web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Keunikan Lata Kashmir Tarik Ribuan Pengunjung

Lata Kashmir kini menjadi tarikan baharu di Jeli yang sesuai untuk semua terutama bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan sukan air sambil menikmati suasana hijau alam semula jadi.

TARA Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 8:09AM

Suasana yang tenang serta kejernihan air menjadikan daya penarik untuk pengunjung ke Lata Kashmir, Jeli - Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JELI - Panorama seakan Kashmir dengan hamparan rumput menghijau berhampiran Empangan Pergau, di sini, menjadikan lokasi tersebut diserbu ribuan pengunjung dari dalam dan luar negeri sejak tular awal tahun ini.

Kehadiran ramai pelawat memberi idea kepada Zulfadli Khuzaimah, 33, untuk mengubah suai kebun buah-buahan milik bapanya seluas 1.5 hektar yang terletak berhampiran 'Lata Kashmir' menjadi sebuah tapak perkhemahan.

Menurut Zulfadli sejak dibuka, Lata Kashmir Campsite mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung yang datang beriadah bersama ahli keluarga dan rakan.

"Ketika itu kawasan kebun ayah agak terceruk, semak dan hanya terdapat satu lorong kecil menuju ke lokasi ini. Hanya penduduk tempatan yang selalu datang untuk menikmati pemandangan di sini.

"Bermula dari situ, saya mendapat ilham untuk membangunkan kebun ini sebagai lokasi pelancongan dengan membersihkan kebun dan membina jalan masuk yang lebih besar menggantikan lorong berlumpur dan sempit sebelum ini," katanya kepada pemberita.

Bercerita lanjut, Zulfadli berkata dia bersama sepupu, Nor Hisham Inshemazin, 38, kemudian mula merangka pelbagai perancangan untuk membangunkan kawasan tersebut.

Ia termasuk meratakan tanah, membersihkan kawasan batuan di sepanjang sungai dan menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti tandas, surau, khemah dan bangku untuk kemudahan pengunjung. 

"Saya tidak sangka pembaharuan yang dilakukan menjadikan kawasan ini yang berlatarkan air sungai yang jernih, hamparan rumput menghijau dan gunung-ganang menjadi sangat menarik.

"Bermula dari situ, ramai yang berkongsi destinasi ini di laman sosial dan Lata Kashmir mula dikenali serta dikunjungi ramai," katanya.

Lata Kashmir kini menjadi satu tarikan baharu di Jeli yang sesuai untuk semua terutama mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan sukan air sambil menikmati suasana hijau alam semula jadi.

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan termasuk meredah jeram dari Lata Kashmir ke Gunung Reng yang mengambil masa dua jam.

Selain itu, Lata Kashmir juga menyediakan pakej aktiviti 'jungle trekking' bagi mereka yang meminati aktiviti lasak.

Lebih menarik, pengunjung juga boleh mengunjungi beberapa lokasi lata lain termasuk Lata Dilwale, Lata Janggut dan Lata Hokkaido yang terletak tidak jauh dari Lata Kashmir.

Zulfadli berkata beberapa penambahbaikan akan terus dilakukan untuk keselesaan pengunjung termasuk membina chalet, restoran dan pelantar untuk aktiviti berswafoto.

Beliau juga akan menaik taraf sistem tempahan yang lebih sistematik bagi memastikan lokasi tersebut tidak terlalu padat dengan pengunjung terutama pada hari minggu dan cuti sekolah.

Sementara itu, pengunjung, Qadar Afi Md Arif, 37, dari Johor berkata beliau mengunjungi Lata Kashmir kerana destinasi itu menyediakan kelainan berbanding lokasi pelancongan lain.

"Lokasi ini sangat unik dan memberi pengalaman berbeza buat pengunjung. Dengan kemudahan dan penyelenggaraan yang lebih baik, saya yakin destinasi ini mampu menarik lebih ramai pelancong ke Kelantan," katanya. - Bernama

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

17 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Kelantan Serah SPRM Siasat Isu Telaga Jejari

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lori Simen Jatuh Gaung, 3 Lelaki Orang Asli Maut

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

4

Semasa 3 minggu yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman