Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

Tidak hanya berbekalkan penampilan glamor dan wajah cantik, Thanuja Ananthan benar-benar serius menjadikan dunia pengacaraan dan lakonan sebagai kerjaya utamanya dan dia bakal muncul dalam filem biopik, ‘Padu’ memegang watak pemain bola keranjang negara Kalai.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 9:48AM

Thanuja pernah mewakili negara pada pertandingan ratu cantik Miss World

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menghias muka hadapan TARA minggu ini bukanlah calang-calang orangnya. Biarpun pelakon bukan berbangsa Melayu, namun dia mempunyai jurnal karier yang hebat dalam industri hiburan Melayu.

Tidak cukup dengan itu, pemilik nama penuh Thanuja Ananthan juga memiliki rupa paras jelita, berbakat besar dalam lakonan, serta lebih gah lagi, dia merupakan ratu cantik yang dimahkotai sebagai Miss World Malaysia 2009.

Malah, tidak hanya terhenti  di situ, Thanuja turut mewakili nama negara hingga ke peringkat akhir bersaing dengan 120 perwakilan dari seluruh dunia di persada Miss World yang berlangsung di diadakan di Johannesburg, Afrika Selatan pada tahun yang sama.

Walaupun, Thanuja mara hingga ke peringkat akhir sahaja, namun pelbagai pencapaian telah dicapai ketika perwakilannya. Antaranya adalah Miss World Top Model menjadikan 12 yang teratas, dan menjadi Miss Malaysia yang pertama menjadi finalis dalam kategori ini. 

Tambahan, Thanuja turut dikategorikan sebagai Miss World Beauty With a Purpose yang pertama untuk menjadikannya 20 teratas untuk kategori ini dengan video yang memaparkan  penglibatannya dengan Yayasan START.

Meskipun, menginjak ke usia 37 tahun, ciri-ciri yang ada pada model, pengacara dan pelakon ini membuat ramai yang terpesona dan terpegun hinggakan soalan pertama penulis kepadanya adalah “are you really 37 this year?” 

Gambar oleh Azim Rahman
Gambar oleh Azim Rahman

Sesuai dengan umurnya, Thanuja kini hampir sudah lebih sedekad menghambakan diri dalam bidang ini. Pendek kata, anak kelahiran ibu kota ini sudah cukup matang untuk faham dan maklum dengan asam garam dunia glamor.  

Memahkotakannya sebagai penghias sampul digital kali ini, memberi peluang kepada TARA untuk menyingkap rahsia atau resipi yang dipraktikkan oleh ratu cantik yang dikenali menerusi ‘Anak Merdeka’ agar terus mendapat tempat di hati peminat, mahupun pihak produksi.

Adakah dia terpaksa melobi banyak pihak untuk terus ‘bernyawa’ atau laluan kariernya cukup mudah, hanya bermodalkan wajah yang jelita dan fizikal yang cukup menarik bagi seorang yang bergelar modal?

Industri Yang Melayu Sentrik

Mengimbau kembali permulaan kariernya di industri ini, Thanuja mengakui sejurus kemenangannya sebagai ratu cantik, pelbagai tawaran bagi mengacara yang menjadi pembuka bagi peluangnya di dunia korporat. 

Menurut wanita jelita itu, menjadi pengacara merupakan impiannya sejak kecil dan dia turut pernah menyimpan untuk menjadi pembaca berita ketika zaman sekolahnya.

Kata Thanuja lagi, sebelum tawaran berlakon dia turut aktif dalam dunia pemodelan seketika dan pernah ditawar oleh sebuah jenama besar di Paris, France untuk kontrak pemodelan bagi lima tahun, namun susulan jiwanya lebih kepada pengacaraan, dia menolaknya.

Justeru itu, soal penulis kepadanya, bagaimana dia boleh terjun ke bidang lakonan sedangkan namanya ketika itu sedang menjadi tumpuan dan bualan bagi pengacaraan dan juga dia dunia pemodelan.

“Kalau ikutkan, penglibatan saya dalam industri hiburan ini mengambil masa juga. Kemunculan saya dalam program realiti MasterChef Selebriti Malaysia menjadi ‘kick start’ saya pada industri seni ini.

“Bagi saya, sebelum rancangan realiti tersebut, memang hasrat saya untuk mengembangkan lagi karier dalam pelbagai cabang seperti lakonan dan pengacaran di industri hiburan tetapi peluang agak terhad sebelum ini.

“Bagaimanapun, rancangan tersebut itu benar-benar telah mengubah karier saya dan pelbagai tawaran muncul kepada saya, dan dari situlah kerjaya sebagai pelakon menerusi drama mini  ‘Anak Merdeka’ bermula,” katanya.

Laluan Thanuja dalam bidang lakonan semakin mudah selepas berjaya mencipta nama sebagai pelakon drama, dia disunting pula untuk membintangi filem pecah panggung, iaitu ‘Temuan Takdir’ pada tahun 2016.

Menurut Thanuja, sejak dari filem tersebut, orang mula memandang serius tentang bakat lakonannya. Katanya, banyak tawaran yang datang dan dia lebih memilih watak untuk berkarya.

“Jadi selepas filem ‘Temuan Takdir, dan drama mini ‘Anak Merdeka’, banyak juga tawaran saya perolehi, namun saya lebih memilih watak, sebab industri kita ini ada stereotype yang tersendiri, di mana kalau kita dari background modelling, secara automatiknya kita banyak mendapat watak tidak terlalu berkembang. 

What I mean is, setelah berjaya saya menapak dalam industri berlakon, ramai mula bertanya mengenai latar belakang saya dan apabila mereka mengetahui pada saya adalah ratu cantik yang pernah menjadi peragwati, banyak tawaran dengan watak yang seksi dan lebih gedik lebih ditawarkan kepada saya. 

“Malah boleh dikatakan, semua tawaran lebih kepada watak antagonis, yang berciri-ciri seksi dan lebih kepada gedik. Contohnya seperti watak curi suami orang, watak yang hanya tertumpu kepada penampilan seksi.

“Jadi bagi saya, seorang pelakon yang ingin evolve dalam industri ini, watak-watak seperti tidak akan membantu karier saya. Lagi-lagi sebagai seorang bukan Melayu yang cuba mencipta nama dalam industri perfileman Melayu ini. Jadi saya memang peka untuk tidak memilih watak-watak tersebut,” ujarnya.

Gambar oleh Azim Rahman
Gambar oleh Azim Rahman

Dalam masa yang sama, Thanuja juga mengakui dia menghadapi dilema yang sama seperti yang dihadapi oleh kebanyakan pelakon bukan Melayu. Ini kerana bukan mudah untuk meraih keyakinan peminat dan juga pihak produksi untuk memberi karakter atau watak yang menepati impian serta kepuasan dirinya. 

“Setakat ini saya pernah berlakon watak-watak yang atletik, watak polis, dan lebih kepada watak-watak yang hanya sesuai dengan ketinggian dan fizikal saya sahaja. Tapi kalau kita tengok berlakon sebenarnya bukan hanya itu sahaja.

“Berlakon dalam satu konteks sahaja tidak akan membantu kita untuk membuktikan kemampuan serta ia juga tidak akan mengembangkan karier kita. Lagipun, banyak bakat-bakat bukan Melayu di luar sana yang mampu memberi seratus-peratus dan masih menunggu peluang mereka.

“Bagi saya, situasi ini wujud kerana kebanyakan pihak produksi akan memilih bakat yang akan membawa watak yang telah ditulis oleh pengarah ataupun  penulis skrip. Walaupun asalnya terdapat beberapa peluang yang ingin diberi kepada bakat bukan Melayu, namun at the end of the day, produksi yang menetapkan keputusan memilih barisan berlakon,” katanya.

Tambah Thanuja lagi, bukan mudah untuk kekal relevan, lebih-lebih sebagai seorang yang bukan Melayu dan industri tanah air ini. 

Jelasnya kekuatan serta kelebihan pertuturan bahasa Melayu yang begitu profesional menjadi tonggak utama bagi mempertahankan penglibatannya dalam dunia lakonan mahupun karier pengacaraanya.

“Penguasaan bahasa Melayu saya sebenarnya bercambah sejak mula berlakon di sekolah rendah lagi. Tika itu saya sudah boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik 

“Selepas beberapa lama berada dalam industri tanah air ini, saya mula sedar bahawa, jika ingin pergi jauh dalam lakonan, bahasa Melayu perlu berada di tahap setanding dengan pelakon-pelakon di luar sana. Tidak boleh ada pelat, kalau tidak, tawaran lakonan mungkin agak terhad.

“Jadi, setelah beberapa peluang berlakon filem dan drama kini, dengan bangga saya boleh mengaku bahawa, usaha dan kerja keras serta sikap tidak putus asa saya telah menjayakan impian saya untuk menjadi pelakon dalam industri seni ini. Lagi-lagi saya telah berlakon dengan Remy Ishak,” kongsi Thanuja sambil ketawa. 

Filem ‘Padu’ dan Dedikasi Seorang Pelakon 

Tahun ini kerjaya lakonan Thanuja dilihat cemerlang. Dia berjaya menggalas tanggungjawab memegang watak pemain bola keranjang negara, Kalai dalam sebuah naskah filem biopik berjudul ‘Padu’ 

Dedikasinya untuk menghidupkan watak berkenaan perlu dipuji kerana bukan mudah untuk menjelmakan sosok persis Kalai yang merupakan pemain sebenar dalam pasukan bola keranjang negara. Lagi-lagi apabila pihak produksinya berkata, tiada ‘body double’.

Gambar oleh Azim Rahman
Gambar oleh Azim Rahman

“Watak Kalai adalah antara salah satu watak yang paling berbekas di hati kerana ia sangat mencabar kredibiliti saya sebagai seorang pelakon.  

“Kalai juga watak yang paling memberikan kesan yang mendalam dalam karier lakonan saya  kerana sebelum ini saya pernah berlakon watak atlet sebelum ini iaitu ‘Anak Mereka’ yang membawa kisah seorang pelari bernama Dewi.

“Namun bagi saya watak Dewi tersebut amat berbeza dengan filem ‘Padu’ ini. Bagi saya, Dewi it was like me and the track. Tapi Padu ini memang  lain kerana filem ini tentang bola keranjang yang bermain dalam satu pasukan serta mempunyai kru yang lebih besar. 

“Jadi di situ, saya rasa semuanya menjadi sesuatu yang unik. Malah, saya turut dapat pengalaman bersama Kalai yang sebenar selama sebulan bagi merealisasikan watak tersebut. Bukan hanya itu, team saya iaitu pelakon-pelakon lain kami menjalani latihan bola keranjang selama sebulan dengan the real player.

“Jadi ‘Padu’ ini menjadi salah sebuah naskah yang paling istimewa dalam karier saya ini,” ujarnya.

Jari Kelingking Cedera Sepanjang Penggambaran Filem ‘Padu’

Selain dari, cabaran besar yang dilalui Thanuja adalah apabila dia mengalami kecederaan sewaktu menjayakan penggambaran filem ‘Padu’ pada awal tahun ini. 

Jelas Thanuja, jari kelingkingnya patah, sewaktu  tempoh latihan filem ini, dan dia terpaksa menjalani penggambaran filem ini dengan kecederaan yang dialaminya itu. 

“Sebenarnya, ketika menjalani latihan bola keranjang, satu pasukan kami cedera, bagi pemain bola keranjang this injury is common, semua akan mengalami jari bengkak dan sebagainya. Namun jari saya pula bengkaknya semakin membesar. 

“Melihat keadaan jari saya itu, ibu bapa saya rasa macam ada sesuatu tidak kena dengan saya dan apabila pergi hospital, saya dapati bahawa jari kelingking saya telah patah. Tapi apabila kita bekerja bersama satu pasukan, memang sukar untuk kita mengambil rehat, lagi-lagi bila kita pegang watak utama.

“Satu set penggambaran akan tergendala jika saya mengambil rehat. Jadi, mahu tidak mahu, saya terpaksa meneruskan penggambaran dengan keadaan jari yang patah. Memang ada ahli fisioterapi yang selalu membantu saya ketika. But the pain I feel for the whole two months hits me differently,” jelas Thanuja.

Gambar oleh Azim Rahman
Gambar oleh Azim Rahman

Apabila mendengar Thanuja berkongsi tentang persediaannya serta pengalaman dalam memenuhi tuntutan watak dalam setiap karya yang dibintanginya, jelas menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat tekun dan sangat memberi perhatian dalam setiap perincian.

Ketika ditanya berkenaan keinginan untuk beraksi dalam genre lain, daripada filem aksi dan atletik Thanuja mengakui ketinggian 1.83 meternya menjadi kekangan besar untuk berasmara depan lensa.

“Saya susah nak dapat watak romatik sebab tiada hero yang setinggi saya untuk menjadi pasangan. Jadi tanpa hero bagaimana pulak saya nak berasmara di depan kamera,” seloroh wanita itu.

Selebriti Sebenar

Berkongsi lanjut, Thanuja yang mempunyai kembar mengakui menjadi seorang anak seni itu bukanlah perkara yang mudah. Perjalanan serta pengalaman seorang pelakon itu yang memartabatkan kualiti lakonan mereka.

Namun kini dengan ‘penglibatan’ pempengaruh media sosial mula masuk ke bidang lain terutamanya dalam industri arus perdana ini sehingga melahirkan persoalan orang ramai terhadap bakat serta kredibiliti mereka.

Gambar oleh Azim Rahman
Gambar oleh Azim Rahman

“Menjadi seorang selebriti bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi pada era wujudnya media sosial yang menjadi teropong digital masyarakat.

“Malah perkataan selebriti juga membawa maksud ‘you are celebrated’ di mana anda akan disanjungi tanpa mengira keberadaan anda. Jadi itulah selebriti sebenar. You are celebrated where ever you go, for your achievement dan effort.

“Contoh seperti Remy Ishak, dia pergi mana-mana pun orang akan cam dan ingin bersama dia. Jadi itulah price for his sacrifice and bakat dia.

“Justeru itu, bagi saya industri kini yang ingin menjadi mana-man ‘instafamous’ atau ‘TikToker’ basically influencers sebagai pelakon, mereka harus come from the bottom. Belajar dulu seperti hadir ke kelas berlakon atau mempunyai asas lakonan terlebih dahulu.

“Malah, buat persediaan secukupnya sebelum memasuki mana-mana set penggambaran, tidak kisah drama atau filem,” jelasnya. - Getaran, 18 Mac 2023 

DI SEBALIK PEMBIKINAN WAJAH TARA - GETARAN

Wajah TARA: Thanuja Ananthan 

Editor Gaya Hidup & Hiburan: Ellyna Ali

Teks & Penyelaras: Rubini Nagarajah 

Suntingan Teks: Faizal Salim 

Reka Letak: Abdul Hanif Zahari

Jurugambar:  Alexio Yeoh

Isu Pada

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

25 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 minggu yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PADU Rekod Lebih 10 Juta Pendaftaran - Rafizi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Orang Ramai Ambil Peluang Hari Terakhir Daftar, Kemas Kini Maklumat PADU

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Keselamatan, Kerahsiaan Maklumat PADU Terjamin Daripada Kebocoran

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi