Berita Terkini

42 minit yang lalu: Pindahan pesakit guna tangga di hospital Melaka ekoran kerosakan luar lif 43 minit yang lalu: Ketua Polis Pulau Pinang tidak tunduk dengan ugutan 44 minit yang lalu: Sukan APG Kemboja 2023 buka tirai dengan percikan bunga api 45 minit yang lalu: Pengeluaran ketam di Malaysia 16,000 tan metrik tahun 2022 45 minit yang lalu: JDT selesaikan pusingan pertama Liga Super 2023 dengan rekod bersih

IKUTI KAMI


Perodua EM-O Model Kenderaan EV Jenama Tempatan Malaysia Diperkenalkan

Baru-baru ini, Perodua memberi gambaran awal tentang model EV mereka yang dinamakan sebagai Electric Motion Online (EM-O) di Malaysia Autoshow 2023.

TARA Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 8:00AM

Electric Motion Online (EM-O) telah dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023 - Gambar Peroda.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila berbicara tentang kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, Proton merupakan antara jenama kenderaan tempatan yang telah berjaya menghasilkan dan mempamerkan kenderaan EV sejak beberapa tahun lalu. Namun adakah ia satu-satunya jenama kereta buatan Malaysia yang mampu menghasilkan teknologi EV ini?

Jawapannya tidak! Perodua yang terkenal dengan kenderaan harga mampu milik dan mempunyai jumlah pemilik yang agak tinggi baru-baru ini memberi gambaran awal terhadap model EV mereka yang dinamakan sebagai Electric Motion Online (EM-O). Ia telah dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023 bertempat di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS).

Model Produa E-MO ini merupakan kereta EV kategori SUV hatchback yang dikuasakan oleh bateri ion litium berkapasiti 50kWh dan berupaya memberikan jarak 300 km hingga 350 km. 

Selain itu, ia memiliki kelajuan maksimum 160kph dengan pecutan dari 0-100kph dalam masa 10 saat. Ini termasuklah prestasi tork sehingga 121Nm bersama 95PS (kuasa kuda).

Teknologi bateri lithium-ion dan sistem EM-O yang ada pada kenderaan ini boleh dicas dalam masa 7 jam 30 minit. Terdapat juga pilihan cas ultra pantas 300kW yang mengambil masa 20 minit untuk bateri tersebut mencecah 80 peratus.

SUV EV ini dilihat mempunyai reka bentuk yang agak bergaya dan sedikit sporty di bahagian badan kenderaan dan ini bagi menarik perhatian semua jenis rakyat Malaysia terutamanya generasi muda dan golongan B40.

SUV EV ini dilihat mempunyai reka bentuk yang agak bergaya dan sedikit sporty
SUV EV ini dilihat mempunyai reka bentuk yang agak bergaya dan sedikit sporty

Selain itu, matlamat produk ini dikeluarkan adalah untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia merasai pengalaman memandu EV dengan harga yang pasti lebih rendah sedikit dari jenama yang lain. 

Dimaklumkan, model sebenar EM-O dijangka siap dan akan berada di pasaran pada penghujung tahun ini atau awal 2024. 

Oleh itu, penglibatan jenama kereta Malaysia kedua ini memperlihatkan Perodua turut bersama-sama mengikuti perkembangan dan kemajuan teknologi kenderaan EV seiring dengan negeri serantau yang lain. - Getaran, 13 Mei 2023

Isu Pada

Aishwarya Rai - Aura Nandini dan ‘Women Empowerment’

13 May 2023

Sorotan

1

Pemimpin Asing Ucap Takziah, Angka Kematian Tragedi Kereta Api India Hampir 300

2

Hubungan Kukuh Negeri, Persekutuan Penting - Ahmad Zahid

3

Kadar Inflasi Malaysia Kekal Sederhana Pada 2023 - Rafizi

Disyorkan untuk anda

TARA 22 jam yang lalu

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

oleh Helmi Anuar

TARA 1 hari yang lalu

Koleksi Happy Giraffe & Friends Dari Starbucks Inspirasi Daripada Mas Boy!

Sempena Starbucks Malaysia mengambil Mas Boy, seekor zirafah sebagai haiwan angkatnya, mereka telah mengeluarkan koleksi produk baharu ini.

oleh Izwan Ramlan

TARA 18 jam yang lalu

5 Pilihan Coklat Premium Kacang Pistachio Royce’ Sempena Hari Bapa

Sempena Hari Bapa yang bakal menjelma tidak lama lagi, kejutkan ayah tercinta dengan hadiah coklat pistachio.

oleh Izwan Ramlan

TARA 15 jam yang lalu

'Main Puteri' Dipentaskan Di Festival De I'Imaginaire, Paris Pada 7 Jun