Semakin hari semakin hebat kita lihat teknologi dan sistem canggih yang dipasangkan pada kenderaan mewah di seluruh negara. Daripada klasik sehinggalah digital, pelbagai inovasi telah dilakukan oleh pengeluar kereta bagi membesarkan lagi rangkaian industri automotif dan memenuhi kehendak pelanggan mereka untuk jangka masa panjang.
Hari ini penulis berkongsi sebuah aplikasi hebat yang telah diinovasikan beberapa tahun lalu, hasil daripada gabungan dunia automotif dan telefon pintar iaitu aplikasi Digital Key Plus. Ia adalah aplikasi khusus dicipta buat pemilik kereta mewah BMW yang ingin menjadikan telefon pintar mereka sebagai kunci kenderaan.
Namun apabila bercakap mengenai sistem telefon pintar, terdahulu aplikasi ini hanya tertumpu kepada pengguna peranti Apple sahaja seperti Iphone. Sekarang tidak lagi! Aplikasi kunci digital ini sudah boleh digunakan oleh pengguna telefon Android.

Dalam erti kata lain, kedua-dua peranti pintar sama ada sistem Android atau IOS boleh digunakan untuk mengunci dan membuka kunci kereta, menghidupkan enjin dan banyak lagi.
Malah, terdapat penambaikan terhadap aplikasi ini dimana pemilik BMW tidak lagi perlu lagi mengeluarkan telefon, mendekati pintu kereta dan bercakap untuk mengaktifkan kenderaan. Cukup sekadar ia disimpan di dalam poket kerana ia boleh diaktifkan secara automatik mengikut tetapan yang dikehendaki.
Misalnya, pintu kenderaan boleh terkunci secara automatik jika telefon dalam poket anda berjauhan untuk beberapa meter tanpa perlu bercakap pada telefon.
Bagaimanapun, suka untuk diingatkan bahawa sebagai permulaan aplikasi ini tertumpu pada beberapa model dan jenama telefon pintar sahaja sahaja.

Model telefon pintar yang disenaraikan oleh pihak BMW itu adalah Samsung Galaxy S23+ dan Ultra, Google Pixel 7 Pro. Diikuti beberapa lagi model jenama yang sama dan perlu menggunakan OS Android 13.1 dan ke atas sahaja.
Konklusinya, kepada pemilik kenderaan jenama BMW gunakanlah aplikasi ini dalam membantu untuk mengaktifkan kenderaan dan anda boleh jadikan kunci fizikal anda sebagai simpanan kecemasan. Selamat mencuba! - Getaran, 6 Mei 2023