Tinggal seminggu lagi, sambutan Hari Ibu akan tiba. Inilah masanya untuk meraikan insan yang paling berharga dan berjaya dalam kehidupan kita. Ada banyak cara untuk meraikan hari istimewa ini.
Namun, jika anda ingin memanjakan ibu dengan melakukan pelbagai aktiviti, Pavilion Kuala Lumpur punya segalanya!
Anda dan ibu boleh membeli-belah, memanjakan diri, menjamu selera dan berhibur. Pendek kata, hari yang bakal dilalui pasti terisi dengan sempurna.
Anda hanya perlu ‘susun jadual’, dan pilih perkara yang digemari oleh ibu. Sebagai seorang anak, pasti anda tahu kesukaannya bukan?
Berikut adalah aktiviti yang boleh anda lakukan bersama ibu di Pavilion Kuala Lumpur pada Hari Ibu nanti. Jangan lupa menanda kalendar anda. Ingat! 14 Mei 2023.
1) Kopi dahulu!

Tiada lagi yang lebih baik daripada memulakan hari dengan secawan kopi yang memenangi anugerah dan hidangan lazat di The Coffee Academïcs! Yang mesti dicuba ialah Kopi Jawa mereka - latte macchiato yang dimaniskan dengan gula aren Jawa dari Indonesia, atau cuba Steam Coffee mereka -espreso yang diwapkan dengan ais untuk menghasilkan buih di bahagian atasnya.
Boleh juga mencuba makanan mereka yang tidak kurang lazatnya. Miso Salmon Pasta, dan Espresso Butter on Fluffy Pancakes antara menu yang tidak rugi dicuba.
Lokasi: The Coffee Academïcs, Aras 3, Connection, Pavilion KL
2) Cantikan kuku di BMIC Nail Spa Salon

Panjangkan langkah ke Pavilion KL’s Beauty Hall untuk menikmati sesi rawatan dan memanjakan diri yang mewah bersama ibu anda.
BMIC Nail Spa Salon misalnya, anda dan ibu bukan sahaja boleh menikmati manicure dan pedikur spa yang tenang, mereka juga menawarkan perkhidmatan membuang bulu roma yang tidak diingini.
Selain itu, boleh juga cuba rawatan sambungan bulu mata mereka yang menakjubkan. Anda dan ibu pasti tampil lebih menawan.
Lokasi: BMIC Nail Spa Salon, Aras 7, Pavilion KL’s Beauty Hall
3) Kemewahan peribadi

Wanita mana yang tidak suka dengan beg tangan? Lebih-lebih lagi jika ia berjenama. Kejutkan ibu anda dengan beg tangan baharu daripada Coach, dan minta huruf awal namanya di monogram secara percuma di bar ketukangan mereka.
Ini cara terbaik untuk menambah sentuhan peribadi pada hadiah anda yang boleh hargai oleh ibu selama bertahun-tahun akan datang.
Lokasi: Coach, Aras 2 dan 3, Pavilion Elite, Pavilion KL
4) Tambah koleksi fesyen harian

Koleksi Giordano/Ladies Spring Summer 2023 mungkin menarik perhatian anda dan ibu untuk menambah koleksi pakaian harian. Di sini anda akan menemui segala-galanya daripada kemeja-t, blaus klasik moden, jaket dan seluar yang bergaya.
Lokasi: Giordano/Wanita, Aras 3, Fashion Avenue, Pavilion KL
5) Coffee Break!

Berehatlah seketika daripada membeli-belah dan nikmati hidangan kopi enak di Tom & Danny Coffee, sebuah kafe selesa yang pakar dalam minuman panas dan sejuk berkafein. Tofu Fa Latte dan Lychee Americano mereka antara minuman mesti dicuba !
Lokasi: Tom & Danny Coffee, Aras 6, Pavilion KL
6) ‘Mengembara’ ke Jepun

Kunjungi presint Tokyo Street Pavilion KL untuk menyelami budaya Jepun dan mencari aksesori yang memikat hati di Minimalist Lab. Kejutkan ibu anda dengan rantai perak yang diperibadikan, atau mungkin rantai daisy yang boleh diukir dari kedai!
Tambahkan sedikit kehijauan ke rumah anda dengan membeli tumbuhan bonsai daripada Zen Bonsai. Pergi ke Haru To Natsu untuk membeli barangan yang mencipta suasana yang selesa dan zen. Terbaik untuk mencipta persekitaran yang tenang dan mendamaikan. Pasti ibu anda suka dan mungkin juga inilah yang diperlukan oleh ibu anda!
Lokasi: Minimalist Lab, Zen Bonsai, Haru To Natsu, Aras 6, Tokyo Street, Pavilion KL
7) Sejukkan badan dengan aiskrim yogurt

Menikmati hidangan pemanis mulut mungkin bukan pilihan ibu anda kerana ada masalah kesihatan seperti diabetes. Tapi, untuk Hari Ibu ini mungkin boleh bawa dia memanjakan lidah dengan pencuci mulut yang sihat dan bebas gula di Yolé.
Boleh cuba yogurt beku dan ais krim yang lazat. Terdapat pelbagai sos dan topping yang boleh dijadikan pilihan. Jika masih belum puas, pesanlah wafel gelembung tanpa gula yang tidak kurang enaknya.
Lokasi: Yolé, Aras 1, Emporium Gourmet, Pavilion KL
8) Serlahkan bakat nyanyian

Puas membeli-belah dan memanjakan diri, bolehlah akhiri hari ini anda dengan beradu suara bersama ibu. Itupun jika ibu anda minat menyanyi. Red Box Plus, merupakan destinasi karaoke premium yang menawarkan bilik persendirian, peralatan audio visual terkini dan seleksi lagu untuk anda menyanyi sepuas hati. - Getaran, 7 Mei 2023
Lokasi: Red Box Plus, Aras 10, Pavilion Elite, Pavilion KL
Selamat Hari Ibu! - Getaran, 7 Mei 2023