web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembesar Suara Pintar Untuk Pendengaran Imersif

Sonos Memperkenalkan Era 300 dan Era 100, pembesar suara generasi terkini untuk pengalaman pendengaran terbaik.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 10:12AM

Sonos Era 100 menampilkan perkakasan dan perisian serba baharu. - Semua gambar oleh Sonos

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sonos telah melancarkan Sonos Era 300 dan Sonos Era 100, pembesar suara generasi terkini keluaran peneraju industri yang telah membuka babak terbaharu dalam inovasi bunyi dan reka bentuk.

Era 300, pembesar suara yang berkuasa dan revolusioner, dibina untuk menghasilkan pengalaman audio spatial yang terbaik dengan Dolby Atmos, manakala Era 100 merupakan penambahbaikan daripada Sonos One yang paling laris.

Dengan penalaan daripada barisan artis dan jurutera terkemuka dunia, siri Era ini memperkasakan pengalaman audio anda dengan ketersambungan yang diperluaskan bersertakan teknologi Trueplay™.

Era 300 dan Era 100 juga merupakan pembesar suara pertama yang dibina mengikut piawaian reka bentuk bertanggungjawab Sonos yang terbaharu. Piawaian ini merangkumi kebolehservisan jangka panjang, teknologi cekap tenaga dan penggunaan bahan kitar semula (PCR).

“Dengan kebisingan latar belakang yang sudah menjadi kebiasaan pada zaman ini, pendengaran audio berkualiti semakin menjadi keutamaan. Visi kami adalah untuk menghasilkan pengalaman audio yang menzahirkan perasaan sambil membantu pelanggan kami menikmati kegembiraan dan meningkatkan semangat melalui muzik dan kandungan audio kegemaran mereka,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Sonos, Patrick Spence.

“Siri Era merupakan pembesar suara pintar generasi seterusnya dan pengeluaran terbaharu kami ini melambangkan komitmen Sonos terhadap inovasi bunyi, reka bentuk bertanggungjawab dan usaha kami untuk merapatkan hubungan dengan komuniti pencipta,” tambah Spence lagi.

Apa kehebatan ERA 300?

Sonos Era 300 tersedia dengan enam pemacu berkuasa yang menghalakan audio ke kiri, kanan, ke hadapan dan ke atas untuk menghasilkan prestasi audio terunggul,
Sonos Era 300 tersedia dengan enam pemacu berkuasa yang menghalakan audio ke kiri, kanan, ke hadapan dan ke atas untuk menghasilkan prestasi audio terunggul,

Sesuatu yang baharu dalam rekaan pembesar suara kompak tunggal, Era 300 tersedia dengan enam pemacu berkuasa yang menghalakan audio ke kiri, kanan, ke hadapan dan ke atas untuk menghasilkan prestasi audio terunggul, menampilkan Dolby Atmos yang berupaya untuk menghanyutkan para pendengar dalam filem atau muzik pilihan mereka.

“Cara yang benar-benar baharu untuk mencipta dan menikmati muzik, Dolby Atmos membolehkan anda menghayati lagu kegemaran dengan butiran yang jelas dan mendalam.”

“Sonos Era 300 ialah inovasi yang mengagumkan bagi industri audio dan format terbaharu ini pasti akan menarik minat para pendengar dan artis dari dunia muzik arus perdana,” ujar, Ketua Pegawai Eksekutif Dolby, Kevin J Yeaman.

Satu lagi kelebihan Era 300 yang anda mesti tahu ialah ia merupakan pembesar suara Sonos pertama yang menyampaikan bunyi sekeliling berbilang saluran apabila digunakan sebagai pembesar suara bahagian belakang dalam sistem teater rumah.

Peminat filem boleh menggandingkan dua pembesar suara ini dengan Arc atau Beam (Gen 2) untuk mencipta pengalaman Dolby Atmos yang lebih berkuasa untuk pengalaman audio yang lebih mendalam. Selain tu, pengguna juga boleh menikmati Dolby Atmos melalui Apple Spatial Audio, di mana format ini akan tersedia untuk Sonos pada suku kedua 2023.

Bagaimana pula dengan Era 100 serba baharu?

Bersaiz sedikit besar daripada pendahulunya Sonos One, Era 100 menampilkan perkakasan dan perisian serba baharu, dengan akustik dan reka bentuk next-gen yang menyampaikan stereo yang terperinci dan bass yang mendalam.

Sonos Era 100, dengan akustik dan reka bentuk next-gen yang menyampaikan stereo yang terperinci dan bass yang mendalam.
Sonos Era 100, dengan akustik dan reka bentuk next-gen yang menyampaikan stereo yang terperinci dan bass yang mendalam.

Dua tweeter bersudut menghasilkan frekuensi terperinci ke kiri dan kanan untuk pengalaman stereo yang dipertingkat, sementara midwoofer yang lebih besar menghasilkan bunyi bass yang melebihi jangkaan bagi pembesar suara kompak tunggal.

Bahkan, rekaan Era 100 kali ini tampil lebih moden dan nipis menjadikannya penambahan yang bergaya pada rak buku, kaunter dapur, meja kerja atau meja sisi katil anda.

Berikut ada ciri-ciri untuk kedua-dua pembesar suara ini:

Bunyi yang lebih mampan: Era 100 dan Era 300 diperbuat daripada plastik kitar semula (PCR) dan dibungkus dalam 100% kertas sumber mampan. Ia juga direka untuk mengurangkan penggunaan tenaga dengan penggunaan kuasa siap sedia di bawah dua watt dan fungsi tidur baharu.

Dibina untuk tahan lama: Direka bentuk untuk penggunaan yang lama, kedua-dua pembesar suara dibina untuk kebolehservisan dengan mengurangkan penggunaan pelekat dengan peralihan ke penggunaan skru untuk memudahkan pemasangan dan kerja pembaikan.

Antaramuka pengguna yang baharu: Era 100 dan Era 300 menampilkan antaramuka pengguna baharu yang intuitif, termasuk peluncur kelantangan kapasitif untuk kawalan mudah yang melengkapkan kawalan peribadi yang cepat untuk muzik anda dengan Sonos Voice Control, apl Sonos, Apple AirPlay 2 dan Bluetooth®.

Ketersambungan yang dipertingkatkan: Strim semua audio kegemaran anda menggunakan WiFi atau Bluetooth, dan sambungkan terus peranti audio lain seperti cakera putar menggunakan kabel tambahan dan Penyesuai Talian Sonos (Line-In Adapter).

Memperluaskan Trueplay kepada lebih ramai pendengar: Dengan tatasusunan mikrofon dalam Era 100 dan Era 300, Trueplay dapat mengoptimumkan bunyi untuk keunikan akustik ruang anda dengan hanya satu ketik dalam apl Sonos. Tersedia untuk pengguna Android dan iOS. - Getaran, 11 Mac 2023

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

11 Mar 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini