web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perfect Bright Series Manfaatkan Kuasa Semula Jadi Buah-Buahan Super

Merevolusikan penjagaan kulit untuk wanita malaysia, Wardah perkenal Perfect Bright Series.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 4:00PM

Dengan memanfaatkan kuasa semula jadi buah-buahan super, Perfect Bright series menyemai kulit dengan banyak vitamin penting, termasuk Vitamin B3, Vitamin C, Vitamin E, mineral, polifenol, antosianin dan flavonoid - Gambar Hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wardah, jenama penjagaan kulit halal premium untuk wanita, baru-baru ini melancarkan Wardah Perfect Bright Series yang inovatif bagi merevolusikan rutin penjagaan kulit untuk wanita Malaysia. 

Majlis pelancaran yang diadakan di Glasshouse, Seputeh itu turut memperkenalkan ‘Wardah Berry Land’ kerana rangkaian penjagaan wajah terbaharu ini menggunakan formula 4X beri cerah.

Melalui ‘Wardah Berry Land’, jenama ini menunjukkan dedikasinya yang tidak berbelah bahagi untuk menyerlahkan kecantikan setiap individu yang unik dan menyerlahkan potensi penuh mereka. 

Gambar ihsan Wardah
Gambar ihsan Wardah

Difahamkan acara eksklusif ini menandakan bermulanya era baharu dalam penjagaan kulit, yang mana Perfect Bright series yang diperbaharui diyakini mampu muncul sebagai pengubah keadaan, merevolusikan bagaimana wanita Malaysia mengamalkan rutin penjagaan kulit mereka.

Perfect Bright series by Wardah yang baharu dan dipertingkatkan ini merupakan bukti komitmen jenama ini yang tidak berbelah bahagi untuk menyediakan penyelesaian penjagaan kulit yang berkesan dan berpatutan kepada wanita Malaysia. 

Dengan formula yang diperbaharui dan kuasa 4x Beri Cerah, termasuk Kranberi, Beri Acai, Beri Goji dan Beri Ametis, barisan produk yang inovatif ini menawarkan pencapaian penting dalam mencerahkan dan menyihatkan kulit. 

Kajian meluas Wardah Skin Innovation mendedahkan bahawa empat beri cerah ini mempunyai kemujaraban antioksidan 4x yang luar biasa daripada buah-buahan lain, lalu memastikan pencerahan dan penyuburan kulit yang optimum.

Gambar ihsan Wardah
Gambar ihsan Wardah

Dengan memanfaatkan kuasa semula jadi buah-buahan super ini, Perfect Bright series menyemai kulit dengan banyak vitamin penting, termasuk Vitamin B3, Vitamin C, Vitamin E, mineral, polifenol, antosianin dan flavonoid. 

Nutrien yang berharga ini terkenal dengan sifat antioksidannya, berfungsi secara sinergistik bagi meningkatkan keserian dan penyuburan kulit. 

"Wardah mendemokrasikan akses kepada produk kecantikan inovatif yang berkesan, namun berpatutan untuk wanita Malaysia. Kami ingin menjawab keperluan anda dengan menyediakan penyelesaian terbaik dengan akses yang mudah.”

“Salah satu daripada jawapan yang kami bawakan melalui inovasi berkuasa alam semula jadi ini ialah Perfect Bright series yang boleh dapati di farmasi atau stor barangan kelengkapan diri terkemuka serta dibeli secara dalam talian," ujar Pengurus Pemasaran Antarabangsa di Paragon Technology and Innovation (Paragon Corp), syarikat induk Wardah, Wanda Ismarosa. 

Gambar ihsan Wardah
Gambar ihsan Wardah

Selain daripada faedah-faedah penjagaan kulitnya yang luar biasa, Perfect Bright series juga telah diiktiraf atas reka bentuk pembungkusannya yang cemerlang. 

Wardah menerima ‘American Graphic Design Awards 2022’ berprestij, yang memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan dalam komunikasi visual dan reka bentuk merentas pelbagai industri. 

Pengiktirafan ini menekankan lagi dedikasi Wardah untuk menyampaikan pengalaman kecantikan luar biasa yang menggabungkan antara daya tarikan visual dengan penyelesaian penjagaan kulit yang inovatif.  - Getaran, 17 Jun 2023

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

17 Jun 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini