Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiga Pemimpin Teknologi Utama Dunia Ini Terlibat Kes Saman Menyaman, Siapa Mereka? 

Kenali tiga pemimpin yang terlibat dalam kes saman menyaman iaitu pengasas Facebook, Amazon dan Apple.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 4:15PM

(Dari kiri) Steve Wozniak, Mark Zuckerberg dan Jeff Bezos.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dunia teknologi kini memperlihatkan betapa hebatnya individu yang menjadi pengasas kepada sebuah aplikasi serta sosial media yang ada pada zaman ini. 

Namun sehebat mana pun  individu yang digelar pemimpin teknologi ini, namun mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang dan isu saman-menyaman yang  melibatkan jutaan ringgit. Siapakah mereka?

Mark Zuckerberg - Gambar Wallpaperaccess.com
Mark Zuckerberg - Gambar Wallpaperaccess.com

Mark Zuckerberg - Facebook

Siapa yang tidak kenal dengan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang mencipta platform sosial media tersebut sehingga berjaya mengumpul puluhan juta pengguna hampir seluruh dunia. Zuckerberg pernah disaman seorang peguam pada 2018  berhubung skandal privasi Cambridge Analytica.

Peguam negara dari Washington, Karl Racine mendakwa Zuckerberg terlibat secara langsung dalam menyusun rangka kerja yang membolehkan firma syarikatnya (kini dikenali sebagai Meta), memperoleh lebih 70 juta data pengguna Facebook di Amerika Syarikat.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Malah, terdapat dakwaan daripada seorang individu yang mendedahkan bahawa Cambridge Analytica menggunakan data tersebut untuk agenda politik, termasuk cuba mendapatkan sokongan Donald Trump pada ketika itu.

Akhirnya, keputusan menunjukkan pemilik dan pengasas Facebook itu bersalah dan Zuckerberg bersetuju untuk membayar USD725 juta (RM3193.7 juta) bagi menyelesaikan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan ke atasnya. 

Sejak dari itu, beribu aplikasi lain dilaporkan telah mengambil langkah memperketatkan data peribadi pengguna termasuk Facebook sendiri bagi memudahkan pengguna mengawal sekatan ke atas perkongsian data peribadi.

Jeff Bezos - Gambar wired.com
Jeff Bezos - Gambar wired.com

Jeff Bezos - Amazon

Pengasas Amazon iaitu Jeff Bezospula  disaman bekas pembantu rumahnya Mercedes Wedaa yang mendakwa berkaitan diskriminasi perkauman dan masalah kesihatan pada 2022. Kes berpunca daripada kesukaran pembantu rumah untuk pergi ke tandas selepas sering dihalang memasuki beberapa ruang dalam rumah Bezos kecuali ketika melakukan tugasan pembersihan. 

Mercedes Wedaa yang bekerja membersihkan rumah agam Bezos di Seattle selama tiga tahun mendakwa dia dipaksa untuk memanjat keluar dari tingkap di salah sebuah bilik rumah tersebut jika ingin menggunakan tandas di rumah berkenaan.

Akibatnya, Wedaa dan pembantu rumah lain terpaksa menahan diri daripada menggunakan tandas menyebabkan mereka sering mengalami jangkitan saluran kencing.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Selain itu, pembantu rumah itu turut mendakwa dia bersama kakitangan lain menerima layanan berbeza dan lebih kasar berbanding kakitangan kulit putih.

Antara diskriminasi yang berlaku ialah mereka diarah bekerja selama 10 hingga 14 jam tanpa makan tengah hari atau rehat jika Bezos dan keluarganya berada di kediaman itu. Malah tiada ruang rehat khusus disediakan kepada kakitangan pembersihan kecuali di bilik dobi.

Wedaa memfailkan saman kepada Bezos bersama dua lagi syarikatnya, Zefram dan Northwestern yang menguruskan kepentingan dan hartanahnya, namun peguambela Bezos, Harry Korrell menyatakan bahawa dakwaan tersebut tidak berasas.

Peguam Bezos, Harry Korrell berkata, pihaknya sedang menyiasat tuntutan itu dan menyifatkan dakwaan Wedaa yang merupakan bekas ketua pembantu rumah itu tidak berasas.

Maklumat yang diterima setakat ini, khidmat Wedaa telah ditamatkan dan dia kemudian memutuskan untuk memfailkan saman selepas tuntutannya sebanyak AS$9 juta (RM39.5 juta) enggan dibayar oleh pihak Bezos.

Steve Wozniak - Gambar britannica.jpg
Steve Wozniak - Gambar britannica.jpg

Steve Wozniak - Apple

Pengasas bersama syarikat teknolog gergasi Apple, Steve Wozniak ini dilaporkan telah menyaman YouTube pada 2020. Pelaksanaan saman tersebut berpunca daripada penipuan iklan Bitcoin yang disiarkan YouTube yang turut melibatkan namanya. 

Iklan tersebut kononnya menyatakan apabila seseorang mangsa membeli sejumlah Bitcoin daripada pihak yang tidak bertanggungjawab , Wozniak akan mengembalikan sejumlah wang yang banyak. Walaupun, Wozniak telah membuat laporan kepada YouTube, namun iklan tersebut masih tersiar dan tidak dibuang dari platform tersebut

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Wozniak menjelaskan,  kes penipuan iklan di YouTube ini secara tidak langsung menjatuhkan reputasi beliau. Dalam kes ini, Wozniak turut meminta YouTube agar menghentikan segera tindakan  individu yang memuat naik dan mempromosikan video iklan tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan, terdapat nama-nama besar yang terkenal seperti Bill Gates dan Elon Musk turut disertakan dalam video palsu ini dan menyebabkan ramai terpedaya serta mengalami kerugian jutaan ringgit.

Akhirnya, keputusan tidak memihak kepada Wozniak apabila hakim memutuskan bahawa pihak YouTube tidak bertanggungjawab ke atas kandungan penggunanya. - Getaran, 8 April 2023 

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

08 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Mark Zuckerberg Duduki Tempat Ke-4 Manusia Terkaya Di Dunia

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Agong Zahir Ucapan Selamat Hari ATM Ke-90, Semoga Terus Disegani, Dihormati

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya