web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Noor Riyadh: Menyuluh Cahaya Pembaharuan Seni Kontemporari Arab Saudi

Cahaya di atas cahaya. Harapan dan pembaharuan berjalan seiringan di Festival Kesenian Noor Riyadh di Arab Saudi.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2021 2:30PM

Gambar: Roba Vecchia, The Wheel of Fortune, karya Lara Baladi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun lalu, seluruh dunia dipaksa “bersembunyi” daripada COVID-19, meninggalkan seluruh dunia hampir sepi tanpa sebarang aktiviti dalam dunia nyata. 

Tahun ini, dengan penemuan vaksin dan teknik-teknik mengurangkan penyebaran virus durjana ini, perlahan-lahan pelbagai jenis aktiviti kelihatan muncul kembali, termasuklah aktiviti kesenian. 

God is Alive He Shall Not Die, karya Nasser Al Salem
God is Alive He Shall Not Die, karya Nasser Al Salem

Festival Kesenian Noor Riyadh di Arab Saudi merupakan yang pertama seumpamanya dan telah diadakan sebagai titik permulaan untuk menjadikan kota ini sebagai sebuah kota yang mempunyai daya saing paling tinggi dan paling selesa untuk didiami di dunia menjelang tahun 2030. 

Butterfly, karya Daniel Firman
Butterfly, karya Daniel Firman

Bahagian pertama festival kesenian ini telah berlangsung pada bulan Mac hingga April dengan tema Under One Sky dan menempati dua kawasan utama di Riyadh - King Abdullah Financial District dan King Abdulaziz Historical Center. 

The Cupola, karya Ilya dan Emilia Kabakov
The Cupola, karya Ilya dan Emilia Kabakov

Pameran ini telah menjemput para artis ternama tempatan dan dari negara luar seperti Jerman, Jepun, Itali, Belanda dan Sweden untuk menghasilkan 33 hasil karya seni pelbagai medium berteraskan cahaya. 

Hidden Diamond Saffron, karya Anila Quayyum Agha
Hidden Diamond Saffron, karya Anila Quayyum Agha

Bahagian kedua festival kesenian ini mengangkat tema Light Upon Light dan masih berlangsung sehingga bulan Jun di King Abdullah Financial District Conference Center dan sedang berlangsung sehingga 12 Jun 2021. 

Infinity Mirror Room Brilliance of Souls, karya Yayoi Kusama
Infinity Mirror Room Brilliance of Souls, karya Yayoi Kusama

Seperti bahagian pertama Noor Riyadh, Light Upon Light menjemput para artisan dari seluruh pelusuk dunia termasuk nama-nama besar, Dan Flavin, teamLab dan Yayoi Kusama. 

Pameran ini terbahagi kepada empat ‘bilah’ cahaya - perceiving light, experiencing light, projecting light dan environmental light

Untitled to Sabine and Holger, karya Dan Flavin
Untitled to Sabine and Holger, karya Dan Flavin

Dari instalasi yang mengasyikkan hingga ke arca dan video, para pengunjung pasti mendapat pengalaman dan pencerahan kesenian yang luar biasa. Pameran kesenian berasaskan cahaya ini boleh dikatakan sebagai perintis aktiviti kesenian kontemporari di Arab Saudi. 

Holes of Light, karya Nancy Holt
Holes of Light, karya Nancy Holt

Pameran ini dikurasi oleh Susan Davidson, mantan Kurator Senior Muzium Solomon R Guggenheim Museum, New York dan Raneem Zaki Farsi, kurator, penasihat kesenian dan pakar seni kontemporari Arab Saudi. 

Flowers and People- A Whole Year Per Hour, karya teamLab
Flowers and People- A Whole Year Per Hour, karya teamLab

Selain daripada pameran, festival kesenian ini turut mengadakan pelbagai aktiviti lain seperti tayangan filem, bengkel dan persembahan muzik. Buat mereka yang berminat untuk mengikuti acara-acara dan pameran yang diadakan, ada juga aktiviti yang boleh diikuti di atas talian melalui laman web Noor Riyadh. - Getaran, 16 Mei 2021

Semua gambar: Ihsan Riyadh Art

Isu Pada

Kemilau Bintang Wany Hasrita

15 May 2021

Berita Berkaitan

1

Budaya 1 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Budaya 2 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

3

Budaya 3 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

4

Budaya 1 bulan yang lalu

'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini