Berita Terkini

22 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pekerja Gig Jangan Culas Membayar Cukai Pendapatan, Ini Yang Anda Kena Tahu

Pekerja gig didefinisikan sebagai seseorang yang melakukan kerja sementara atau bebas, terutama kontraktor bebas digaji secara tidak formal atau atas permintaan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 10:10AM

Pekerja gig didefinisikan sebagai seseorang yang melakukan kerja sementara atau bebas, terutama kontraktor bebas digaji secara tidak formal atau atas permintaan - Gambar Hiasan Freepik

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudahkah anda menfailkan borang cukai pendapatan? Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk anda melakukannya. Bagaimana pula dengan anda bekerja yang bekerja di dalam ekonomi gig? Ahli panel ACCA ExpertLink untuk Percukaian, Thenesh Kannaa menerangkan sebab dan cara pekerja gig harus membayar cukai mereka

Jika anda seorang pekerja gig yang bersikap sambil lewa terhadap cukai, ini mungkin masanya untuk anda mula mengambil tahu mengenainya dengan lebih serius.

Pekerja gig didefinisikan sebagai seseorang yang melakukan kerja sementara atau bebas, terutama kontraktor bebas digaji secara tidak formal atau atas permintaan. 

Sementara konsep ini bukan sesuatu yang baharu bagi kita rakyat Malaysia, namanya yang menarik mata dan pengaliran masuk aturan kerja tidak formal semasa dan selepas gangguan pandemik telah menjadikannya sesuatu yang kekal.

Thenesh Kannaa
Thenesh Kannaa

Pada tahun 2020, kira-kira 4 juta rakyat Malaysia atau kira-kira 26 peratus tenaga kerja adalah terlibat di dalam apa yang dikenali sebagai ekonomi gig.    

Pekerja gig adalah pelbagai, daripada makcik penjual nasi lemak atau jiran yang menawarkan tuisyen di rumah atau perkhidmatan pembersihan untuk mencari nafkah, sehinggalah kepada graduan yang menyediakan khidmat profesional seperti penulisan bebas, reka bentuk grafik dan sokongan IT kepada pangkalan pelanggan di negara lain.

Dengan kepelbagaian yang luas daripada segi skop dan kuasa memperoleh pendapatan, ia mencetuskan soalan, adakah pekerja gig perlu mengisytiharkan pendapatan mereka dan memfailkan cukai sama seperti pekerja sepenuh masa yang lain?

Thenesh Kannaa, menegaskan tiga fakta penting setiap pekerja gig harus tahu:

 

#1. Anda dengan mudah boleh mendapatkan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) secara dalam talian

Proses memohon nombor fail cukai, juga dikenali sebagai TIN adalah mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian di https://mytax.hasil.gov.my/ hanya dalam beberapa minit. Ia begitu senang, anda boleh melakukannya dengan menggunakan telefon bimbit anda. 

Tidak perlu ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggunakan borang fizikal, tetapi anda pasti dialu-alukan jika memilih untuk hadir sendiri di pejabat LHDN untuk mendaftar secara manual. Pilihan di tangan anda!

 

#2. Semua pendapatan (sepenuh masa atau tidak) layak dicukai dan mesti diisytiharkan

Bagi kebanyakan orang yang bekerja tetap, majikan memberikan mereka borang EA setiap tahun yang mengandungi maklumat seperti jumlah pendapatan yang diperoleh daripada majikan tersebut serta potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO/SOCSO).

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai sebarang sumber pendapatan lain, seperti sewaan daripada mana-mana harta yang anda miliki, serta pendapatan gig yang diperoleh daripada pekerjaan sekali-sekala atau berulang, ini juga mesti diisytiharkan. 

Ini termasuk pendapatan sampingan daripada gig penghantaran makanan, pengacara majlis, memandu kenderaan e-hailing, mengendalikan kedai roti di rumah dan lain-lain bentuk kerja yang sering dilihat sebagai tidak formal.

Pendapatan sampingan daripada gig penghantaran makanan, pengacara majlis, memandu kenderaan e-hailing, mengendalikan kedai roti di rumah dan lain-lain bentuk kerja yang sering dilihat sebagai tidak formal perlu diisytiharkan - Gambar Hiasan
Pendapatan sampingan daripada gig penghantaran makanan, pengacara majlis, memandu kenderaan e-hailing, mengendalikan kedai roti di rumah dan lain-lain bentuk kerja yang sering dilihat sebagai tidak formal perlu diisytiharkan - Gambar Hiasan

Untuk meringkaskan:

a) anda boleh mempunyai pekerjaan sepenuh masa, yang mana anda sudah membayar cukai, dan juga menjadi pekerja gig dalam masa anda sendiri

b) anda mungkin melakukan kerja gig sebagai satu-satunya sumber pekerjaan atau pendapatan anda

 Dalam kedua-dua kes, anda perlu mengisytiharkan semua pendapatan anda tetapi…

 

#3. …Bukan semua orang perlu membayar cukai!

Ya benar. Dalam kedua-dua senario di atas, anda bertanggungjawab untuk mengisytiharkan semua pendapatan anda tetapi bergantung kepada jumlah yang diperolehi.  Anda mungkin tidak perlu membayar apa-apa cukai pun jika purata pendapatan kurang daripada RM3,400 sebulan. Namun,  masih diwajibkan memfailkan borang cukai bagi memenuhi keperluan pematuhan.   

Bagi pekerja gig yang perlu memfailkan cukai buat pertama kali, berikut adalah beberapa petua untuk anda melancarkan proses tersebut:

A. Pastikan jumlah pendapatan anda

Ketahui berapa pendapatan anda yang layak dicukai. Sediakan kertas atau perisian lain yang jelas mengenal pasti berapa hasil pendapatan anda dan berapa hasil untuk diisytiharkan, akan cukup membantu.

B. Tekun menyimpan rekod perbelanjaan anda

Penyimpanan rekod perbelanjaan perniagaan (berbanding perbelanjaan peribadi/domestik) adalah sangat penting. Jangan lupa untuk sentiasa menjejak perbelanjaan anda sebagai sebahagian daripada kerja gig anda!

C. Elaun Modal – fahami dan gunakannya

Elaun modal adalah sama dengan perbelanjaan boleh ditolak cukai ke atas aset yang layak dalam pengeluaran pendapatan anda. 

Item tertentu yang dibeli untuk tujuan menyediakan perkhidmatan anda, sama ada ketuhar baharu untuk perniagaan memasak di rumah kepada motosikal untuk tujuan membuat penghantaran, mungkin boleh digunakan untuk tuntutan susut nilai cukai/elaun modal (yang bermakna anda akhirnya membayar cukai yang kurang, jika anda dikehendaki membayar apa-apapun).

D. Jangan lupa potongan pelepasan cukai peribadi

Ini diberikan kepada setiap pembayar cukai di Malaysia untuk perbelanjaan peribadi. Jadi untuk perbelanjaan ini, tidak perlu ditanggung berkaitan dengan pendapatan gig anda. 

Anda bertanggungjawab untuk mengisytiharkan semua pendapatan anda tetapi bergantung kepada jumlah yang diperolehi.  Anda mungkin tidak perlu membayar apa-apa cukai pun jika purata pendapatan kurang daripada RM3,400 sebulan - Gambar Hiasan
Anda bertanggungjawab untuk mengisytiharkan semua pendapatan anda tetapi bergantung kepada jumlah yang diperolehi. Anda mungkin tidak perlu membayar apa-apa cukai pun jika purata pendapatan kurang daripada RM3,400 sebulan - Gambar Hiasan

Setiap tahun, terdapat senarai lengkap pelbagai pengecualian daripada tanggungan dan kos perubatan kepada pendidikan dan gaya hidup jadi pastikan anda mencarinya di laman web LHDN. Menyusun resit yang diperlukan untuk ini akan membantu mengurangkan beban cukai anda juga.

Thenesh mengesyorkan bantuan profesional daripada ejen cukai yang dilesenkan oleh Kementerian Kewangan atau anda juga boleh melawat cawangan LHDN terdekat, dilengkapi dengan semua resit anda dan rekod lain pendapatan anda dan perbelanjaan berkaitan perniagaan, supaya mereka boleh membantu anda dengan sewajarnya.

Memang benar, banyak akibat jika gagal mengisytiharkan cukai anda. Anda boleh dikenakan penalti yang tinggi jika anda diaudit kerana dan dikehendaki membayar semua cukai yang tidak pernah diisytiharkan sebagai tambahan kepada penalty. Rekod cukai yang lemah boleh membawa kepada kesukaran kewangan pada masa hadapan seperti memohon pinjaman bank, jelas Thenesh.

Kesimpulannya, sebagai pekerja gig, anda perlu mengisytiharkan pendapatan anda, tidak kira jumlah (banyak atau sedikit) yang anda peroleh. 

Tarikh akhir untuk pemfailan manual adalah pada 30 April dan e-filing 15 Mei tetapi jika pendapatan gig anda layak sebagai 'pendapatan perniagaan', anda mempunyai masa sehingga 30 Jun (pemfailan manual) atau 15 Julai (e-filing). Jadi, jangan lupa untuk memfailkan cukai anda! - Getaran, 23 April 2023 

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

22 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Permohonan Pembatalan Sekatan Perjalanan Melalui E-Sekatan Perjalanan Bermula 4 Mac - LHDN

2

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Bersediakah Kita Menempuhi Tsunami Cukai Yang Bakal Melanda?

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Jangan Sesekali Menipu, Enggan Bayar Cukai Kepada Negara - PM

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara