Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lenggong Outdoor Fest Acara Healing Buat Anda Semua!

Lenggong Outdoor Fest Acara Healing Buat Anda Semua!

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 8:09PM

Lenggong Outdoor Fest 2023 (ODF) yang berkonsepkan perkhemahan santai berserta aktiviti outdoor yang menarik mampu menjadi tarikan pelancong.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bak kata orang muda zaman ini, jika hati dan jiwa sedang terluka kita perlu mencari tempat untuk healing dan lakukan aktiviti yang menarik supaya dapat memulihkan semangat dalam diri. Bunyi macam kelakar tapi sesetengah individu amat memerlukan hiburan atau ketenangan apabila menghadapi tekanan yang sukar digambarkan.

Baru-baru ini, penulis telah hadir ke sebuah acara tahunan yang diberi nama Lenggong Outdoor Fest 2023 (ODF) yang berkonsepkan perkhemahan santai berserta aktiviti outdoor yang menarik. 

Berlangsung di Tasik Raban, Lenggong, Perak, lokasi ini menyajikan pemandangan alam yang indah dan dikelilingi gunung-ganang dan tasik yang bersih.

Tasik Raban di Lenggong, Perak ini menyajikan pemandangan indah, yang bukan sahaja memukau mata dan menenangkan jiwa.
Tasik Raban di Lenggong, Perak ini menyajikan pemandangan indah, yang bukan sahaja memukau mata dan menenangkan jiwa.

Acara yang berlangsung untuk tahun kedua ini menempatkan para pengembara samada secara berkumpulan atau solo untuk menerokai sekitar kawasan Lenggong. 

Bahkan anda akan dibawa bersiar-siar menaiki bot atau sampan di sekitar kawasan kampung Tasik Raban di mana lokasi tersebut telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2012.

Tahukah anda bahawa Tasik Raban telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 2012.
Tahukah anda bahawa Tasik Raban telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 2012.

Melihat bagaimana penduduk kampung tersebut menjalankan kehidupan amat dicemburui oleh penulis kerana mereka diberi peluang untuk menikmati alam semula jadi yang jauh dari kesibukan kota.

Air terjun Lata Kekabu
Air terjun Lata Kekabu

Acara ini turut membawa peserta hadir untuk bermandi manda di salah sebuah air terjun berdekatan bernama Lata Kekabu yang terletak tidak jauh dari lokasi ODF. 

Keaslian dan kesejukan tempat tersebut tidak perlu digambarkan lagi, sungguh indah belaka. Apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk ber ‘ootd’ sebagai tanda kenangan

Selain aktiviti lasak seperti berbasikal, kayak dan marathon pada siang hari, turut berlangsung sesi perkongsian atau tips perkhemahan yang akan disampaikan oleh individu-individu yang gemar mengembara.

Tapak perkhemahan turut menjadi tumpuan pada acara ini.
Tapak perkhemahan turut menjadi tumpuan pada acara ini.

Sesi ini bukan  sahaja menarik malah anda boleh menimba ilmu berdasarkan pengalaman yang dikongsikan di bawah khemah atau di pentas utama seperti mengembara di hutan, cara untuk berkongsi momen indah ketika mengembara akaun sosial media dan banyak lagi.

Kepada yang hadir secara solo, tak perlu risau kerana anda tidak akan berseorangan. Tapak perkhemahan ODF ini akan mengeratkan lagi perkenalan samada sengaja atau tidak sengaja bersama individu asing terutamanya pada waktu malam. 

Penulis sangat menyarankan untuk anda membawa kerusi camping atau lebih popular di gelar kerusi healing sendiri. Ini kerana pada waktu petang, ramai peserta akan membuka kerusi tersebut dan duduk berhadapan Tasik Raban untuk menikmati suasana petang sambil ditiup angin sepoi-sepoi.

Inilah yang dikatakan saat healing anda hadir, melihat keindahan ciptaan Tuhan sambil beramah mesra dengan pengunjung lain. Fuh! Tekanan di dalam pemikiran anda akan hilang secara perlahan-lahan.

Acara santai pada waktu malam, bukan hanya menghiburkan hati malah berpeluang mendapat rakan baharu.
Acara santai pada waktu malam, bukan hanya menghiburkan hati malah berpeluang mendapat rakan baharu.

Menjelang malam pula, anda dihiburkan dengan beberapa persembahan seperti fire show dan nyanyian di pentas utama dengan lagu-lagu yang menusuk jiwa atau mengimbau kenangan daripada artis-artis tempatan.

Rugilah kalau kita datang dari jauh nak masuk tidur awalkan? Keseronokan pada waktu malam tidak berhenti situ. Acara diteruskan lagi dengan pengumpulan peserta-peserta di tapak perkhemahan untuk bernyanyi bersama-sama petikan gitar.

Berkhemah bersama-sama rakan dan keluarga, satu aktiviti santai di Lenggong Outdoor Fest .
Berkhemah bersama-sama rakan dan keluarga, satu aktiviti santai di Lenggong Outdoor Fest .

Selain  itu, acara ini juga menyediakan  barangan atau produk-produk perkhemahan yang sangat cantik serta berguna dan pasti menarik minat anda untuk mendapatkanya. Malah ia memberikan motivasi kepada anda untuk lebih aktif dalam aktiviti mengembara ini.

Penulis mendapati mungkin pihak penganjur boleh membuat penambahbaikan dari segi aktiviti seperti pertandingan memancing dan kemudahan kepada pengembara solo misalnya sewaan khemah dan set perkakas camping (pinggan mangkuk sudu). 

Daerah Lenggong diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang keempat.
Daerah Lenggong diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang keempat.

Perkara ini dapat membantu mereka yang hadir secara bersendirian terutamanya kepada individu yang baharu sahaja mahu berjinak-jinak dalam dunia camping. Ini termasuk penglibatan orang-orang kampung di sana untuk menceritakan sejarah di sebalik kawasan Lenggong yang mungkin tidak ramai tahu. 

Akhir sekali, penulis berharap acara ODF ini dikekalkan setiap tahun bagi memberi pendedahan mengenai khazanah bumi yang ada di Lenggong kepada generasi yang akan datang. Acara ini sangat menyeronokkan dan ia adalah lokasi healing yang terbaik untuk anda semua. - Getaran, 24 Jun 2023 


 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

24 Jun 2023

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik