web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Istimewa Ramadan Raya, Jenama Susu Goodday Berkolaborasi Dengan Siti Khadijah

Kolaborasi julung-julung kalinya ini buka peluang kepada pengguna untuk menikmati minuman berkhasiat ketika berbuka puasa dan rebut telekung Siti Khadijah.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 12:13PM

Susu Kurma Goodday x Siti Khadijah yang pembungkusannya direka dengan motif premium dan minimalis selari dengan gaya Siti Khadijah ini boleh didapati di semua cawangan 7-Eleven di Semenanjung Malaysia sahaja (kecuali Langkawi) - Gambar ihsan Goodday

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Satu gandingan yang mungkin tidak terduga apabila susu Goodday baru-baru ini memperkenalkan edisi susu berperisa kurma terbaharu, hasil kolaborasi dengan Siti Khadijah, jenama busana Muslim terkemuka tempatan. 

Kolaborasi istimewa ini adalah sempena meraikan bulan Ramadan dan sambutan hari raya kali ini.  Minuman ini bukan sahaja menjadi pilihan yang memuaskan untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa, malah ia mempunyai manfaat kesihatan yang lebih baik kepada kesihatan. 

Susu Kurma Goodday x Siti Khadijah dihasilkan dengan ekstrak sebenar buah kurma berkualiti tinggi yang dicampur dengan susu enak berkrim memberikan manfaat nutrisi yang tinggi untuk berbuka puasa. Bahkan, ia juga mampu memberikan rasa kenyang setelah seharian berlapar dan dahaga.

Susu Kurma Goodday x Siti Khadijah dihasilkan dengan ekstrak sebenar buah kurma berkualiti tinggi yang dicampur dengan susu enak berkrim memberikan manfaat nutrisi yang tinggi untuk berbuka puasa
Susu Kurma Goodday x Siti Khadijah dihasilkan dengan ekstrak sebenar buah kurma berkualiti tinggi yang dicampur dengan susu enak berkrim memberikan manfaat nutrisi yang tinggi untuk berbuka puasa

Mengulas tentang kerjasama terbaharu ini, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan memberitahu pihaknya percaya kolaborasi dengan Siti Khadijah adalah bertepatan untuk Goodday meluaskan pasarannya dalam kalangan komuniti Islam.

“Kami percaya bahawa kerjasama dengan jenama tempatan yang dekat di hati masyarakat Islam akan memberikan perkongsian kami lebih penting dan relevan. Oleh itu, kami ingin memperkenalkan sesuatu yang baharu  melalui penawaran produk eksklusif dan promosi yang menarik.

“Buah kurma selalunya dikaitkan dengan bulan Ramadan dan juga kaya vitamin, jadi sasaran kami adalah untuk mencipta pasangan yang sesuai dengan Susu Kurma Goodday. Siti Khadijah adalah pilihan yang terbaik untuk tujuan ini,” ulas Amy.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Munzir Aminuddin berkata, sebagai jenama yang mengeluarkan busana Muslim, mereka juga teruja dapat bekerjasama dengan Susu Goodday memandangkan ini kali pertama jenama mereka dapat dilihat di kedai serbaneka 7-Eleven.

“Siti Khadijah berbangga dengan reka bentuk produknya yang lain daripada yang lain, bahkan gembira melihat jenama Siti Khadijah tersedia di seluruh Semenanjung Malaysia dalam kedai serbaneka yang dikunjungi ramai orang pada bila-bila masa. Ini merupakan satu pencapaian yang besar, seiring dengan misi kami untuk berkembang dan mencapai pasaran yang lebih meluas,” ujar Munzir.

Sebagai salah satu jenama susu terkenal di Malaysia sejak 1968, Susu Goodday berdedikasi untuk memberikan minuman susu berperisa yang dipenuhi zat nutrisi sebagai salah satu sumber pemakanan yang sihat dan seimbang untuk rakyat Malaysia.

“Kolaborasi dengan rakan kongsi yang bersependapat adalah penting untuk mencapai kejayaan kerana ianya membolehkan pihak kami untuk berinovasi dan juga belajar daripada satu sama yang lain melalui pertukaran idea dan cadangan,” tambah Amy lagi.

Susu Kurma Goodday x Siti Khadijah yang pembungkusannya direka dengan motif premium dan minimalis selari dengan gaya Siti Khadijah ini boleh didapati di semua cawangan 7-Eleven di Semenanjung Malaysia sahaja (kecuali Langkawi) untuk waktu yang terhad. Tersedia dalam paket 250ml bagi membolehkan ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Susu Kurma Goodday x Siti Khadijah dan promosi terbaharunya, sila ikuti pautan ini. Ada 20 set telekung Siti Khadijah yang boleh anda menangi pada setiap minggu. - Getaran, 9 April 2023

Foto : Susu Goodday

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

08 Apr 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini