Berita Terkini

9 jam yang lalu: RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha 9 jam yang lalu: KPDN Labuan lumpuh sindiket seludup minyak kecil-kecilan 9 jam yang lalu: Operasi SAR kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Tanjung Malim disambung esok - Bomba 9 jam yang lalu: CDM akan segera sampaikan keperluan atlet RTG kepada Hannah 9 jam yang lalu: Tiga lelaki dikesan menyamar sebagai polis di Lebuhraya Utara Selatan

IKUTI KAMI


Belasungkawa: Mael XPDC & Selendang Merdeka

Walaupun terkenal dengan lagu yang ganas, lagu-lagu Mael XPDC yang bergenre slow rock dan balada seperti 'Nafisa', 'Titian Perjalanan', 'Hijau Bumi Tuhan', 'Hentian Ini' dan 'Semangat Yang Hilang' mempunyai unsur nasihat serta memperjuangkan aspirasi rakyat kelas marhaen.

TARA Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 8:31PM

Ilustrasi: Rasfan Abu Bakar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tanggal 27 April 2024, Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim telah kembali ke rahmatullah kerana sakit lelah yang kronik. Mael yang sinonim dengan kumpulan XPDC meninggal dunia pada usia 55 tahun di Hospital Muar, Johor kira-kira jam 9.30 malam. 

Mael merupakan seorang vokalis rock tanah air yang mempunyai aura dan personalitinya tersendiri. Pengikutnya juga sangat ramai dan tidak hairanlah konsert dan persembahannya akan dilimpahi dengan pengunjung. Kemana sahaja Mael pergi, pengikut setianya tetap hadir untuk memberikan sokongan. Disebabkan itu juga kumpulan Mael dan XPDC mendapat jolokan, Raja Funfair. 

Kumpulan XPDC mula menambat hati peminat muzik tanah air apabila lagu 'C.I.N.T.A' dari album pertama Darjah Satu menjadi hit sekitar tahun 1990-an. Lagu ini sangat berbeza dengan lagu-lagu rock yang ada pada ketika itu. Muziknya juga berbeza kerana lebih keras dan bergenre metal. 

Seterusnya Mael dan XPDC terus mengorak langkah dan mula mencipta fenomena baru dalam dunia rock tanah air. Hal ini dikatakan demikian kerana XPDC bergerak tanpa populariti murahan seperti gosip mahupun bergantung kepada siaran radio, TV dan surat khabar. 

Allahyarham Mael XPDC ketika membuat persembahan - Gambar Fail
Allahyarham Mael XPDC ketika membuat persembahan - Gambar Fail

XPDC cekal berjuang dengan muzik keras mereka sendiri. Penampilan Mael dan teman-temannya juga sempoi, sesuai dengan jiwa dan gaya rebel mereka, dengan t-shirt hitam, berseluar jeans dan berambut panjang.

Kumpulan ini tidak ambil pusing dengan segala macam kekangan dan peraturan kerana mereka tahu peminat tetap setia menanti di tapak-tapak ekspo dan funfair.

Ketika membuat persembahan, tidak ada apa-apa gimik yang ditampilkan. Hanya naik ke pentas, muzik bermula dan Mael akan menyanyi. Seringkas itu sahaja. Para peminat pula akan terus headbanging dan menyanyi bersama.

Ini adalah satu pengalaman unik yang penulis alami sejak tahun 90-an lagi dan gaya persembahan tersebut kekal sehingga akhir hayatnya.

Album Kita Peng-Yu dan Brutal merupakan masterpiece buat Mael dan XPDC kerana kedua-dua album ini menyerlahkan hala tuju serta perjuangan mereka dalam dunia muzik tanah air.

Ilustrasi: Rasfan Abu Bakar
Ilustrasi: Rasfan Abu Bakar

Alunan muzik serta seni kata dalam album ini benar-benar membakar perasaan anak muda yang berdarah panas dan ia juga manifestasi kepada idealism kumpulan ini. Siapa yang tidak terpikat dengan lagu 'Bahalol', 'Kita Peng-Yu', 'Selendang Merdeka', 'Tak Nak Jadi Soh Cai', 'Semangat Yang Hilang' serta 'Hidup Bersama' versi metal. 

Walaupun terkenal dengan lagu yang ganas, Mael tetap berupaya untuk mendendangkan lagu bergenre slow rock dan balada seperti 'Nafisa', 'Titian Perjalanan', 'Hijau Bumi Tuhan', 'Hentian Ini' dan 'Semangat Yang Hilang'. Kesemua lagu dendangannya berjaya menusuk kalbu, mempunyai unsur nasihat serta memperjuangkan aspirasi rakyat kelas marhaen. 

Mengakhiri tulisan ini, penulis ingin berkongsikan serangkap lirik lagu 'Selendang Merdeka' dari album Kita Peng-Yu

Ilustrasi: Rasfan Abu Bakar
Ilustrasi: Rasfan Abu Bakar

Lepas mati aku hidup, 

Hidup merdeka….

Sini sana sama saja……

Terima kasih Brother Mael! - Getaran, 6 Mei 2023

Penulis merupakan pensyarah seni visual di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Isu Pada

Aiswarya Rai: Aura Nandini Dan Women Empowerment

06 May 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 1 bulan yang lalu

Hattan Dikecam Teruk, Bila Tegur Penyampai Berita Tak Buat ‘Homework’ Pasal Isu Mael Dan XPDC 

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Pemergian Mael XPDC Beri Kesan Terhadap Industri Rock Tempatan - Anwar

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

Fahmi Kongsi Khabar Duka Pemergian Penyanyi Mael XPDC

Sorotan

1

Abd Halim Bangga Jadi Anak Nelayan, Beri Kelebihan Dalam Acara Kolam Renang

2

8 Termasuk 7 Pesilat Cedera Ringan MPV Dinaiki Langgar Lori

3

Lim Kit Siang, Allahyarham Nik Abdul Aziz Terima Gelaran Tan Sri

Disyorkan untuk anda

TARA 1 hari yang lalu

Puteh Rooftop Bar Melaka Lokasi Terbaharu Untuk Berhibur dan Menjamu Selera di Bandaraya Bersejarah

oleh Rahayu MN

TARA 1 hari yang lalu

Ora Good Cat Warna Hijau Pistachio Merancakkan Dunia EV Automotif Malaysia

Pertunjukkan Ora Good Cat yang diadakan di Sunway Velocity baru-baru ini telah berjaya menarik perhatian pasaran apabila 20 unit model EV tersebut habis dijual...

oleh Izwan Ramlan

TARA 1 hari yang lalu

Lisdawati Kongsi Kembara Kerohanian Ke Tanah Suci

'Saya faham sebagai hamba kita perlu kembali kepada Allah, sebagai pendosa saya mengharapkan pengampunan daripada Allah dan semoga mendapat haji mabrur,” katany...

TARA 1 hari yang lalu

Polis Evo 3 Kini Boleh Didapati Dalam  Permainan PUBG Mobile, Bersama Pek Suara Inspektor Sani Dan Inspektor Khai 

oleh Izwan Ramlan