web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemanis Bukan Gula Tidak Bantu Kurangkan Lemak Badan - WHO

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 8:00AM

WHO mencadangkan orang ramai mengelak daripada menggunakan NSS untuk mengawal berat badan atau mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Pemanis bukan gula (NSS) tidak memberikan sebarang faedah jangka panjang untuk orang dewasa atau kanak-kanak yang ingin mengurangkan lemak badan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam garis panduan baharu yang dikeluarkan pada Isnin.

WHO mencadangkan orang ramai mengelak daripada menggunakan NSS untuk mengawal berat badan atau mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit, lapor United Press International (UPI).

Penggunaan pemanis bukan gula dengan tujuan menurunkan berat badan juga boleh meningkatkan risiko diabetes tahap 2, penyakit kardiovaskular dan kematian pada orang dewasa.

Syor WHO itu terpakai kepada semua kecuali orang dewasa yang sudah menghidap diabetes. Garis panduan itu juga merangkumi kebanyakan pengganti gula termasuk aspartam, stevia dan derivatif stevia.

"Menggantikan gula dengan NSS tidak membantu mengawal berat badan dalam jangka panjang. Orang ramai perlu mempertimbangkan cara lain untuk mengurangkan pengambilan gula, seperti mengambil makanan dengan gula semula jadi, seperti buah-buahan atau makanan dan minuman tanpa gula.

"NSS bukanlah faktor pemakanan yang penting dan tidak mempunyai nilai pemakanan. Orang ramai perlu mengurangkan kemanisan diet sama sekali, bermula pada awal kehidupan, untuk meningkatkan kesihatan mereka," kata Pengarah WHO untuk Pemakanan dan Keselamatan Makanan Francesco Branca dalam satu kenyataan.

Cadangan itu ketika ini dinilai sebagai sebagai bersyarat dan tidak terpakai  kepada produk seperti ubat gigi dan krim kulit.

WHO sedang mengeluarkan satu siri garis panduan dan cadangan pemakanan untuk mengurangkan peningkatan penyakit tidak berjangkit di seluruh dunia.

Kajian 2019 oleh penyelidik Jerman mendapati hanya bukti lemah menunjukkan pemanis tanpa kalori memberikan manfaat kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang ingin menurunkan berat badan. - Bernama/UPI

Isu Pada

Aishwarya Rai - Aura Nandini dan ‘Women Empowerment’

20 May 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

IHR, Perjanjian Pandemik: Malaysia Berpegang Kepada Prinsip Kesaksamaan Dan Solidariti - PM

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

WHO Gesa Lindungi Semua Hospital Di Gaza

3

Rencana 2 tahun yang lalu

Ambil Mudah Gejala Antara Kekangan Utama Basmi Tibi - Pakar

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

WHO Mohon Pembiayaan Segera Bantuan Kemanusiaan Untuk Palestin

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini