web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pencinta Solekan Dan Peminat M·A·C, Masanya Untuk Ekspresikan Dirimu Di Acara 'M·A·C is Everything'

M·A·C meraikan semua peringkat umur, semua jantina, semua kaum dalam satu acara yang bakal berlangsung selama lima hari di Mid Valley Megamall bermula 3 Mei hingga 7 Mei depan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 2:00PM

Rangkaian penjagaan kulit berprestasi tinggi Hyper Real serta Locked Kiss Ink - Gambar ihsan MAC

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Khusus untuk pencinta solekan, jenama seni solekan terkemuka, M·A·C Cosmetics (M·A·C), menjemput anda untuk meraikan kebebasan ekspresi diri dengan acara terbaru mereka, ‘M·A·C is Everything’. 

Dengan koleksi M·A·C yang terdiri daripada warna, tekstur dan kemasan yang berbeza, anda boleh menjadi sesiapa sahaja, di mana-mana sahaja, mengikut versi yang diimpikan.

Inilah peluang untuk anda melihat dan mengenali pelbagai koleksi M·A·C Cosmetics yang didatangkan tanpa had pada acara yang diadakan di Centre Court, Mid Valley Megamall dari 3 hingga 7 Mei hadapan. 

Sertai jenama kosmetik antarabangsa ini untuk peluang mencipta avatar peribadi, memenangi pelbagai hadiah dan bertemu selebriti cosplayer Hakken. 

Hakken
Hakken

Dengan lebih 3.8 juta pengikut di Instagram, Hakken adalah lambang kreativiti dan ekspresi diri, di mana dia melakukannya dengan mudah dalam kehidupan sebenar dan di ruang digital.

"Kekuatan solekan telah membolehkan saya meluahkan kreativiti saya dengan bergerak seiring dengan karektor atau perasaan yang berbeza yang saya rasa pada sesuatu hari itu," ujar Hakken. 

“Saya juga berasa amat bertuah kerana kita hidup di era di mana semua peringkat umur, semua jantina dan semua kaum diraikan. Pujian layak diberikan kepada M·A·C Cosmetics kerana ia memperkasakan kami untuk bereksperimen dengan penampilan solekan yang berbeza dan mengekspresikan diri kami dalam cara yang kreatif dan unik, ” tambah Hakken lagi.

Pada acara tersebut, Hakken akan bersama-sama dengan peminat pada 6 Mei, bermula jam 8 malam. Bukan itu sahaja, menjelang acara yang ditunggu-tunggu ini, M·A·C juga bekerjasama dengan Hakken menghasilkan ‘Hakken Go-To M·A·C Kit’ dan ‘Hakken Special Edition M·A·C Kit’ yang membariskan produk kegemaran Hakken yang akan mula dijual pada 29 April ini. 

Sejak penubuhannya pada tahun 1984, M·A·C telah meraikan kepelbagaian dan keperibadian serta menjadi jenama yang ideal untuk semua peringkat umur, kaum dan jantina. Jenama ini kini lebih komited terhadap keterangkuman dan kepelbagaian berbanding dahulu. Komitmen ini adalah teras kepada acara terbaharunya, 'M·A·C is Everything'.

Rangkaian penjagaan kulit berprestasi tinggi Hyper Real baharu yang mengandungi Ekstrak Peony Jepun yang unik
Rangkaian penjagaan kulit berprestasi tinggi Hyper Real baharu yang mengandungi Ekstrak Peony Jepun yang unik

Untuk lebih mengujakan, artis antarabangsa M·A·C, Anton Zimin, juga akan sama-sama menghidupkan acara dengan memberikan tip profesional tentang cara untuk anda tampil menawan dalam apa jua acara dengan pemilihan warna dan gaya, dari IRL hinggalahlah ke metaverse.

Selain itu, jurusolek selebriti Shiyo Joo dan Ady Razak juga akan berkongsi trend solekan terkini yang menjadi ikutan terkini golongan selebriti. 

Alami masa depan kecantikan dengan rangkaian penjagaan kulit berprestasi tinggi Hyper Real baharu yang mengandungi Ekstrak Peony Jepun yang unik untuk menyekatakan tona kulit, meningkatkan keserian kulit dengan ketara dari semasa ke semasa sehingga kulit tampil lebih sihat, berseri semulajadi dan wajah menjadi kanvas yang lebih bersedia untuk dimekapkan. 

Teruskan pengembaraan warna, kesenian dan ekspresi diri di stesen Locked Kiss Ink™, sambil anda mengubah penampilan anda dengan Locked Kiss Ink baharu yang tahan sehingga selama 24 jam, kalis ciuman, kalis air dan kalis pemindahan. Pendek kata, bersedialah untuk bereksperimen dengan diri sendiri.

Locked Kiss Ink
Locked Kiss Ink

Setelah anda menemui gaya solekan yang paling sempurna untuk menggambarkan perasaan anda pada hari itu, bawalah ia ke metaverse dengan mencipta avatar peribadi di stesen Avatar Gen. 

Dengan perbelanjaan minimum, anda akan dapat ‘mencipta’ diri anda yang  terbaik secara digital, dan mencetaknya pada kad dagangan, pelekat atau beg jinjing untuk mempamerkan kepada dunia!

Untuk maklumat lanjut dan mengetahui jadual acara lengkap, sila lawati laman web https://www.maccosmetics.com.my/  - Getaran, 23 April 2023

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

22 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

MRT2 Mula Beroperasi 16 Mac Ini - Anthony Loke

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Fasa 2 Laluan MRT Putrajaya Dijangka Mula Operasi Mac 2023 - MRT Corp

3

TARA 3 tahun yang lalu

Kecanggihan Model Mercedes-EQS 450+ Dipamerkan Di Midvalley Megamall

4

Gaya 4 tahun yang lalu

Tampil Anggun Dan Berseri Sepanjang Lebaran Dengan 5 Produk Ini

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini