Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Apr 2023 5:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Next In Fashion Musim Kedua

Memasuki musim kedua, rancangan realiti yang mempertaruhkan idea rekaan terbaik oleh para pereka dunia telah mula ditayangkan di Netflix.

Tidak hanya Tan Franch, kali ini menampilkan model terkenal Gigi Hadid sebagai pengacara. Tidak ketinggalan episod yang turut menampilkan kakaknya, Bella Hadid sebagai juri jemputan. 

Ada 12 peserta bakal mengetengahkan idea berbeza mengikut tema yang dipertandingkan setiap minggu sepanjang 10 episod.

Pemenang akan membawa pulang 200 ribu dollar hadiah kemenangan di samping kesempatan di platform pembelian pakaian pereka fashion terkenal Rent the Runway. – Wafa Aula

The Devil Wears Prada

 

Filem yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama ini dibintangi pelakon handalan seperti Meryl Streep dan Anne Hathaway sebagai teraju utama. Kisahnya bermula apabila seorang gadis 'nerd' bernama Andy Sachs lakonan Anne telah memohon pekerjaan sebagai pembantu peribadi kedua kepada editor majalah fesyen terkemuka iaitu Miranda Priestly. 

Andy terpaksa berhadapan dengan sikap diva Miranda yang sukar untuk dipuaskan hatinya kerana merupakan seorang yang cerewet dan sangat digeruni para pekerjanya. Pada mulanya dia sangat membenci Miranda dan kerjanya, namun lama kelamaan Andy sudah semakin sebati dengan dunia fesyen dan penampilannya makin baik dari hari ke hari. 

Namun dia mula menjadi terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk teman lelakinya sendiri sehingga menyebabkan berlaku pertengkaran gara-gara sikapnya dikatakan telah berubah. Miranda pula semakin mempercayai Andy dan memuji prestasi kerjanya. Adakah Andy akan meninggalkan teman lelakinya dan terus setia dengan Miranda? Saksikan filem menarik ini di Disney+Hotstar. – Helmi Anuar

 

Luther: The Fallen Sun

Filem bergenre psiko thriller Luther: The Fallen Sun ini mungkin tidak kedengaran asing bagi penggemar siri TV epik saga di Netflix.

Benar, siri TV berjudul Luther yang diterajui Idris Elba sebagai John Luther kali ini ditampilkan pula dalam bentuk filem.  

Mula ditayangkan di panggung sejak Februari 2023, tidak hairanlah jika penonton mengharapkan sesuatu yang berbeza menerusi Luther: The Fallen Sun.

Turut menampilkan kelibat pelakon-pelakon hebat seperti Andy Serkis dan Cynthia Erivo, kali ini DCI (Detective Chief Inspector) Luther (Elba) perlu menjejaki seorang pembunuh bersiri yang kejam di kota London. 

Tugas Luther terhalang apabila dia dipenjarakan selepas sejarah lalunya didedahkan pembunuh bersiri yang juga penjenayah siber licik lakonan Serkis. 

Dapatkah Luther menjejaki dan menghapuskan penjenayah kejam itu di sebalik tirai besi. Jangan lupa saksikan Luther: The Fallen Sun sepanjang Mac ini hanya di Netflix. – Suzan Ahmad

   

The Heirs

Drama ini pernah popular suatu masa lalu dan menjadi K-drama yang paling tinggi tontonannya apatah lagi ia dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat Korea Selatan.

Dibarisi pelakon utama Lee Minho dan berpasangan dengan Park Shin-Hye serta dibantu oleh Kim Woo Bin sudah semestinya The Heirs berjaya menarik perhatian ramai meskipun kisahnya sama seperti cerita-cerita K-drama yang lain iaitu mengenai Chaebol atau anak orang kaya.

Plot perkahwinan yang diatur oleh keluarga, perebutan empayar perniagaan, anak orang miskin yang bercinta dengan anak orang kaya dan orang kaya membuli orang miskin sehingga membentuk hierarki di sekolah, merupakan antara yang terkandung dalam The Heir.

Ia mengisahkan Kim Tan (Lee Min Ho) yang merupakan pewaris Empire Group telah dihantar melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat, namun realitinya Kim Tan sebenarnya dibuang dari keluarga berkenaan oleh abang tirinya, Kim Won yang mahu menguasai perniagaan keluarga mereka.

Keadaan menjadi sulit apabila Kim Tan bercinta dengan anak pembantu rumahnya, Cha Eun Sang (Park Shin Hye) sedangkan ketika itu dia sudah bertunang dengan Rachel.

Bagaimanapun Kim Tan enggan mengalah, sebaliknya terus mencintai Cha Eun Sang dan pada masa sama enggan lagi menyembunyikan rahsia bahawa ibunya adalah wanita simpanan bapanya.- Habibah Omar 

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

01 Apr 2023

Sorotan

1

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

2

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

3

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

4

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

5

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

6

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini