Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kereta Elektrik - Sesuai Sangatkah Dengan Kita?

Hezeri Samsuri buka pekung sebagai pemilik kenderaan EV di dalam Malaysia.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2021 8:50AM

Renault Zoe 2015. Gambar: Hezeri Samsuri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kereta elektrik atau EV adalah topik paling hangat diperkatakan dalam industri automotif.

Berita negara-negara jiran kita yang berlumba-lumba mahu terbabit dalam dunia EV dan laporan-laporan pakar-pakar automotif tempatan tentang betapa kerajaan Malaysia terlalu lengai dalam EV memang akan terbit selang seminggu.

Menarik juga isu ini kerana sebagai pemilik EV, saya melihat isu yang dinaikkan sebenarnya terlalu generic dan tidak berfokus.

Ia umpama durian - memang mudah untuk bercerita tentang keadaan fizikal buah eksotik berduri itu tetapi untuk benar-benar memahami kenapa ada yang sanggup meminta tanah percuma daripada Sultan kerana durian, maka anda perlu makan buah itu dahulu.

Sama seperti EV - ia mungkin nampak seperti kereta biasa tetapi sebenarnya, ia lebih kepada sebuah komputer dengan empat roda.

Kali ini, saya berkongsi beberapa fakta menarik yang anda perlu tahu mengenai EV.


1. EV tidak begitu perlukan pomen

EV tidak mempunyai enjin, maka ia mempunyai kurang komponen - dalam 40 ke 50 peratus pengurangan komponen berbanding kenderaan berenjin biasa.

Oleh kerana ia tidak mempunyai enjin, EV juga tidak ada keperluan untuk diservis setiap 10,000 km, atau 15,000 km.  

Saya hanya ke pusat servis setahun sekali untuk memeriksa komponen mekanikal seperti brek, sistem penyerap hentak dan pendingin hawa serta melakukan update kepada perisian kenderaan dengan bayaran RM160.

Ya, kos servis EV saya ialah RM160, setahun.

Gambar: Hezeri Samsuri
Gambar: Hezeri Samsuri


 

2. Kesesakan lalu lintas bukan punca EV habis bateri

Ramai yang berkata, kalau saya tersekat di dalam kesesakan jalan raya, maka pastinya tenaga bateri EV saya akan cepat menurun.

Ini tidak benar kerana EV tidak mempunyai enjin. Enjin konvensional akan tetap melahu bila kereta tidak bergerak, kecuali jika kita mempunyai sistem start/stop.

Untuk EV, jika kereta tidak bergerak, tenaga bateri tidak digunakan. Jadi, tidak ada tenaga yang habis melainkan untuk sistem audio, lampu dan pendingin hawa - yang sebenarnya tidak terlalu banyak menyedut kuasa elektrik.

Gambar: Hezeri Samsuri
Gambar: Hezeri Samsuri

3. Kita perlu banyak stesen caj?

Sebenarnya, jika EV itu bukan kenderaan utama anda, sekali caj di rumah sudah mencukupi.

Kereta EV saya mempunyai jarak perjalanan sejauh 150 km dan ia memadai untuk orang rumah saya ke pejabat dan balik, kemudian melencong sedikit ke pasar raya untuk barang runcit, dan kemudian untuk saya keluar ke kedai mamak atau ke masjid.

Setiap malam, saya cuma caj balik dan esok, ia sudah sedia untuk berkhidmat.  

Kereta EV baharu sekarang memberikan jarak perjalanan yang lebih jauh - ada yang sehingga 600 km. Walaupun masih leceh untuk dibawa pulang ke kampung, tetapi ia membolehkan kita memandu di sekitar bandar dengan hati girang.

Gambar: Hezeri Samsuri
Gambar: Hezeri Samsuri

4. Kereta EV terlalu mahal?

Kereta EV memang mahal kerana pembuatan bateri yang memakan kos tinggi dan juga kerana EV memerlukan pekerja-pekerja berkemahiran tinggi.

Banyak negara-negara maju memberikan subsidi kepada rakyatnya untuk membeli kenderaan EV kerana jika tidak, rakyat akan memberikan pelbagai alasan untuk tidak bertukar kepada EV.

Namun begitu, alternatif yang ada dan lebih mampu adalah membeli EV terpakai. Malaysia mempunyai hampir 100 unit EV sejak enam tahun lalu dan ada yang memang untuk dijual pada harga terpakai.

Renault Zoe terpakai yang saya beli berharga RM70,000. Usia semasa dibeli hanya 5 tahun dan jarak perbatuan di bawah 35,000 km.

Tepuk dada tanya selera. Kalau mahu katakan mahu, tak perlu beri 1,000 dalih!

Gambar: Hezeri Samsuri
Gambar: Hezeri Samsuri

5. EV bakal naikkan bil elektrik di rumah?

Menipulah jika saya katakan tidak ada peningkatan bil elektrik langsung.

Renault Zoe saya datang dengan bateri lithium ion 22 kWh, dan ia memerlukan lebih kurang tenaga elektrik bernilai RM4.50 (kadar elektrik rumah persendirian sekarang) untuk dipenuhi, dari kosong.

Cuma ramai yang terlupa, kenderaan EV mampu menghasilkan tenaga elektrik sendiri bila ia menuruni bukit atau ketika coasting atau melajak. Oleh kerana itu, jarak perjalanan EV mungkin boleh pergi lebih jauh dari yang diberikan secara teori dan juga EV jarang pulang ke rumah dengan bateri yang terus kosong.

Setiap hari, saya mengecaj EV saya dengan baki bateri antara 40 ke 50 peratus. Ini bermakna, kos caj saya cuma lebih kurang RM7 sehari atau lebih rendah dari itu.

Gambar: Hezeri Samsuri
Gambar: Hezeri Samsuri

6. EV mengurangkan pencemaran

Ini adalah sebab yang paling tidak penting kerana kita semua tahu Malaysia bukanlah sebuah negara yang berminat dan mengambil serius tentang usaha-usaha menyelamatkan alam sekitar.

Komen paling popular untuk EV adalah ia masih menggunakan tenaga elektrik yang dihasilkan oleh stesen-stesen jana kuasa yang menggunakan sumber finite dan kotor seperti arang batu, gas dan diesel.

Ini memang benar, dan melainkan kita menggunakan tenaga dari nuklear, maka Malaysia akan sentiasa berharap kepada jana kuasa-jana kuasa ‘kotor’ tersebut.

Penggunaan kenderaan yang tinggi lebih bertumpu kepada kawasan-kawasan bandar di mana jumlah penempatan jauh lebih padat.

Asap yang keluarkan dari ratusan ribu ekzos di dalam satu kawasan yang kecil mampu menyebabkan kualiti udara menurun dengan drastik dan menyebabkan masalah kesihatan kepada ramai penduduk.

Ini memang sudah berlaku kepada bandar raya-bandar raya besar di dunia, dan kerana itu mereka mengawal kemasukan kenderaan ke dalam bandar bagi mengurangkan pencemaran.

Penggunaan EV tidak akan menyebabkan penghasilan asap dan menyebabkan pencemaran udara bertumpu ke lokasi jana kuasa itu sahaja.

Bukankah lebih mudah untuk mengawal sumber pencemaran dari satu serombong jana kuasa dari mengawal asap yang keluar dari jutaan ekzos kenderaan?

Dari perkongsian saya kali ini, memang EV dilihat lebih banyak memberikan kebaikan dan ini yang sering dipaparkan kepada kita.

Cuma ini adalah sebuah cerita yang berat sebelah kerana setiap yang menarik, pasti ada yang buruknya.  

Gambar: Hezeri Samsuri
Gambar: Hezeri Samsuri

Episod hadapan, saya akan bercerita pula tentang masalah-masalah EV pula, sesuatu yang jarang dipertikaikan kerana hanya pemilik EV di Malaysia yang benar-benar faham apa cabaran sebenar kenderaan istimewa ini. - Getaran 6 Februari 2021

Isu Pada

Dayang Nurfaizah

06 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

2

Karier 9 bulan yang lalu

Yusof Pertahan Industri Bot Tradisional

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Negara Perlukan Desentralisasi Pendidikan, Guru Harus Tingkatkan Kefahaman Literasi Perundangan

4

TARA 1 tahun yang lalu

Bowers & Wilkins Pesaing Mantap Untuk Pembesar Suara Kategori Premium

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini