web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peluang Untuk Golongan Ibu Manjakan Diri Dalam Acara 'Baby Shower' Sambil Menikmati Keindahan Kota Paris

Acara 'baby shower' Happikado secara besar-besaran ini menawarkan beberapa aktiviti menarik dan agenda yang menyeronokkan untuk pengunjung, seperti sesi perkongsian maklumat mengenai proses kelahiran oleh pakar dan pelbagai jenis permainan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 May 2023 5:07PM

'Baby shower' ini terbuka kepada ibu-ibu yang sedang hamil dan ibu bapa yang mempunyai bayi yang berusia tidak lebih daripada 6 bulan - Gambar hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Acara baby shower telah pun menjadi satu acara kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita untuk menyambut kelahiran bayi apabila kandungan ibu yang hamil sudah mencecah lebih 7 bulan. 

Buat julung-julung kalinya, kedai yang menawarkan pelbagai produk inovatif dan berkualiti tinggi terpilih untuk golongan ibu, bayi dan kanak-kanak, Happikiddo bakal menganjurkan acara baby shower (majlis meraikan bakal ibu) terbesar pada 27 Mei hadapan, dari jam 1 tengahari hingga 6 petang, bertempat di Lightbox@Light Grey, Sungai Buloh. 

Bertemakan 'Baby in Bloom', acara ini diinspirasikan daripada keindahan kota Paris dan warna-warna pastel jenama Atelier Choux - sebuah jenama hadiah dan produk penjagaan bayi eksklusif Perancis yang terdapat di rangkaian kedai Happikiddo. 

Happikiddo akan memberikan pengalaman yang luar biasa kepada pengunjung bagi meraikan kehamilan dan pengalaman keibubapaan menerusi acara minum petang, permainan yang menyeronokkan, cabutan bertuah dan pelbagai tawaran istimewa berkaitan bayi.

Terbuka kepada ibu-ibu yang sedang hamil dan ibu bapa yang mempunyai bayi yang berusia tidak lebih daripada 6  bulan. Acara baby shower secara besar-besaran ini menawarkan beberapa aktiviti menarik dan agenda yang menyeronokkan untuk pengunjung, seperti sesi perkongsian maklumat mengenai proses kelahiran oleh pakar dan pelbagai jenis permainan.

Selain gerai-gerai produk dan tawaran menarik selama sehari daripada 25 jenama terkemuka, acara ini juga menyediakan cenderahati dan hadiah cabutan bertuah bernilai lebih daripada RM80,000 yang terdiri daripada hadiah seperti kereta sorong bayi, tempat duduk kereta, dan katil bayi serta memori indah untuk dikenang di kemudian hari.

“Kehamilan ialah pengalaman yang indah dan anak-anak ialah rahmat dalam hidup kita. Kami di Happikiddo berhasrat untuk meraikan golongan yang baru sahaja menjadi ibu bapa serta bakal ibu bapa dalam acara ini.”

“Justeru, acara ini diadakan untuk merayakan detik permulaan mereka dalam memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa. Kami berharap pengunjung acara ini dapat belajar, berseronok, dan berinteraksi sesama mereka,” ujar Pengasas Happikiddo, Elaine Chew. 

“Di samping itu, kami juga berbesar hati dengan peluang untuk menyumbang kepada kebahagiaan bakal ibu bapa yang berkunjung ke acara ini. Kami berhasrat untuk menjadikan acara ini sebagai perayaan bagi meraikan pengalaman sebagai ibu bapa, dan menyumbangkan nilai berharga kepada bakal ibu bapa dan golongan ibu bapa baharu.”

“Acara ini pastinya menjadi kenangan terindah buat semua pengunjung. Mereka boleh berkongsi detik-detik indah di akaun media sosial masing-masing, dan yang paling penting acara ini juga akan dipenuhi dengan perkongsian bermanfaat. Sememangnya, kami teruja untuk menyambut dan meraikan kehadiran lebih 400 orang ibu bapa ke acara ini,” ujar Elaine lagi

Pengunjung acara akan berpeluang membawa pulang hadiah bernilai RM80,000 menerusi sesi Happi Prize Draw. Setiap pengunjung dengan tiket berharga penuh akan layak menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti kereta sorong, tempat duduk kereta, katil bayi dan pelbagai keperluan bayi yang lain.

Happikiddo juga bekerjasama dengan beberapa nama terbesar dalam industri penjagaan kanak-kanak seperti BabyBjorn, Bugaboo, Stokke, Nuna, Hegen, He or She, Kays & Kins, Purebaby dan banyak lagi untuk memeriahkan acara ini. 

Kiddocare – platform asuhan kanak-kanak berdasarkan permintaan dengan pengasuh terlatih dan diperakui akan membuka sebuah ruang rehat dengan pengasuh untuk membantu ibu bapa dan anak-anak menikmati pengalaman baby shower yang lebih menyeronokkan.

Ciri unik ini akan membolehkan ibu bapa menikmati acara ini sepenuhnya sementara anak kecil mereka dijaga dengan selamat oleh pengasuh terlatih Kiddocare.

Selain itu, hadirin juga akan berpeluang mencuba sebuah kereta sorong bayi baharu yang bakal dilancarkan oleh Bugaboo. Kereta sorong yang dinanti-nantikan ini akan menjadi model paling inovatif jenama Bugaboo dan dipamerkan secara eksklusif untuk dicuba sebelum ia dilancarkan di Asia Tenggara. 

Untuk mengetahui cara untuk mendapatkan tiket ke acara ini, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.happikiddo.com. Selain itu, anda juga boleh buat pembelian tiket di di semua kedai Happikiddo (Avenue K, Citta Mall, DPulze Cyberjaya, IPC Shopping Centre, The Gardens Mall dan Publika). - Getaran, 6 Mei 2023 

Isu Pada

Aiswarya Rai: Aura Nandini Dan Women Empowerment

06 May 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini