Berita Terkini

5 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 5 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 5 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 5 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 10 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


Huawei FreeBuds 5i Harga Seiring Dengan Prestasi

Huawei FreeBuds 5i menampilkan peningkatan teknologi serta penampilan yang baik dengan harga RM399.

TARA Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 7:18PM

Siri Huawei FreeBuds 5i menggabungkan reka bentuk yang bergaya, berbilang mod ANC dan penstabilan audio (EQ) - Gambar ihsan Huawei

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memberikan pengalaman mendengar yang lebih baik dan lancar untuk gaya hidup yang pintar pada harga RM339, Huawei melancarkan peranti terbaharunya dalam barisan fon telinga baru-baru ini iaitu Huawei FreeBuds 5i.

Masih mengekalkan kualiti bunyi sterling dan pembatalan hingar aktif (ANC) daripada siri FreeBuds terdahulu, siri kali ini menggabungkan reka bentuk yang bergaya, berbilang mod ANC dan penstabilan audio (EQ). Ini termasuklah sambungan Dwi Peranti untuk suis lancar pada peranti dan sistem pengendalian yang berbeza.

Dengan berat hanya 4.9g , Huawei FreeBuds 5i selesa dan mudah dipakai
Dengan berat hanya 4.9g , Huawei FreeBuds 5i selesa dan mudah dipakai

Mungkin harganya agak tinggi bagi sesetengah individu namun mari kita lihat spesifikasi sistem dan teknologi yang ditampilkan bagi menentukan sama ada ia berbaloi untuk dimiliki ataupun tidak.

Reka bentuk bekas pengecasan Huawei FreeBuds 5i pula menampilkan bentuk batu kerikil ringkas bersama permukaan bertekstur melalui teknik salutan dakwat. Mempunyai variasi Isle Blue dan Nebula Black, dan Ceramic White, ia memberikan rupa dan rasa jed sejuk bagi membangkitkan keanggunan terhadap pandangan pengguna 

Dengan berat hanya 4.9g , Huawei FreeBuds 5i selesa dan mudah dipakai. Reka bentuk fon telinga sepanjang 29mm yang telah dipendekkan sebanyak 7mm jika dibandingkan dengan FreeBuds 4i.

Ini menjadikannya lebih selesa disesuaikan dengan saluran telinga setiap pendengar.

Reka bentuk bekas pengecasan Huawei FreeBuds 5i pula menampilkan bentuk batu kerikil ringkas bersama permukaan bertekstur melalui teknik salutan dakwat
Reka bentuk bekas pengecasan Huawei FreeBuds 5i pula menampilkan bentuk batu kerikil ringkas bersama permukaan bertekstur melalui teknik salutan dakwat

Selain itu, fon telinga ini memberikan pengalaman muzik resolusi tinggi, dengan pensijilan Hi-Res Audio Wireless (Hi-Res). Ia memanfaatkan perkakasan, algoritma, codec audio LDAC™ HD  dan kesan multi-EQ untuk memainkan, memastikan dan menghantar audio betul pada setiap masa.

Kesan Multi-EQ pula membolehkan pendengar melaraskan kesan audio secara bebas, seperti memilih mod rangsangan Bass atau Treble mengikut setiap cita rasa individu.

Selain itu,  Huawei FreeBuds 5i turut dilengkapi  dengan teknologi pembatalan hingar hybrid. Berbeza dengan fon telinga tradisional, ia mampu menyekat bunyi frekuensi tinggi secara pasif dengan berkesan. Bahkan, ia memberikan kedalaman ANC bunyi maksimum sehingga 42dB.  

Jadi tidak menjadi masalah jika anda menggunakan fungsi ini di lapangan terbang yang sibuk, stesen kereta api bawah tanah, restoran, pejabat atau rumah yang tenang.

Huawei FreeBuds 5i turut dilengkapi  dengan teknologi pembatalan hingar hybrid
Huawei FreeBuds 5i turut dilengkapi dengan teknologi pembatalan hingar hybrid

Huawei FreeBuds 5i  fleksibel dengan ciri pintar, hayat bateri yang panjang dan rintangan air IP54 - membolehkan anda menjalani kehidupan yang selesa tidak kira di mana anda berada. 

Fon telinga ini boleh disambungkan pada telefon pintar, tablet, komputer peribadi (PC)  dan jam tangan, serta dengan sistem pintar Android, IOS dan Windows. Malah, ia menyediakan hayat bateri 28 jam yang menakjubkan dan keupayaan pengecasan pantas untuk menyokong main balik audio selama 4 jam hanya dengan pengecasan selama 15 minit.

Kesimpulannya, walaupun harganya agak tinggi bagi sebuah fon telinga, Huawei FreeBuds 5i menampilkan prestasi yang cukup mantap dan berbaloi untuk dimiliki. - Getaran, 29 Januari 2023 

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

28 Jan 2023

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

TARA 17 jam yang lalu

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

oleh Rubini Nagarajah

TARA 8 jam yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform pe...

TARA 14 jam yang lalu

7 Tip Guna WhatsApp Lebih Baik Di Bulan Ramadan

Seiring dengan kehebatan teknologi komunikasi zaman ini gunakan WhatsApp dengan lebih efektif pada bulan Ramadan bersama keluarga dan rakan-rakan.

oleh Izwan Ramlan

TARA 11 jam yang lalu

'Feel Sabah, North Borneo' – Slogan Terbaharu Menggamit Kedatangan Pelancong Ke Sabah

oleh Rahayu MN