web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#NoFlavourLikeYourFlavour Visual Terbaharu Minuman Buah Mirinda

Inisiatif terhadap identiti visual minuman ini menggabungkan kreativiti dan keunikan minuman tersebut untuk menarik minat generasi Gen Z.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 11:00AM

Langkah inovasi telah dilaksanakan terhadap identiti visualnya beserta tagline baharu #NoFlavourLikeYourFlavour. - Gambar Mirinda.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selain daripada F&N, Mirinda juga merupakan minuman ringan buah berkarbonat yang digemari dan mudah didapati di Malaysia serta sangat sinonim untuk dihidangkan pada musim perayaan. Jika menikmatinya bersama ais dalam keadaan cuaca yang panas, fuh ia pasti melegakan tekak anda! 

Untuk makluman, minuman ringan ini diedarkan secara global oleh PepsiCo dan baru-baru ini, langkah inovasi telah dilaksanakan terhadap identiti visualnya beserta dengan tagline baharu mereka iaitu #NoFlavourLikeYourFlavour. Inisiatif yang menggabungkan kreativiti dan keunikan minuman tersebut bertujuan menarik minat generasi Gen Z.

Selain itu, hala tuju dan slogan baharu Mirinda turut diperkenalkan bagi mengukuhkan lagi jenama mereka sebagai minuman generasi akan datang dengan meraikan keberanian mereka untuk menzahir kreativiti seperti ini.

Bertepatan dengan pelancaran #NoFlavourLikeYourFlavour, Mirinda telah diberikan identiti visual baharu yang dikenali sebagai "Making an M-pact”.

Identiti ini melibatkan penyegaran logo Mirinda dengan warna hijau yang lebih terang dengan sudut bagi setiap huruf yang lebih tajam dan garisan yang lebih bersih untuk menguatkan lagi perbezaannya. 

Huruf "M" yang ikonik disertakan sebagai kanvas di belakang perkataan Mirinda untuk menimbulkan lagi perkataan tersebut secara jelas. 

Gambar Mirinda.com
Gambar Mirinda.com

Label pada minuman ini turut menampilkan warna yang mantul memberikan cetusan penyegaran. Manakala bentuk sfera berputar, buih-berbuih dan ilustrasi buah-buahan yang segar adalah bagi menyampaikan rasa keseronokan dan bertenaga sepanjang masa.

Rekaan visual ini melibatkan lebih daripada 50 perisa buah termasuklah epal hijau, oren, nanas, strawberi dan tembikai dengan warna dan kontras mereka sendiri. 

Visual baharu ini dapat dilihat pada semua tin Mirinda, barangan, iklan, paparan runcit dan media digital di pasaran.

Bahkan, pelancaran dipasaran antarabangsa juga sudah dilaksanakan bermula Mei dimana kebanyakannya memaparkan bahasa ibunda mereka pada minuman ini.

 Bermula dengan Vietnam dan Thailand, kemudian di Poland, Romania, Czechia, Ukraine, Hungary, Croatia dan banyak lagi.

Oleh itu, langkah strategi ini amat bagus bagi menarik perhatian pengguna untuk menjadikan jenama Mirinda terus berkembang seiring dengan generasi masa depan. 

Namun perlu diingatkan, minuman berkarbonat memiliki kuantiti bahan gula yang sangat tinggi. Jadi ia perlu dikawal untuk menjamin gaya hidup seimbang dan kesihatan baik. - Getaran, 20 Mei 2023 

Isu Pada

Aishwarya Rai - Aura Nandini dan ‘Women Empowerment’

20 May 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Bungkusan Coca-Cola, McDonald's, Pepsico Sumber Pencemaran Terburuk UK 

2

Kolum 4 tahun yang lalu

Rokok, Minuman Ringan Berkarbonat Dan Pemain Bola Sepak

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini