web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Strok Haba: Waspada Tanda Awal, Perhatikan Mereka Yang Mudah Terdedah

Simptom bagi kelesuan haba antara lain ialah suhu badan meningkat hingga 39 darjah Celcius, jantung berdenyut laju, pening atau sakit kepala dan keletihan melampau.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 12:32PM

Dua kanak-kanak ini menyegarkan badan dengan mandi manda di sebuah kawasan air terjun ketika cuaca panas melanda negara. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap tanda-tanda awal strok haba terutamanya kepada mereka yang mudah terdedah kepada komplikasi tersebut seperti kanak-kanak dan warga emas, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. 

Pengamal Perubatan, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman berkata strok haba adalah penyakit disebabkan kepanasan melampau yang didahului oleh kejang haba (heat cramp), diikuti dengan kelesuan haba. 

“Ia akan bermula dengan heat cramp maksudnya orang tu akan mendapati otot-otot rasa kejang dan jika dia masih lagi terdedah dengan cuaca panas biasanya bila suhu (persekitaran) naik lebih 32 darjah Celcius ke atas ia akan ke fasa seterusnya iaitu kelesuan haba,” katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata simptom bagi kelesuan haba antara lain ialah suhu badan meningkat hingga 39 darjah Celcius, jantung berdenyut laju, pening atau sakit kepala dan keletihan melampau. 

Dapatkan rawatan segera jika terdapat gejala dan tanda awal strok haba iaitu suhu badan melebihi 40 darjah Celcius, fungsi otak terjejas (celaru, atau hampir pengsan), delirium (meracau), pengsan dan sawan. 
Dapatkan rawatan segera jika terdapat gejala dan tanda awal strok haba iaitu suhu badan melebihi 40 darjah Celcius, fungsi otak terjejas (celaru, atau hampir pengsan), delirium (meracau), pengsan dan sawan. 

Menurut Dr Arisman Wenge sekiranya tanda-tanda berkenaan kelihatan pada seseorang, beliau menyarankan agar segera mengambil langkah berikut iaitu longgar atau tanggalkan pakaian, mandi atau membasahkan anggota badan seperti kepala, leher dan ketiak, tempatkan diri di ruangan yang sejuk dan berikan minuman sejuk dengan segera. 

“Jika pertolongan pertama ini tidak dilakukan, maka risiko terjadinya strok haba sangat tinggi...individu akan menjadi semakin lesu dan sedikit demi sedikit organ penting dalam tubuh akan terjejas,” katanya. 

Selain itu, beliau berkata gejala dan tanda awal strok haba yang perlu diawasi oleh orang ramai adalah suhu badan melebihi 40 darjah Celcius, fungsi otak terjejas (celaru, atau hampir pengsan), delirium (meracau), pengsan dan sawan. 

“Beza strok haba dengan kelesuan haba ialah, bagi strok haba individu tersebut tidak akan mengeluarkan peluh lagi kerana telah mengalami dehidrasi sangat teruk, ketegangan kulit atau ‘skin turgor’ kering dan berkurang.

“Air kencing pada mereka yang mengalami kelesuan haba dan strok haba juga berkurang atau hampir tiada kerana dehidrasi yang teruk akibat tiada pertolongan pertama diberikan. Ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, otak dan jantung juga mula bengkak serta fungsinya boleh terhenti pada bila-bila masa,” katanya. 

Terdahulu, media melaporkan berita menyayat hati mengenai kematian dua kanak-kanak masing-masing berusia 11 tahun dan setahun tujuh bulan di Kelantan dipercayai akibat strok haba. 

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata selain kanak-kanak dan warga emas, mereka yang bekerja di lapangan seperti penghantar makanan juga perlu berwaspada terhadap risiko strok haba.

“Jangan pandang ringan terutama jika mereka mempunyai sakit lain... ini menyebabkan mereka kurang minum air dan kurang kencing sehingga badan jadi hilang air dan bila panas sikit dia boleh kena strok haba.

“...Kalau panas sangat di luar (untuk kadar) lama, mereka juga boleh kena (strok haba). Majikan juga perlu memberikan kelonggaran untuk mereka berehat supaya tidak terlalu terkesan dengan pendedahan terhadap cuaca panas,” katanya.

Sementara itu, ahli perniagaan, Eric Tay, 44, berkata beliau sentiasa menanamkan tabiat minum air pada anak lelakinya yang berusia tujuh tahun dengan mengingatkannya agar minum air setiap setengah jam atau kurang, terutama selepas sebarang aktiviti fizikal.

“Dengan gelombang panas sekarang, isteri saya sentiasa membekalkan anak saya dengan botol air minuman 1.5 liter ke sekolah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak dehidrasi...kita pun tahu kanak-kanak sekarang sangat aktif dan anak kami tidak terkecuali, jadi kita kena kerap perhatikan mereka,” katanya.

Norsiah Mohamed, 37, dari Bandar Baru Bangi, berkongsi kerisauan yang sama dengan kerap memberitahu anak perempuannya berusia 10 tahun supaya seboleh mungkin sentiasa berada dalam bangunan ketika di sekolah.

“Bagaimanapun, jika tiada pilihan dan terpaksa berada di luar, saya ingatkan dia agar kerap simbah air ke muka bagi mengurangan panas yang terkumpul, selain minum banyak air,” kata suri rumah itu. - Bernama

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

29 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kementerian Pendidikan Serah Kes Murid Diserang Strok Haba Kepada Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Kedah Catat Jumlah Tertinggi Penyakit Berkaitan Strok Haba

4

Semasa 2 tahun yang lalu

23 Kes Strok Haba Direkodkan Setakat Ini - KKM

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini