Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Escape Penang Dinobatkan Sebagai Taman Tema Ketiga Tertinggi di Asia oleh TripAdvisor's 

Selepas 13 Tahun, Escape Penang dianugerahkan Best of the Best Asia dalam kategori Taman Hiburan dan Taman Air Tertinggi oleh oleh TripAdvisor's Travelers Choice 2022

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 8:42PM

Escape Penang telah dinobatkan sebagai Taman Tema Ketiga Tertinggi di Asia oleh TripAdvisor's Travelers Choice 2022 dan anugerah Best of the Best Asia dalam kategori Taman Hiburan & Taman Air Teratas baru-baru ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mencari lokasi dikelilingi hutan rimba untuk berhibur sambil melepaskan tekanan perasaan? Escape Penang ada jawapannya. 

Sesuai dengan nama diberi, apa kata rancang perjalanan anda untuk ‘melarikan’ diri ke taman tema ini sambil bermalam di tapak khemah yang terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Taman Tema Escape Penang ini berjaya menarik perhatian ramai menerusi pelbagai aktiviti lasak.
Taman Tema Escape Penang ini berjaya menarik perhatian ramai menerusi pelbagai aktiviti lasak.

Seperti sedia maklum, kehebatan taman tema yang sudah berusia 13 tahun ni mula disebut-sebut ketika mereka mencatat rekod dunia memiliki gelongsor air terpanjang di dunia iaitu sejauh 1.1KM dan pencapaian rekod dunia keduanya iaitu trek Zip Coaster terpanjang sejauh 1.14 KM. 

Baru-baru ini, Escape Penang dengan bangga telah dinobatkan sebagai Taman Tema Ketiga Tertinggi di Asia oleh TripAdvisor's Travelers Choice 2022 dan anugerah Best of the Best Asia dalam kategori Taman Hiburan & Taman Air Teratas, tahniah!

Taman teman ini diasaskan oleh Sim Choo Kheng, yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang.
Taman teman ini diasaskan oleh Sim Choo Kheng, yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang.

Ini merupakan satu kejayaan yang patut diraikan oleh rakyat Malaysia kerana buat makluman semua, pengasas dan pemilik Escape Penang, Datuk Sim Choo Kheng merupakan anak kelahiran Pulau Pinang. Maka ini adalah satu pencapaian terbaik hasil dari titik peluh anak tempatan kita sendiri.

Choo Kheng menjelaskan bahawa beliau ingin mengubah persepsi masyarakat bahawa tidak semua taman tema di Malaysia dibangunkan oleh syarikat barat. Sebaliknya, terdapat syarikat tempatan yang berjaya mencipta taman tema yang hebat di Malaysia.

“Selepas 13 tahun, orang ramai tidak menjangkakan anugerah antarabangsa ini diberikan kepada syarikat Asia. Saya mendapat banyak pemikiran stereotaip sebelum ini bahawa kebanyakan syarikat taman tema datangnya dari negara barat. 

“Kami akan ubah pemikiran tersebut dengan memajukan lagi pembangunan di Escape Penang,” jelasnya ketika majlis pengumuman anugerah tersebut yang dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

 Zip Coaster sejauh 1,135 km ini semenangnya mencabar kekuatan fizikal dan minda anda.
Zip Coaster sejauh 1,135 km ini semenangnya mencabar kekuatan fizikal dan minda anda.

Ketika acara ini berlangsung, selain daripada gelongsor air terpanjang penulis tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman Zip Coaster sejauh 1,135 KM.

Nampak macam biasa namun ia agak mencabar jiwa dan perasaan. Dalam keadaan badan seperti tergantung, aktiviti ini memberi peluang kepada pemain untuk menjerit sepuas-puasnya.

Apa yang menariknya,  Zip Coaster ini membolehkan anda menikmati pemandangan alam sekitar yang menarik.
Apa yang menariknya, Zip Coaster ini membolehkan anda menikmati pemandangan alam sekitar yang menarik.

Ini kerana kelajuan, ketinggian serta keadaan tubuh yang berayun-ayun sambil menyusuri celahan pokok besar memberikan anda pengalaman yang luar biasa. Bahkan anda juga berpeluang menikmati pemandangan hutan rimba dari pemandangan atas. 

Sim Choo Kheng menubuhkan Escape Penang dengan matlamat mengubah persepsi masyarakat bahawa tidak semua taman tema di Malaysia dibangunkan oleh syarikat barat.
Sim Choo Kheng menubuhkan Escape Penang dengan matlamat mengubah persepsi masyarakat bahawa tidak semua taman tema di Malaysia dibangunkan oleh syarikat barat.

Sepanjang perjalanan trek tersebut, hampir semua stesen extreme yang lain dapat lihat dari atas  antaranya aktiviti merempuh halangan di Family Trail, Go Bananas, Monkey Business dan Monkey School.

Jujur katakan, pada mulanya berderau darah dan gugup juga jantung penulis menaiki Zip Coaster ini  namun sejurus tiba di garisan penamat, timbul rasa ingin mengulangi aktivit ini sekali lagi.

Berjalan di udara, salah satu aktiviti lasak yang mencabar keberanian pengunjung.
Berjalan di udara, salah satu aktiviti lasak yang mencabar keberanian pengunjung.

Jika anda ingin menguji bakat memanjat pokok dan keberanian di udara, tersedia juga stesen dry park lain seperti Aerobat, Chairlift, Flying Lemur, Jungle Swinger dan Kite Flyer.

Selain itu, bersedialah untuk menerbangkan tubuh anda sebelum mendarat jatuh ke dalam kolam di gelongsor Banana Flip. Stesen air mampu menguji keberanian anda untuk mencubanya.

Aktiviti menyejukkan badan selepas menerokai 'cabaran-cabaran' yang disediakan di Escape Penang.
Aktiviti menyejukkan badan selepas menerokai 'cabaran-cabaran' yang disediakan di Escape Penang.

Kemudian, teruskan kembara aktivit air anda dengan hadir ke kolam berombak Wave Ball dan adakan sesi perlumbaan gelongsor air bersama rakan-rakan anda di stesen Speed Racer. Kedua stesen ini antara kawasan yang agak meriah dan sangat menghiburkan!

Kolam khas disediakan untuk mereka yang membawa kanak-kanak ke Escape Penang ini, menjadikan ia sebagai destinasi tumpuan ramai.
Kolam khas disediakan untuk mereka yang membawa kanak-kanak ke Escape Penang ini, menjadikan ia sebagai destinasi tumpuan ramai.

Bagi aktviti air yang lebih santai dan sesuai buat kanak-kanak, turut disediakan kolam seperti AK Academy, AK Discovery, AK Splash dan Tots Pool khas untuk mereka bermandi-manda bersama seisi keluarga.

Pusat rawatan disediakan kepada pengunjung jika sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Pusat rawatan disediakan kepada pengunjung jika sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diingini.

Berbicara soal kecederaan, usah khuatir. Pihak Escape Penang sentiasa menjaga keselamatan pengunjung dengan menyediakan pusat rawatan kecemasan jika berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku.

Tapak perkhemahan turut disediakan kepada mereka yang ingin bermalam di sini.
Tapak perkhemahan turut disediakan kepada mereka yang ingin bermalam di sini.

Setelah seharian bersuka-ria, hilangkan penat anda dengan bermalam di Base Camp yang masih terletak di dalam kawasan Escape Penang. 

Di tapak ini, anda akan diberi sebuah khemah jenis individu atau berkumpulan (mengikut permintaan) berserta tilam angin. Nikmatilah malam indah bersama bunyi cengkerik sambil anda berbeku sebagai hidangan makan malam. 

Kawasan tersebut juga dilengkapi dengan kemudahan toilet, tempat mandi serta meja dan kerusi di luar setiap khemah. Jadi bolehlah anda melepak berbicara bersama rakan-rakan.

Penulis, Izwan serta jurufoto, Sairien tidak ketinggalan mencuba permainan lasak di Escape Penang ini.
Penulis, Izwan serta jurufoto, Sairien tidak ketinggalan mencuba permainan lasak di Escape Penang ini.

Kawasan tersebut juga dilengkapi dengan kemudahan tandas, tempat mandi serta meja dan kerusi di luar setiap khemah.

Jadi bolehlah anda melepak bersama rakan-rakan.

Chow Kon Yeow (lima dari kanan) menerima anugerah  Anugerah TripAdvisor’s Travelers’ Choice 2022.
Chow Kon Yeow (lima dari kanan) menerima anugerah Anugerah TripAdvisor’s Travelers’ Choice 2022.

Jika anda mahu sesuatu yang lasak dalam masa yang sama bersantai dengan aktiviti air serta bermalam di tapak perkhemah, rancang perjalanan anda dan hadir ke Escape Penang. Seronok, mantap , puas dan sangat berbaloi! Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang rasmi Escape Penang. - Getaran, 11 Jun 2023

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius