Berita Terkini

3 minit yang lalu: APG 2023: Malaysia akhiri cabaran di Kemboja dengan 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa - MSN 21 minit yang lalu: Anwar hadiri Perhimpunan Agung UMNO 23 minit yang lalu: KPDN rampas barangan berjenama tiruan di Butterworth 24 minit yang lalu: MBI, Petronas Gas meterai MoU bangun loji jana kuasa hidro mini, selenggara terminal 25 minit yang lalu: Lelaki kasari pemandu wanita dipenjara seminggu

IKUTI KAMI


Spesifikasi Sederhana Saiz Lebih Besar Dan Harga Lebih Murah - Samsung Galaxy A34

Penulis menganggap model Galaxy A34 ini sebagai ‘adik’ kepada Galaxy A54 kerana kedua-duanya memiliki teknologi dan sepksfikasi yang tidak jauh beza.

TARA Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 10:17AM

Menawarkan harga yang sedikit rendah iaitu bermula RM1,599, Samsung Galaxy A34 5G ini memiliki berat yang lebih ringan iaitu 199g - Gambar dari Samsung.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti yang dijanjikan, sejurus sahaja Getaran berkongsi tentang ulasan model telefon pintar Samsung Galaxy A54 5G sebelum ini, penulis akan meneruskan perkongsian ulasan sebuah lagi model iaitu Samsung Galaxy A34 5G

Setelah menggunakannya selama dua minggu, penulis menganggap model Galaxy A34 ini sebagai ‘adik’ kepada Galaxy A54. Mengapa ‘adik’? Secara umum, kedua-dua model ini menggunakan teknologi dan speksifikasi yang tidak jauh beza. 

Menawarkan harga yang sedikit rendah iaitu bermula RM1,599, model ini memiliki berat yang lebih ringan iaitu 199g akan tetapi dari sudut saiz badan peranti, ia lebih besar daripada Galaxy A54. Ini kerana ia mempunyai ukuran 161.3 x 78.1 x 8.2mm, nampak lebih elegen!.

Dari sudut  bahagian perisian pula, Galaxy A35 menggunakan cipset yang berbeza daripada Galaxy A54 iaitu Mediatek MT6877V Dimensity 1080 (6 nm). 
Dari sudut  bahagian perisian pula, Galaxy A35 menggunakan cipset yang berbeza daripada Galaxy A54 iaitu Mediatek MT6877V Dimensity 1080 (6 nm). 

Bagi komponen skrin, ia masih menggunakan paparan Super AMOLED dan  Galaxy A35 memiliki saiz skrin berukuran 6.6 inci dengan mengekalkan kadar segar semula yang sama seperti Galaxy A54 iaitu 120Hz. Jadi,  yang hanya membezakan komponen ini hanya pada saiz skrin sahaja.

Dari sudut  bahagian perisian pula, Galaxy A35 menggunakan cipset yang berbeza daripada Galaxy A54 iaitu Mediatek MT6877V Dimensity 1080 (6 nm). 

Masih menggunakan sistem rangkaian 5G dan teknologi android 13, Galaxy A 34 mempunyai perbezaan yang agak ketara pada bahagian kamera.
Masih menggunakan sistem rangkaian 5G dan teknologi android 13, Galaxy A 34 mempunyai perbezaan yang agak ketara pada bahagian kamera.

Soal perlindungan sistem perisian pula, anda tidak perlu risau. Model ini masih menggunakan sistem keselamatan Samsung Knox yang dijamin mampu melindungi perisian dalaman dan fungsi-fungsi yang ada pada peranti ini.

Masih menggunakan sistem rangkaian 5G dan teknologi android 13, Galaxy A 34 mempunyai perbezaan yang agak ketara pada bahagian kamera.

Selain itu, lensa yang ada pada model ini boleh dikatakan hanya berada di tahap yang sederhana sahaja. Ia memiliki resolusi 8MP (mod ultra lebar), 48MP (kamera utama) dan  5MP (mod makro) dan 13MP (mod swafoto).

Model ini turut menggunakan bateri jenis Li-Po dengan kapasiti kuasa 5000mAh serta sistem pengecas segera dengan aliran elektrik sebanyak 25W.
Model ini turut menggunakan bateri jenis Li-Po dengan kapasiti kuasa 5000mAh serta sistem pengecas segera dengan aliran elektrik sebanyak 25W.

Manakala bagi swafoto pula mempunyai resolusi sebanyak 3MP dan rakaman pada bahagian video boleh sehingga paparan 4K. Akan tetapi, teknologi Nightography dan AI masih dikekalkan bagi menghasilkan gambar menakjubkan dengan kualiti gambar yang baik dalam apa juga keadaan pencahayaan samaada terang atau gelap.

Kemudian, model ini turut menggunakan bateri jenis Li-Po dengan kapasiti kuasa 5000mAh serta sistem pengecas segera dengan aliran elektrik sebanyak 25W.

Dengan menawarkan storan 128GB+ 6RAM 128GB+ 8RAM dan 256GB+ 8 RAM, Samsung Galaxy A34 menawarkan empat pilihan warna iaitu Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet dan Awesome Silver.

Akhir kata, Samsung Galaxy A34 ini boleh dianggap sebagai telefon bimbit pintar bagi  kategori pertengahan dan masih memiliki keperluan yang mencukupi. Walaupun terdapat beberapa komponen sedikit  berbeza dari Galaxy A54 namun ia tidak menjejaskan prestasi telefon ini dan berbaloi untuk dimiliki seiring dengan harga yang ditawarkan. - Getaran, 7 Mei 2023 

Isu Pada

Aiswarya Rai: Aura Nandini Dan Women Empowerment

06 May 2023

Sorotan

1

336,592 Pelajar Perempuan Belum Disuntik Vaksin HPV

2

Malaysia-Indonesia Capai Kata Sepakat Pertahan Kepentingan Kelapa Sawit - PM

3

Jenaka Chia Tidak Gambarkan Pendirian Singapura, Kami Mohon Maaf - Pesuruhjaya Tinggi