Berita Terkini

1 jam yang lalu: UMNO akan teliti rayuan ahli digantung keahlian - Ahmad Zahid 1 jam yang lalu: Ketua Pemuda UMNO akan bertemu dengan Ketua Pemuda PH, bincang gerak kerja PRN 1 jam yang lalu: Ahmad Zahid - PM setuju secara dasar penubuhan SEGiM 1 jam yang lalu: Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan 3 jam yang lalu: Seorang lelaki lemas manakala 7 lagi terselamat apabila bot pancing karam di Pantai Bagan Lalang, Sepang, petang tadi

IKUTI KAMI


Pet Lovers Centre Lancar Platform Kesihatan Haiwan Peliharaan

Berita baik untuk semua pemilik haiwan, jawapan kepada semua persoalan berkaitan haiwan kesayangan anda kini boleh diperolehi hanya dengan satu klik!

TARA Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 12:03PM

Pet Lovers Centre kini tampil dengan platform Kesihatan Haiwan Peliharaan yang menawarkan penyelesaian sehenti untuk semua pertanyaan mengenai haiwan peliharaan - Gambar Hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cuba perhatikan ahli keluarga, kenalan atau anda sendiri yang memiliki haiwan peliharaan. Bagaimana mereka atau anda menjaga haiwan yang sudah dianggap seperti ‘ahli keluarga’ ini? Ada banyak perkara dan rutin yang perlu dilakukan demi memastikan haiwan peliharaan berada dalam keadaan terbaik bukan?

Bagi memenuhi keperluan masyarakat masa kini, Pet Lovers Centre, rangkaian runcit haiwan peliharaan terbesar di Malaysia tampil dengan platform Kesihatan Haiwan Peliharaan yang menawarkan penyelesaian sehenti untuk semua pertanyaan mengenai haiwan peliharaan.

Gambar Pet Lovers Centre
Gambar Pet Lovers Centre

Hanya dengan satu klik, pengguna laman web ini akan terus dihubungkan kepada ahli farmasi dan perunding penjagaan haiwan peliharaan bagi membantu menjawab segala persoalan.

Ia menawarkan perkhidmatan dalam dan luar talian (di cawangan terpilih) yang terdiri daripada Farmasi Haiwan Peliharaan, Ahli Veterinar dan Perunding Penjagaan Haiwan Peliharaan sekali gus menyediakan akses mudah kepada pengguna untuk memenuhi keperluan haiwan kesayangan mereka. 

Menerusi inisiatif terbaharu ini, Pet Lovers Centre berharap dapat menjadikan penjagaan haiwan peliharaan lebih mudah diakses oleh orang awam dan memberi mereka kemudahan untuk mendapatkan rundingan kesihatan segera untuk haiwan peliharaan melalui rangkaian perkhidmatan yang ditawarkan di laman web.

Jadi, apa yang boleh anda harapkan apabila berkunjung ke Pet Pharmacy | Pet Lovers Centre Malaysia? Jom semak maklumat berikut.

 

Farmasi Haiwan Peliharaan 

Gambar Pet Lovers Centre
Gambar Pet Lovers Centre

Matlamat perkhidmatan Farmasi Haiwan Peliharaan [dalam dan luar talian] adalah untuk memudahkan pemilik haiwan peliharaan mendapatkan nasihat profesional dan akses kepada kepakaran penjagaan kesihatan haiwan peliharaan dari rumah sendiri. 

Ahli farmasi Pet Lovers Centre merupakan individu yang berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia dan mempunyai  kemahiran dan pengetahuan tentang farmakoterapi, pemeriksaan preskripsi, kaunseling ubat dan pengurusan pemakanan. 

Membuat pesanan dengan Farmasi Haiwan Peliharaan adalah mudah. Pelanggan hanya perlu mengisi borang dan menyediakan preskripsi doktor haiwan yang sah untuk ubat-ubatan bukan di kaunter. 

Pelanggan boleh memilih untuk mengambil ubatan sendiri di cawangan terpilih atau boleh meminta perkhidmatan penghantaran ke rumah yang akan diterima dalam masa 3-5 hari bekerja, tertakluk kepada stok.

 

Perunding Penjagaan Haiwan Peliharaan

Gambar Pet Lovers Centre
Gambar Pet Lovers Centre

Bimbingan dan nasihat tidak kira jumlahnya boleh membantu ‘ibu bapa’ haiwan peliharaan menjaga kesihatan 'anak bulu' mereka. Itulah sebabnya Perunding Penjagaan Haiwan Peliharaan Pet Health sentiasa tersedia melalui ‘sembang langsung’ (live chat) dan di cawangan Pet Lovers Centre terpilih. 

Perunding yang terdiri daripada ahli profesional terlatih veterinar dapat berkongsi nasihat profesional yang holistik melalui gabungan kepakaran, kemahiran dan pengalaman, untuk membantu pengguna mengekalkan kesihatan optimum haiwan kesayangan mereka. 

Sembang langsung beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam. Apa yang anda perlu lakukan ialah klik pada ikon sembang langsung untuk mula berbual dengan Perunding Penjagaan Haiwan Peliharaan.

Kunjungi laman web Pet Lovers Centre hari ini untuk mendapatkan rundingan kesihatan haiwan peliharaan percuma atau pesan ubat preskripsi yang diperlukan oleh haiwan peliharaan anda. 

Selain itu ada banyak juga info bermanfaat yang boleh anda dapati di laman web yang mesra pengguna ini. - Getaran, 13 Mei 2023 

Isu Pada

Aishwarya Rai - Aura Nandini dan ‘Women Empowerment’

13 May 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Suspek Rompak Farmasi Guna Sabit Diburu

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Ahli Farmasi Bantah Cadangan Pengecualian Cecair, Gel Nikotin Dalam Akta Racun 1952

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Penarikan Semula Ubat Batuk Dengan Pholcodine Prosedur Standard

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Rekod Imunisasi Kanak-Kanak, Saringan Kesihatan Kini Di MySejahtera Berwajah Baharu

Sorotan

1

Pesara Swasta Rugi RM1.2 Juta Ditipu 'Phone Scam' 

2

‘Tak Perlu Tubuh SEGM, Perkasa Suruhanjaya, Agensi Sedia Ada’ - GTM  

3

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

Disyorkan untuk anda

TARA 13 jam yang lalu

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

oleh Helmi Anuar

TARA 5 jam yang lalu

2 Peranti Berkuasa Terbaharu Logitech

Dua peranti ini dilihat berjaya menarik perhatian ramai pengguna termasuk individu profesional atau streamer permainan dalam talian.

oleh Izwan Ramlan

TARA 6 jam yang lalu

Testimoni Palsu Digunakan Dalam Produk Kecantikan? Ini Hukumnya! 

Menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan tersebut adalah sama seperti menipu pelanggan dan secara tak langsung ia menjadi iklan palsu. 

oleh Izwan Ramlan

TARA 10 jam yang lalu

Rawatan Thermal Shape Gandingan Terbaik Untuk Memaksimumkan Rutin Kecergasan

oleh Rahayu MN