web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Van Gogh Alive: Pameran Digital Imersif

Pameran berjudul Van Gogh Alive ini berbentuk visual interaktif di mana ia direka khas dengan melibatkan pelbagai organ deria serta membolehkan pelawat mengambil bahagian secara aktif untuk merasai pengalaman itu.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 8:00PM

Semua gambar ihsan Rasfan Abu Bakar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pameran lukisan dari pelukis terkenal kelahiran Belanda Vincent Van Gogh kini telah sampai ke Malaysia. Pameran yang telah menjelajah pelbagai negara ini merupakan satu persembahan multimedia menggabungkan paparan lukisan, animasi dan audio yang begitu kreatif serta berbeza dari pameran lukisan konvensional.

Pameran berjudul Van Gogh Alive ini berbentuk visual interaktif di mana ia direka khas dengan melibatkan pelbagai organ deria serta membolehkan pelawat mengambil bahagian secara aktif untuk merasai pengalaman itu. Pameran mengasyikkan ini membolehkan pelawat dikelilingi oleh lukisan Van Gogh yang ditayangkan pada dinding, lantai dan siling. 

Penggunaan teknologi realiti maya mewujudkan persekitaran lukisan 360 darjah yang mengelilingi penonton sepenuhnya membuatkan mereka berasa seolah-olah sebahagian daripada karya seni itu sendiri. Berpeluang untuk berada ‘dalam lukisan’ merupakan satu pengalaman yang menakjubkan kerana situasi tersebut sukar untuk digambarkan. Tambahan pula melalui pameran ini pengunjung berupaya untuk meneroka setiap butiran seni Van Gogh dengan cara yang tidak mungkin dilakukan melalui paparan statik tradisional.

Aspek multimedia interaktif membolehkan pelawat untuk melibatkan diri dengan pelbagai cara seperti menggunakan skrin sentuh untuk zoom masuk pada sudut tertentu, mendengar panduan audio yang menceritakan tentang kehidupan dan kerja Van Gogh serta boleh mencipta karya seni digital mereka sendiri dengan gaya Van Gogh.

Terdapat pelbagai jenis karya seni yang terpilih untuk dipaparkan melalui pameran ini. Diantaranya ialah karya yang berjudul The Starry Night, Sunflowers dan Almond Blossom.  Pemilihan karya ini juga meliputi pelbagai tema seperti landskap, potret dan objek pegun. Kesemuanya direka khas dengan teknologi digital beresolusi tinggi serta diiringi dengan alunan muzik klasik yang mempesonakan.

Buat mereka yang inginkan pengalaman baru dalam merasai dunia digital imersif serta peminat seniman tersohor dari Belanda ini bolehlah berkunjung ke pameran Van Gogh Alive di Aras 3, Orange Zone, Pavilion Bukit Jalil. Pameran ini telah bermula sejak 17 Disember 2022 dan akan berakhir sehingga 16 Mac 2023. - Getaran, 4 Mac 2023

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang