web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Vivo X90 Series Telefon Pintar ‘Flagship’ Pertama Menggunakan MediaTek Dimensity 9200

Model ini menggunakan pemproses TSMC 4nm baharu, CPU perdana 8 teras yang menawarkan pengalaman telefon pintar yang lebih hebat

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 10:00AM

MediaTek Dimensity 9200 Cipset V2 Vivo - Gambar Vivo.com 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vivo X90 merupakan telefon pintar ‘flagship’ pertama di Malaysia yang menggunakan MediaTek Dimensity 9200. Cipset V2 vivo yang baru dibangunkan oleh jenama ini dan dipasangkan pada vivo X90 Series ialah telefon pintar yang menggunakan sistem dwi cip, dan menjadi model telefon pintar vivo paling berkuasa setakat ini.

Selain itu, model ini juga menggunakan pemproses TSMC 4nm baharu, CPU perdana 8 teras yang menawarkan pengalaman telefon pintar yang lebih hebat kepada pengguna ditambah lagi dengan ciri baharu terhadap fotografi.

Vivo bekerjasama dengan MediaTek dalam fasa pembangunan awal platform dan memperkenalkan lima fungsi utama bagi meningkatkan keupayaan pemproses antaranya menyokong sehingga 8 saluran penghantaran data CPU-ke-UFS. Ia menjadikan penukaran aplikasi lebih pantas dan prestasi penggunaan harian yang lebih lancar.

Selain  itu, keupayaan menyimpan menggunakan cip MediaTek Dimensity 9200 dalam set cip V2 membolehkan algoritma platform diselaraskan merentas berbilang pemproses. Jadi ia membawa peningkatan kecekapan tenaga yang ketara serta ciri yang mantap seperti dokumen ultra-jelas kamera dan teks atau maklumat

Teknologi perlindungan mata turut diketengahkan dalam mengurangkan cahaya biru dan kesan warna skrin yang lebih baik. Bahkan ia menyediakan purata 30 peratus penjimatan tenaga semasa mod penerbangan, dan memulihkan sambungan rangkaian dengan cepat dalam masa 1.52 saat selepas mod penerbangan dimatikan.

Cipset  V2 baharu vivo ini juga membuka lembaran baharu pengimejan mudah alih dengan kualiti imej dan pengalaman fotografi yang lebih baik. Ia memperkenalkan algoritma untuk prestasi cahaya malap yang lebih baik dan menyokong Interpolasi Bingkai MEMC membolehkan pengalaman menangkap video yang lebih lancar. 

Teknologi sambungan dwi-teras FIT pada set cip V2, membolehkan kedua-dua cip mencapai komunikasi berkelajuan tinggi untuk prestasi yang lebih lancar dan lebih baik. Dengan sistem dwi cip, siri vivo X90 menawarkan pengalaman unggul kepada pengguna berprestasi tinggi, kecekapan tenaga tinggi dan kualiti pengimejan yang lebih baik.

Maka, nantikan pengeluaran rasmi vivo X90 dengan MediaTek Dimensity 9200 cipset V2 secara terperinci tidak lama lagi untuk melihat kehebatan model pada kali ini dan adakah ia berbaloi untuk dimiliki. - Getaran, 5 Februari 2023

Isu Pada

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah

04 Feb 2023

Sorotan

1

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

2

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

3

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

4

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

5

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

6

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan