web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Setelah Diselidiki, Ini Rupanya Makanan Paling Laku Sepanjang Bazar Ramadan

Walaupun lengkap mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan, bazar tahun ini tetap meriah. Berikut kami simpulkan antara juadah terlaris tahun ini.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 May 2021 9:00AM

Suasana Bazar Ramadan Kampung Baru. Semua gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pejam celik, pejam celik. Nampaknya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita melangkah ke fasa akhir Ramadan.

Maksudnya, kita cuma ada beberapa hari sahaja lagi untuk menikmati aneka juadah yang tersedia di bazar Ramadan. Mesti ramai yang nak lepas gian mencari juadah di bazar setelah setahun tidak dibenarkan beroperasi. 

Jika anda mengikuti kami di laman Instagram @getaranmy, pasti anda tahu yang kami telah pun melawat ke beberapa buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang iaitu bazar Ramadan Kampung Baru, bazar Ramadan Pasar Keramat, bazar Ramadan Stadium Cheras dan bazar Ramadan Bazaria untuk melihat sendiri apakah juadah paling laris sepanjang Ramadan tahun ini. 

Dengan mematuhi standard prosedur operasi (SOP) yang lengkap semasa liputan dijalankan, berikut kami rumuskan antara juadah paling dikenali tahun ini.

Bazar Ramadan Setia Alam
Bazar Ramadan Setia Alam

 

Martabak

Baik bazar Ramadan Bazaria, Stadium Cheras dan Kampung Baru semuanya bagai memiliki satu jenama martabak masing-masing. Sejak jam 4 petang lagi, sudah ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan martabak sebagai juadah wajib buka puasa. Martabak yang selalu menjadi perhatian sudah semestinya mempunyai isi daging atau ayam yang tebal. Ditambah pula dengan kuah kari yang memang bikin kita ‘terangkat’!

 

Ikan bakar

Hasil pemerhatian kami, ikan bakar merupakan menu tumpuan untuk masyarakat yang tinggal berdekatan di bazar Ramadan Kampung Baru. Ikan Bakar Abang Misai  sudah beroperasi selama 15 tahun dan sudah sebati dengan masyarakat di sana. Kalau bulan puasa, mesti berderet nak rasa ikan bakar abang ini. Situasi yang sama juga dapat dilihat di bazar Ramadan Keramat. 

 

Roti John

Barisan Roti John paling panjang yang kami lihat ialah Roti John Pantai Permai yang terletak di bazar Ramadan Bazaria, Pantai Dalam. Baru pukul 4.30 petang, barisan gerai itu sudah berderet ke belakang. Mungkin daging dan ayam yang disalut pada roti tersebut begitu sedap sehingga menjadikannya menu paling popular di bazar itu.

 

Tepung pelita

Walaupun Tepung Pelita Paya Jaras selalu menjadi idaman, namun tak semua gigih ke Sungai Buloh. Jadi sebab itulah kuih Tepung Pelita boleh dikatakan kuih paling laris di bulan puasa ini. Hampir ke semua bazar yang kami kunjungi menawarkan kuih ini. Jika buka puasa tiada tepung pelita, rasa seperti ada yang kurang.

 

 

Ayam Percik

Bazar Ramadan Stadium Cheras mempunyai lebih daripada 300 buah gerai yang menjual pelbagai aneka juadah. Namun ayam percik tetap menjadi perhatian apabila pengunjung sudah mula beratur memenuhi gerai jualan seawal jam 5 petang.

Demikianlah antara juadah yang paling mendapat perhatian sepanjang Ramadan kali ini. Tak pasti bagaimana pula situasi negara pada tahun hadapan. Adakah penjaja kita masih berkesempatan untuk berniaga di bazar? Itu masih menjadi persoalan. 

Namun setidaknya dapatlah kita membantu peniaga kecil di bazar dengan membeli beberapa lauk-pauk  mereka bersama SOP yang ketat. Selamat berjalan ke bazar! - Getaran, 1 Mei 2021.

Isu Pada

Membelah Suara Uyaina Arshad

01 May 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini