web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BMW Halang Pakai Nama MINI, Pengedar Kereta Terpakai Tukar Nama Menjadi 'iNi World'

BMW mengarahkan sebuah syarikat pengedar kenderaan terpakai di Scotland untuk berhenti menggunakan nama “MINI” kerana mereka bukan peruncit Mini yang sah.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 8:07AM

Bridgend Motor Group kini menggunakan nama 'iNi World'. - Gambar dari www.autonews.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebut sahaja tentang kereta Mini Cooper pasti anda membayangkan sebuah kenderaan kecil, comel dan bergaya serta sering dipandu oleh pelawak Rowan Atkinson dalam drama bersiri Mr. Bean. 

Kereta yang diperbuat dari British ini menjadi kenderaan yang paling popular yang dikeluarkan oleh British Motor Corporation pada 1959 sehingga 2000.

Bermula tahun 2001, nama kereta ini telah gantikan kepada Mini sahaja dan menjadi salah sebuah kenderaan di bawah syarikat BMW. 

Baru- baru ini, timbul satu isu apabila sebuah syarikat pengedar kereta di Kilmarnock, Scotland yang dikenali sebagai Bridgend Motor Group telah dihalang menggunakan nama 'MINI WORLD' untuk menjalankan perniagaan kereta terpakai mereka.

Ini berikutan syarikat induk Mini iaitu BMW telah mengarahkan syarikat pengedar kereta tersebut agar berhenti menggunakan nama ‘MINI’ kerana mereka bukanlah peruncit Mini yang sah.

Perkara ini bermula sejak Disember 2022, di mana Bridgend telah membuka sebuah pusat pengedar kenderaan terpakai tanpa pengesahan BNW dan menamakannya sebagai Mini World.

Bridgend yang yang telah membuka sebuah pusat  pengedar kenderaan terpakai Mini tanpa pengesahan BNW sejak 2022 telah menamakannya sebagai Mini World. 

Tambahan pula, pengedar ini merupakan organisasi yang memiliki kepakaran terhadap pengendalian kenderaan Mini terpakai bahkan menawarkan pelbagai pilihan kereta untuk dimiliki.

Mini Cooper - Gambar hiasan dari pexel
Mini Cooper - Gambar hiasan dari pexel

Pada mulanya, Bridgend cuba bertindak dengan memangkah nama Mini pada papan tandanya dan membuat hantaran di FB dengan kenyataan: 

"Nampaknya kami tidak dibenarkan untuk menggunakan perkataan MINI ketika kami sedang cuba untuk menjual MINI terpakai."

Bagaimanapun, perbuatan tersebut tidak disenangi BMW, memandangkan perkataan ‘MINI’ masih lagi kelihatan pada papan tanda mereka. Oleh itu, Bridgend memberikan respon  dan mengambil langkah dengan menutup huruf M pada logo tersebut menggunakan pelbagai jenis simbol emoji dan menggelarkan kedai tersebut dengan nama "iNi World".

Turut ditambah beberapa logo yang menarik  untuk menggalakkan orang ramai mengikuti kisah sebenar yang berlaku terhadap perniagaannya itu di laman media sosial rasmi mereka.

Pengurus jualan Bridgend Motor Group, Mark Hawthorn berkata, dia sama sekali tidak menyangka perkara ini akan menjadi serius memandangkan syarikat mereka  hanya sebuah perniagaan  kecil yang dimiliki   keluarga tempatan.

"Kami tidak pernah terfikir ia akan menjadi satu isu, untuk sebuah perniagaan kecil yang dikendalikan oleh keluarga tempatan yang mengkhususkan kepada MINI terpakai di bandar kecil seperti Kilmarnock.

"Berapa banyak pakar MINI terpakai yang ada di UK? Yang saya pasti mereka juga akan menggunakan perkataan MINI,” jelasnya.

Terkini, Bridgend masih belum memberi maklum balas secara terbuka di media sosial terus menggunakan nama "iNi World" untuk perniagaan kereta terpakai mereka.  - Getaran, 29 April 2023 

Sumber dari Automotive News

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

29 Apr 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini