web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


FINAS, Promasta Anjur Kursus Cungkil Bakat Lagak Aksi

Program itu sebagai salah satu pendekatan FINAS memacu perkembangan industri kandungan kreatif negara menerusi Program Geran Pembangunan Modal Insan Kandungan Kreatif FINAS.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Jun 2023 1:14PM

Seramai 25 peserta dari pelbagai peringkat umur telah menyertai Kursus Motivasi dan Asas Lagak Aksi Siri 1 - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Bertujuan mencungkil bakat dalam bidang lagak aksi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Persatuan Profesional Lagak Aksi Malaysia (Promasta) mengadakan kursus kepada mereka yang berminat dalam bidang itu. 

Ketua Penolong Pengarah Latihan Industri Finas, Radzuan Asan@Hassan berkata program itu sebagai salah satu pendekatan FINAS memacu perkembangan industri kandungan kreatif negara menerusi Program Geran Pembangunan Modal Insan Kandungan Kreatif Finas.

"Seramai 25 peserta dari pelbagai peringkat umur telah menyertai Kursus Motivasi dan Asas Lagak Aksi Siri 1 ini. 

"Setiap persatuan menerima peruntukan daripada FINAS untuk mengendalikan program meningkatkan tahap profesionalisme dan modal insan ahli untuk mengikuti kursus peningkatan modal insan yang dirancang," katanya pada penutup kursus tersebut di sini malam tadi. 

Program selama tujuh hari itu melibatkan peserta berusia 18 hingga 40 tahun.

Sementara itu, Penasihat Eksekutif dan juga Pengasas Promasta, Yank@Yusof Mohamed Kassim atau lebih dikenali sebagai Yank Kassim berkata pihaknya menerima lebih 85 permohonan untuk menyertai kursus itu namun 25 peserta telah disenarai pendek.

"Setiap permohonan kita terima akan ditapis bagi memastikan mereka benar-benar layak mengikuti kursus asas ini kerana semua aspek diambil kira khususnya faktor kesihatan peserta. 

"Kemudian kita akan saring lagi mereka ini kepada 12 orang untuk kita bawa mereka ke peringkat kursus yang berikutnya untuk pastikan bakat mereka itu akan terus digilap sebagai pelapis pelakon lagak aksi masa depan," katanya. 

Katanya, Promasta akan menganjurkan pelbagai latihan untuk sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang aksi lagak ngeri.

"Sasaran kami agar dapat melahirkan bakat yang dapat mencipta nama di luar negara dan individu itu kemudian dapat memberi tunjuk ajar pula kepada anak tempatan.

"Selain itu, ia juga dapat membuka mata masyarakat mengenai aksi lagak ngeri dan cara bekerja dengan selamat," katanya. - Bernama

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

17 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini