Berita Terkini

7 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 7 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 7 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 7 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 12 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


Pameran Seni Eko-Awam ‘Cracking Art’ Di Hong Kong Buat Julung Kalinya 

Cracking Art telah menganjurkan pameran di lebih 300 bandar berpengaruh di serata dunia termasuk New York Central Park, Duomo di Milano, Four Seasons Hotel di Florence dan Xintiandi di Shanghai. 

TARA Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 8:14PM

Pameran ini mempersembahkan 90 arca haiwan yang diperbuat daripada plastik kitar semula. - Gambar Harbour City Estates Limited

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Harbour City, pusat membeli-belah terbesar Hong Kong, bekerjasama dengan kumpulan terkenal dari Itali, Cracking Art bagi menganjurkan pameran seni Eko-awam sulungnya di Hong Kong sempena ulang tahunnya yang ke-30. 

Pameran yang sedang berlangsung sehingga 28 Februari hadapan ini mempersembahkan 90 arca haiwan yang diperbuat daripada plastik kitar semula, di mana ia dipamerkan merentas lapan lokasi berbeza di Harbour City. Kehadiran arca-arca seni ini sudah pastinya menarik perhatian ramai kerana ia mewujudkan pemandangan yang berwarna-warni.

Kanak-kanak insan paling seronok bertembung dengan haiwan pameran berwarna-warni ini. - Gambar Harbour City Estates Limited
Kanak-kanak insan paling seronok bertembung dengan haiwan pameran berwarna-warni ini. - Gambar Harbour City Estates Limited

Meletakkan arca haiwan yang menggamit perhatian di ruang bandar yang tidak dijangkakan, Cracking Art bermatlamat untuk meraih perhatian orang ramai terhadap hubungan erat antara alam semula jadi dan plastik buatan melalui seni. Diharapkan usaha ini mampu menginspirasikan seluruh komuniti tentang kepentingan kelestarian dan pemuliharaan alam sekitar. 

Cracking Art telah menganjurkan pameran di lebih 300 bandar berpengaruh di serata dunia termasuk New York Central Park, Duomo di Milano, Four Seasons Hotel di Florence dan Xintiandi di Shanghai. 

Artis-artis terlibat telah mencipta 14 jenis arca haiwan dalam koleksi mereka, dengan setiap spesies dipilih atas simbolismenya yang kukuh tentang spesies itu sendiri dan hubungannya dengan alam semula jadi. 

Lapan daripadanya dipaparkan dalam pameran ini, termasuk Beagle, yang merupakan baka anjing malang yang telah dipilih untuk ujian haiwan, Penguin yang telah menjadi penderita yang besar akibat pemanasan global; Crocodile dan Sea Turtle, yang merupakan dua makhluk tertua di Bumi.

Buaya, antara haiwan tertua di dunia turut dipamerkan. - Gambar Harbour City Estates Limited
Buaya, antara haiwan tertua di dunia turut dipamerkan. - Gambar Harbour City Estates Limited

Selain daripada pertembungan yang tidak dijangkakan bersama Rabbit, Elephant, Penguin, Beagle, European Cat, Sea Turtle, Bear dan Crocodile oleh Cracking Art di Harbour City, pengunjung dialu-alukan untuk mencetak poskad foto yang eksklusif secara percuma.

Bagi meneruskan misi Cracking Art Group untuk meminimumkan bahan buangan dan mengurangkan impak terhadap alam sekitar, sebaik sahaja pameran berakhir, arca tersebut akan dikembalikan dan akan dipamerkan di bandar-bandar lain.

Sempena tahun Arnab kali ini, pengunjung turut menyaksikan kelibat haiwan comel ini. - Gambar Harbour City Estates Limited
Sempena tahun Arnab kali ini, pengunjung turut menyaksikan kelibat haiwan comel ini. - Gambar Harbour City Estates Limited

Jika anda merupakan salah penjejak pameran seni, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri pameran seni ini. Boleh intai syarikat penerbangan yang boleh membawa anda terbang ke sana. 

Inilah masanya untuk anda mengubat kerinduan terhadap metropolitan yang menjanjikan pelbagai keseronokan ini. Februari juga adalah waktunya untuk anda menikmati cuaca dingin dan kering di Hong Kong. Suhu boleh menurun sehingga ke 10°C pada sebelah malam dan di awal pagi. 

‘Hello Hong Kong’ Tawarkan Tiket Penerbangan Percuma

Bukan untuk Februari semata-mata, tetapi jika anda punya rencana bermula Mac 2023, promosi pelancongan terbaharu, ‘Hello Hong Kong’ yang dilancarkan baru-baru ini diperkenalkan oleh Hong Kong Tourism Board (HKTB) bagi merancakkan kembali industri pelancongan ke wilayah ini. 

Melalui kempen ini, sebanyak 500,000 tiket penerbangan percuma ditawarkan ke seluruh dunia bagi membawa kembali pengembara ke Hong Kong. Tidak cukup dengan itu, tawaran baucar ‘Hong Kong Goodies’, turut dibawakan untuk memberi peluang kepada pelawat menikmati pelbagai tarikan yang ada di Hong Kong.

Kesemua 500,000 tiket penerbangan percuma ini akan diberikan oleh Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong ke pasaran berbeza secara berperingkat, melalui tiga syarikat penerbangan iaitu Cathay Pacific Airways, Hong Kong Express dan Hong Kong Airlines bermula Mac hadapan.

Gambar ihsan Hong Kong Tourism Board
Gambar ihsan Hong Kong Tourism Board

Tidak cukup dengan itu, pelbagai tawaran mesra dan menarik turut disusun di seluruh bandar oleh HKTB dan sektor pelancongan dan perhotelan untuk mengalu-alukan kedatangan pengunjung. 

Pengerusi Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB)Dr Pang Yiu-kai, berkata, pihaknya kini bersedia untuk memberikan lebih banyak keseronokan berbanding dahulu.

“Hong Kong kembali dalam peta untuk pengembara global, dengan lebih banyak keseronokan ditawarkan berbanding sebelum ini. Kami membawakan sambutan terbesar kepada dunia melalui kempen 'Hello Hong Kong', menjemput rakan-rakan dari seluruh dunia untuk kembali ke salah satu destinasi pelancongan terhebat di dunia,” ujar beliau.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Hong Kong Tourism Board (discoverhongkong.com). - Getaran, 5 Februari 2023 

Isu Pada

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah

04 Feb 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Polis Cari Baki Anggota Badan Abby Choi

2

TARA 3 bulan yang lalu

Tarikan Terbaharu Untuk Pencinta Seni Dan Budaya Di Hong Kong

3

TARA 4 bulan yang lalu

Kerajaan Hong Kong Longgarkan Syarat Kemasukan, Benarkan Lawatan Berkumpulan

4

TARA 6 bulan yang lalu

Hong Kong Peak Tram Beroperasi Kembali Dengan Wajah Baharu

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

TARA 19 jam yang lalu

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

oleh Rubini Nagarajah

TARA 7 jam yang lalu

Kartunis Tazidi Yusof, Merakam Nostalgia 

Selain melukis mengenai Tarzan, Tazidi turut berkolaborasi dengan Jaafar Taib dalam ruangan Kalau. Ruangan ini adalah mengenai kisah masyarakat umum yang sering...

oleh Muhammad Rasfan Abu Bakar

TARA 19 jam yang lalu

Banyak Cabaran Yang Dilalui Vino G Bastian Kala Menghidupkan Watak Tokoh Penting Buya Hamka

Demi menjayakan watak Buya Hamka, Vino akui harus melalui proses yang panjang kerana penggambaran filem ‘Buya Hamka’ mengambil masa selama enam bulan dan turut...

oleh Helmi Anuar

TARA 15 jam yang lalu

Buka Puasa Dengan Hidangan Memikat Selera

oleh Rahayu MN