Ditanya apakah momen yang tak dapat dilupakannya sewaktu bertugas sebagai penyampai Era, kata Linda pernah satu ketika konti mereka dikunjungi oleh Yang Dipertuan Agong.  

“Tengah ke udara tiba-tiba Agong datang berdiri di belakang saya. Ketika itu hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Segala peluh jantan semua keluar," kongsinya mengimbau kenangan lalu.  

Uniknya radio Era adalah mereka turut menampilkan penyampai radio bukan Melayu seperti Seelan Paul dan David Low. Ternyata percaturan untuk menampilkan pelbagai bangsa dalam sebuah stesen radio berjaya memikat hati pendengar.  

“Saya adalah antara suara pertama yang diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan waktu solat. Ketika saya buat rakaman, saya tak dapat buat dengan betul. Ketika itu saya diberi tunjuk ajar oleh bos saya iaitu Kudsia Kahar. Dia suruh saya lompat dalam konti supaya saya dapat buang perasaan malu saya. Selepas itu saya dapat buat dengan baik.  

“Saya masih ingat hari pertama saya dan Khairil ke udara. Siapa yang bekerja sebagai penyampai radio mereka akan tahu bahawa bukan senang untuk bercakap dan dalam masa yang sama harus mengawal panel. Ketika itu walaupun konti sangat sejuk sekali, tetapi kita boleh nampak aliran peluh keluar dari dahi saya ketika ke udara.  

“Saya juga tak pernah terfikir saya akan mendapat tempat di hati pendengar-pendengar Melayu. Tetapi itulah kehebatan dan fenomena Era ketika itu. Saya rasa ia merangkumi lehebatan pengisian dari segi muzik, personaliti dan pembaharuan yang dibawakan dalam industri radio yang berjaya disampaikan oleh penyampai-penyampai pada ketika itu,” kongsi Seelan Paul. 

Seelan Paul
Seelan Paul

Ditanya apakah momen yang paling tidak boleh dilupakan sepanjang bersama Era, kata Seelan, Pesta Bola Era adalah antara yang tak dapat dilupakannya.  

“Saya dan Khairil menjadi pemacu Pesta Bola Era. Hampir semua stadium di semenanjung Malaysia kami pergi. Dan setiap kali ada perlawanan memang stadium akan penuh dengan puluhan ribu penyokong.  

Menurut David Low pula, perkenalannya dengan Kudsia membuka peluang untuknya sertai Era.  

“Sebelum sertai Era, saya telah bertugas sebagai penyampai radio di stesen lain tetapi perjalanan saya sebagai DJ bermula sejak tahun1987 lagi di pusat beli belah. Ketika sesi uji bakat untuk penyampai Era, ada 30 orang kesemuanya, dan saya terpilih. Saya masih ingat kali pertama ke udara pada jam 10 malam hingga 2 pagi. Seelan yang ajar saya. Dia kata jangan tulis, ingat semuanya. Dan saya masih ingat lagi ayat itu sampai hari ini. 

“Lima tahun saya di Era, ia mengubah hidup saya, Saya punya ratusan kenangan manis. Dulu kerja di pasar raya tiada siapa yang mahu mengenali anda atau peduli. Bila saya buat pengumuman anak orang hilang, baru mereka beri perhatian. 

David Low
David Low

“Antara yang paling saya tak boleh lupa adalah ketika kami menghadiri tayangan perdana filem Silat Legenda bersama Tun M. Ketika itu saya keluar sebentar untuk ke tandas, tiba-tiba saya diserbu oleh orang ramai. Begitu juga ketika sertai Pesta Bola Era. Orang akan datang serbu dan minta tanda tangan. Ada peminat yang akan cari mana si Cina yang fasih tu. 

“Kenangan manis bersama penyampai-penyampai Era yang saya tak boleh lupakan adalah pada hari perkahwinan saya pada tahun 2001. Kesemua penyampai Era berjalan masuk bersama saya. Silaturahim yang terjalin di antara kami adalah paling terbaik,” ceritanya.  

Jangka hayat Najman di Era mungkin tidak lama berbanding rakan-rakannya yang lain. Namun suara emasnya mempunyai identiti tersendiri dan sering menjadi pilihan untuk digunakan sebagai ‘voice over’. Dia adalah antara tonggak utama penubuhan radio Era bersama Kudsia dan arwah Subi.  

Najman
Najman

“Ketika itu saya masih bekerja di Best 104 sebelum dihubungi oleh arwah Subi untuk sertai Era. Ketika itu Era hanyalah saluran radio di Astro dan belum bersiaran ke udara. Tiba-tiba mereka ingin menjadikan Era sebagai Era FM. Jadi kami mulakan kerja-kerja dalam masa beberapa bulan sahaja. Kami buat ujibakat untuk cari penyampai-penyampai baru.  

“Bila dah pilih tiba-tiba kami baru perasan semua penyampai adalah lelaki. Tak ada ‘bunga’. Kemudian saya cadangkan nama Linda Onn kerana kami pernah bertugas di radio yang sama dulu.  Saya masih ingat, ketika itu Linda masih sangat muda, Usianya dalam 21 tahun. Arwah Ibunya pada ketika itu sangat risau untuk melepaskannya berhijrah ke Kuala Lumpur. Dia hubungi saya pesan kepada saya supaya tengok-tengokkan Linda.  

Kongsi Najman yang kini menetap di Johor, antara pengalaman yang tidak boleh dilupakannya adalah sewaktu Era menganjurkan peraduan di mana pemenang bakal memenangi sebuah kereta Perodua Kancil. 

“Ketika itu ada dalam 50 orang yang berjaya dipilih melalui peraduan itu. Siapa yang ambil kunci dalam balang dan berjaya membuka kereta tersebut dia akan menang. Ketika itu saya secara seloroh berkata mungkin orang pertama yang cuba itu akan menang. Dan memang orang yang pertama itu yang menang,” ceritanya.  

Siapa yang tidak terpukau dengan suara romantik Jamal Jamaluddin. Biarpun lebih popular ketika bergelar penyampai di Sinar, tetapi nama Jamal Jamaluddin mula mencuri tumpuan berdengar saat dia bertugas di Era.  

Jamal Jamaluddin
Jamal Jamaluddin

“Selain bertugas sebagai penyampai, saya juga merupakan pembaca info trafik dan berita sukan radio.  

“Banyak kenangan manis saya bersama Era antaranya apabila berpeluang bertemu dengan penyanyi-penyanyi yang pernah menjadi idola saya ketika muda seperti Jay Jay dan ramai lagi. 

“Bersama Era juga saya diberi peluang untuk menemuramah pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham ketika kunjungan beliau ke Malaysia. Seperti penyampai-penyampai yang lain, Pesta Bola Era adalah antara  momen paling manis sepanjang bersama Era.  

Tidak sah rasanya jika artikel istimewa ini tidak disertakan temuramah bersama tulang belakang tonggak kejayaan radio Era siapa lagi kalau bukan Kudsia Kahar yang merupakan Pengurus Besar radio Era ketika itu. Di bawah kendaliannya, radio Era mencipta fenomena hebat dan berterusan sehingga hari ini.  


Kudsia Kahar
Kudsia Kahar

“Era tu macam anak saya!” Itu jawapan Kudsia saat saya hubunginya untuk sesi wawancara istimewa ini. 

Saya hanya diberi masa tiga bulan sebagai persediaan sebelum kami lancarkan radio Era. Saya bersama arwah Subi dan Najman uruskan segalanya termasuklah sesi ujibakat untuk cari barisan penyampai baru.Tak pernah saya termimpi radio ini akan menjadi sebuah stesen gergasi walaupun sudah suku abad usianya.  

“Ketika baru dilancarkan memang luar biasa sambutannya. Ketika itu Era merupakan satu-satunya stesen swasta bahasa Melayu. Tetapi bahasa yang kami gunakan tidak terlalu formal. Namun masih menjaga bahasa. Aku, kau, gua, lu memang tak dibenarkan. Lagu- lagu pula kami mainkan dari zaman 70an hingga terkini,” ujarnya.  

Ditanya tentang pemilihan barisan penyampai, kata Kudsia memang impiannya untuk mengabungkan pelbagai bangsa dalam sebuah stesen radio Melayu. 

“Saya membesar pada tahun 1970an. Ketika itu saya lihat betapa muhibahnya rakyat Malaysia. Personaliti televisyen dan radio turut mengetengahkan mereka yang dikalangan bukan Melayu tetapi membaca berita dalam bahasa Melayu. 

“Pada saya, saya mahu mencipta sesuatu yang mencerminkan masyarakat majmuk di Malaysia. Ketika itu saya tahu saya hanya boleh memiliki enam kelapan orang sahaja penyampai. Dalam otak saya memang saya mahukan dua orang penyampai bukan Melayu kerana saya tahu terdapat ramai di kalangan rakyat Malaysia yang bukan Melayu tetapi fasih bertutur bahasa Melayu,” terangnya.  

Untuk mencipta sesuatu yang berjaya bukannya perkara yang mudah, banyak cabaran yang harus ditempuh, tidak terkecuali buat Kudsia.  

“Radio Era ditubuhkan pada tahun kegawatan ekonomi. Ketika itu untuk dapatkan duit dari segi pengiklan sangatlah susah. Ketika kami usulkan tentang perancangan radio Era, ramai yang memandang rendah pada mulanya kerana beranggapan radio Melayu hanya mampu ‘menjual’ sabun atau ubat gigi.  

“Saya masih ingat saya pernah berjumpa dengan seseorang dari sebuah syarikat dan memberitahunya bahawa jenamanya sangat sesuai dengan radio kami. Tapi dia kata, pengengar kami tak pakai jenama mereka kerana tak mampu. Saya sangat patah hati ketika itu. Sampai hati dia kata ‘audience’ saya miskin. Tetapi saya tak marah dia. Kerana itu adalah persepsi agensi-agensi pengiklanan pada ketika itu. Dan disebabkan itu jugalah kami bekerja keras untuk memastikan bahawa tanggapan mereka salah,” kongsinya.  

Hari ini Kudsia mampu berbangga kerana dia telah mencipta sebuah stesen radio yang ikonik dan kekal berada di tangga pertama dengan purata pendengar mencecah 6 juta. Biarpun penyampai Era silih berganti, namun nama barisan penyampai yang terawal tetap kekal terpahat di hati pendengar setia radio Era. – Getaran, 5 Ogos 2023 

Foto :  Google, Instagram, Facebook

Isu Pada

Bicara Hati Halim Othman

12 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara