Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tidak sampai satu peratus amal pertanian organik di Malaysia - Mohamad Sabu 1 jam yang lalu: KKM bincang dengan JPA serap petugas kontrak ke jawatan tetap tanpa pencen - Dr Zaliha 2 jam yang lalu: Mahkamah Persekutuan akan putuskan permohonan semakan kes SRC Najib Esok 2 jam yang lalu: Malaysia-Singapura bincang hubungan, kerjasama dua hala di Hainan - Anwar 2 jam yang lalu: Tekanan, persekitaran tempat kerja antara faktor polis bunuh diri - Dewan Rakyat

IKUTI KAMI


Khazanah Sajian Desa Membawa 150 Hidangan Di Pullman Kuala Lumpur Bangsar

Lengkapkan Ramadan anda dengan menikmati bufet berbuka puasa di Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar yang menampilkan pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa.

TARA Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 2:00PM

'Khazanah Sajian Desa' daripada hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar menyajikan 150 jenis hidangan bakal memuaskan hati anda - Gambar oleh Izwan Ramlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kurang daripada 30 hari bulan Ramadan bakal tiba, sudahkan anda merancang untuk memilih hotel yang diinginkan untuk berbuka puasa? 

Sebuah lagi bufet Ramadan diberi nama 'Khazanah Sajian Desa' daripada hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar yang menyajikan 150 hidangan bakal memuaskan hati anda!

Hotel ini berbesar hati menganjurkan jamuan 150 hidangan nostalgia dengan menampilkan pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa, antaranya hidangan daripada Melayu, India, Barat dan Indonesia.

Hotel ini berbesar hati menganjurkan jamuan 150 hidangan nostalgia dengan menampilkan pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa
Hotel ini berbesar hati menganjurkan jamuan 150 hidangan nostalgia dengan menampilkan pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa

Citarasa hidangan ini disediakan  Cef Borhan, seorang pakar dalam masakan Melayu dengan berpengalaman selama 30 tahun bekerja di pelbagai hotel di Sri Lanka, India dan Indonesia. Bahkan, Borhan turut terlibat bersama Tourism Malaysia dalam mempromosikan masakan Melayu di Switzerland dan China (2003).

Antara menu yang menjadi ‘signature’ di sini ialah Gulai Kawah Istimewa. Ia menggunakan 13 rempah-ratus yang berbeza. Tidak ketinggalan, kambing golek yang semestinya wajib ada di dalam menu bufet ini.

Kambing golek semestinya wajib ada di dalam menu bufet Ramadan
Kambing golek semestinya wajib ada di dalam menu bufet Ramadan

Selain itu, hidangan unik yang menarik perhatian penulis ialah Ikan Bakar Portugis dan asam pedas claypot yang disediakan panas-panas. Ia pasti memberikan rasa pedas masam-masam dan sesuai dimakan bersama nasi putih, wah, pastinya membuka selera anda!

Jangan lupa juga untuk merasai sekurang-kurangnya tiga daripada 13 jenis kerabu, antaranya kerabu ikan bilis, kerabu udang dan acar buah sebagai hidangan sampingan yang akan membangkitkan selera anda jika dimakan bersama nasi putih.

Jangan lupa juga untuk merasai sekurang-kurangnya tiga daripada 13 jenis kerabu, antaranya kerabu ikan bilis, kerabu udang dan acar buah sebagai hidangan sampingan
Jangan lupa juga untuk merasai sekurang-kurangnya tiga daripada 13 jenis kerabu, antaranya kerabu ikan bilis, kerabu udang dan acar buah sebagai hidangan sampingan

Tidak lengkap rasanya jika tidak diakhir dengan pencuci mulut. Anda bukan sahaja boleh menikmati aneka buah-buah bersama kuah rojak dan pelbagai jenis asam cicah, terdapat juga pencuci mulut mewah disediakan.

Antaranya aneka tart keju, kek dan kuih tradisional yang dihidangkan dalam bentuk yang kecil. Jadi rugi rasanya jika anda di mencuba pencuci mulut tersebut sebanyak mungkin. Ini termasuk air kelapa asli dan goncang yang tersenarai sebagai minuman menghilangkan rasa dahaga.

Aneka tart keju, kek dan kuih tradisional yang dihidangkan dalam bentuk yang kecil
Aneka tart keju, kek dan kuih tradisional yang dihidangkan dalam bentuk yang kecil

Tetamu juga akan menikmati suasana harmoni 'Khazanah Sajian Desa' alunan lagu raya sepanjang bufet makan malam ini bagi memeriahkan lagi pengalaman menjamu selera untuk pengunjung.

Pengurus Besar Pullman Kuala Lumpur Bangsar, TK Lee berkata, dia ingin mengembalikan semula suasana tradisional dan ingin pengunjung membawa pulang pengalaman yang memuaskan hati.

“Sejak beberapa tahun lepas, tema bufet (Khazanah Sajian Desa) ini telah diterima dengan baik oleh tetamu kami kerana kami ingin membawa balik perasaan yang sihat dengan keluarga dan rakan-rakan secara tradisional serta suasana kampung dengan layanan dan perkhidmatan berkualiti 5 bintang,” ulas TK Lee.

Bufet makan malam berharga RM188++ setiap dewasa dan RM98++ bagi warga emas berumur 60 tahun dan ke atas serta kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. Ini termasuk pakej Staycation Ramadan 2 Hari 1 Malam berharga RM498 nett bersama sarapan pagi Bufet dan Bufet Ramadhan untuk 2 orang dewasa.

Oleh itu, anda boleh merancang untuk berbuka puasa di hotel ini yang akan bermula pada 27 Mac dan berakhir pada 21 April 2023, dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari.

Pengunjung digalakkan membuat tempahan awal untuk mengelakkan tempahan penuh, yalah bulan puasalah katakan, pasti ramai menempahnya. Untuk tempahan, hubungi 03-2298 1888 atau layari laman rasmi hotel ini. - Getaran, 5 Mac 2023 

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

04 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Selera 7 jam yang lalu

Nasi Tenong Tarikan Baharu Payang Water Taxi

2

Semasa 23 jam yang lalu

Kerajaan Tegas Soal Pemberian Kontrak, Projek Selaras Prinsip Tata Kelola Baik - Anwar

3

Selebriti 2 hari yang lalu

Avaa Vanja Hasilkan Planner Ramadan Dalam Bentuk PDF Secara Percuma, Anggap Ia Saham Akhirat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Bekalan Ayam Mencukupi Sehingga Aidilfitri

Sorotan

1

4 Beradik Maut Kebakaran Sembunyi Dalam Tandas Cuba Selamatkan Diri

2

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

3

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli