web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Peranti Berkuasa Terbaharu Logitech

Dua peranti ini dilihat berjaya menarik perhatian ramai pengguna termasuk individu profesional atau streamer permainan dalam talian.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Jun 2023 6:04PM

Tetikus MX Anywhere 3S dan set kepala permainan G Pro X 2 - Gambar ihsan Logitech

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak kebelakangan ini, jenama yang tidak asing lagi dalam dunia gajet iaitu Logitech kerap melancarkan produk terbaharu mereka yang agak luar biasa. 

Syarikat ini berjaya menarik perhatian ramai pengguna termasuk individu profesional atau strimer permainan dalam talian.

Terdapat dua peranti yang menarik perhatian penulis iaitu sebuah tetikus MX Anywhere 3S dan set kepala permainan G Pro X 2.

 

MX Anywhere 3S

Mari mulakan dengan tetikus bahru daripada Logitech ini. Zaman teknologi ini, pelbagai inovasi telah dilakukan terhadap tetikus oleh banyak jenama elektronik di luar sana. 

Ada yang berwarna-warni, ada juga direka dengan pelbagai rupa bentuk bagi memberikan keselesaan yang optimum kepada pengguna. Tetikus MX Anywhere 3S terbaru yang direka untuk pengguna mahir, seperti pembangun perisian dan profesional kreatif. 

Dengan penambahan Smart Actions, tetikus kompak ini membolehkan pengguna menguasai aliran mereka dengan lebih mudah sewaktu produktiviti memuncak. 

Menggunakan teknologi Quiet Click, tetikus ini mengeluarkan bunyi klik lebih senyap dan menampilkan sensor optik 8,000 DPI yang mampu mengesan hampir semua permukaan termasuk kaca. Jadi ia boleh digunakan di mana-mana ruang di rumah atau pejabat.

Reka bentuk produk pada kali ini menjadikannya pilihan yang boleh membuatkan anda rasa lebih yakin kerana 61 peratus daripada bahagian plastik dalam MX Anywhere 3S menggunakan plastik kitar semula.  

Berharga RM369, MX Anywhere 3S boleh dibeli di kedai rasmi Logitech di Lazada dan Shopee serta di peruncit sah lain. 

 

Set kepala permainan G Pro X 2

Seterusnya set kepala permainan G Pro X 2. Ia direka dan diuji dengan atlet esports terkemuka, set kepala PRO X 2 baharu menampilkan pemacu PRO-G 50mm Graphene Revolusioner serba baharu. Ini menjadikannya kemuncak audio permainan dan set kepala yang mesti dimiliki oleh pemain yang arif dan berdaya saing.

Keupayaan mendengar isyarat audio dan berkomunikasi dengan rakan sepasukan memberi perbezaan ketara apabila memakainya. Pemacu audio PRO-G 50mm Graphene baharu ini digandingkan dengan penggantungan tepi langsung, memberikan bunyi yang mengasyikkan.

Pemacu ini memberikan peningkatan dalam ketepatan penghasilan semula bunyi, ketepatan masa untuk memberi isyarat dan pengurangan herotan membolehkan pemain mengenal pasti objek audio dengan lebih jelas, dan lebih cepat. 

Set Kepala Permainan Wireless PRO X 2 LIGHTSPEED kini boleh didapati di laman rasmi Logitech G dengan harga RM1,099. - Getaran, 10 Jun 2023 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

10 Jun 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini