web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


G-Shock Frogman Terbaharu Wajar Dimiliki Penyelam Tegar, Miliki Ketahanan Kalis Air Sedalam 200 Meter

Model ini ini sangat terhad kerana hanya 700 unit sahaja dikeluarkan sempena sambutan ulang tahun iaitu G-SHOCK 40th Anniversary dan Frogman yang ke-30. 

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2023 8:41PM

Casio telah melancarkan model terbaharunya iaitu MRG-BF1000E-1A9 yang dihasilkan menerusi gabungan dua sambutan ulang tahun iaitu G-SHOCK 40th Anniversary dan Frogman yang ke-30. - Gambar Casio.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat peminat tegar jam tanya G-shock, pasti anda mengetahui barisan model u Frogman yang mana ia dicipta khas buat penyelam skuba dengan ciri-ciri daya tahan yang tersendiri. 

Sudah tentulah bahan buatannya juga sedikit berlainan memandangkan penyelam skuba berdepan dengan tekanan jisim yang tinggi ketika menyelam.

Model ini sangat terhad kerana hanya 700 unit sahaja dikeluarkan dan ditawarkan di seluruh dunia.
Model ini sangat terhad kerana hanya 700 unit sahaja dikeluarkan dan ditawarkan di seluruh dunia.

Jadi baru-baru ini, Casio telah melancarkan model terbaharunya iaitu MRG-BF1000E-1A9 yang dihasilkan menerusi gabungan dua sambutan ulang tahun iaitu G-SHOCK 40th Anniversary dan Frogman yang ke-30. 

Model ini sangat terhad kerana hanya 700 unit sahaja dikeluarkan dan ditawarkan di seluruh dunia. Maka jam ini akan sangat eksklusif kepada pemiliknya apatah lagi jika pemakainya adalah seorang diver, pasti nampak padan dengan mereka.

Ciri yang ditampilkan juga agak unik kerana tali getahnya menggunakan Dura Soft berwarna kuning atau titanium hitam. Warna kuning tersebut diinspirasikan daripada model keluaran pertama Frogman iaitu SW-6300 ditambah lagi dengan komponen mahkota, butang dan skru yang disalutkan bersama plat ion emas, fuh memang padu!

Reka bentuk model ini bukan sekadar eksklusif bahkan ia sedikit sebanyak memiliki sentuhan kemewahan pada jam tersebut.

Di bahagian penutup belakang, jam tangan ini menggunakan kristal nilam (sapphire) dengan kemasan bersama pemendapan wap emas dan semestinya menampilkan ukiran katak Frogman yang menjadi lambang ikonik bagi kategori G-Shock Frogman.

Ciri yang ditampilkan juga agak unik kerana tali getahnya menggunakan Dura Soft berwarna kuning atau titanium hitam.
Ciri yang ditampilkan juga agak unik kerana tali getahnya menggunakan Dura Soft berwarna kuning atau titanium hitam.

Penunjuk indeks masa pula dicat menggunakan kuning phosphorescent untuk memudahkan penglihatan mata terhadap pembacaan waktu terutama ketika di bawah permukaan air, pada waktu malam atau persekitaran yang gelap.

Selain  itu, casis dan bezel MRG-BF1000E menggunakan bahan titanium yang telah melalui proses pengerasan lapisan dalaman dan salutan Diamond-Like Carbon (DLC) yang meningkatkan daya tahan dan ketahanan terhadap goresan yang lebih baik.

700 unit Frogman MRG-BF1000E yang ditawarkan itu mula dijual 7 Julai lalu.
700 unit Frogman MRG-BF1000E yang ditawarkan itu mula dijual 7 Julai lalu.

Namanya pun sudah sinonim dengan penyelam, MRG-BF1000E memiliki ketahanan kalis air sedalam 200 meter selain daripada ciri kalis gegaran dan medan magnetik ISO 764.

Fungsi lain yang terdapat pada jam ini adalah sistem Tough Solar, pelarasan waktu radio Multi-Band 6 automatik, waktu utama dunia (300 bandar), jam randik, kiraan waktu menurun, fungsi catatan data menyelam, graf pasang surut, sokongan bluetooth termasuk aplikasi Casio Watches.

Oleh itu, 700 unit Frogman MRG-BF1000E yang ditawarkan mula dijual bermula 7 Julai lalu dan menerusi sumber dari Jepun, harga yang ditawarkan bermula dari 770,000 yen (RM25,261). Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Casio. - Getaran, 1 Julai 2023 

Sumber Casio.com

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

01 Jul 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini