web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seramai 1.5 Juta Dijangka Banjiri Pulau Pinang Sempena Thaipusam

Tahun ini Thaipusam jatuh pada hujung minggu, manakala Isnin cuti umum. Dijangkakan penganut dari Medan, Jakarta di Indonesia dan Singapura akan hadir untuk menyertai perarakan di Pulau Pinang.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 12:13PM

Pembuat kavadi, R.Ramesh, 53, sibuk menyiapkan tempahan kavadi pelanggannya. Beliau yang berpengalaman 30 tahun membuat kavadi merasa lega tahun ini, berikutan tempahan kavadi yang diterima pada Thaipusam tahun ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Seramai 1.5 juta penganut agama Hindu dijangka membanjiri Pulau Pinang pada hujung minggu depan bagi menyambut perayaan Thaipusam.

Pengerusi Kuil Thanneermalai Shree Balathandayuthabani Datuk Seri P. Kuvena Raju berkata ini kerana perayaan itu hanya disambut pada skala kecil dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat selama dua tahun disebabkan pandemik COVID-19.

“Kami menjangkakan kehadiran 1.5 juta penganut selama tiga hari kerana ramai yang ingin menunaikan nazar setelah tidak dapat berbuat demikian pada dua tahun lepas, jadi keadaan ini akan menjadi cabaran buat kami mengendalikan perayaan ini dengan sebaiknya.

“Tahun ini Thaipusam jatuh pada hujung minggu, manakala Isnin cuti umum. Kami turut menjangkakan kehadiran penganut dari Medan, Jakarta di Indonesia dan Singapura untuk menyertai perarakan di Pulau Pinang. Dahulu, ada juga penganut dari London (yang datang ke sini),” katanya kepada Bernama.

Untuk perarakan pedati emas, beliau berkata upacara itu akan bermula seawal 6 pagi pada 4 Februari di Lebuh Queen menuju ke Kuil Thanneermalai Shree Balathandayuthapani Devasthanam dan dijangka tiba paling awal pada 12 tengah malam bergantung kepada keadaan lalu lintas dan kesesakan.

Beliau turut menasihati orang ramai agar bertanggungjawab semasa perarakan kerana kelakuan para penganut di jalan raya akan mencerminkan komuniti beragama Hindu.

"Yang terbaik ialah ikut peraturan dan jangan buang sampah merata-rata. Kami menyediakan tempat secukupnya untuk membuang sampah,” katanya.

Sementara itu, Pemegang Amanah Kuil Nagarathar Thanduthabani Dr A. Narayanan berkata perarakan pedati perak akan bermula pukul 7 pagi di Kuil Nagarathar Kovil Vidu, Lebuh Penang, membawa arca Dewa Murugan dan dijangka sampai ke pekarangan Kuil Air Terjun pada 1 atau 2 pagi dengan perjalanan sejauh 9 kilometer.

Beliau berkata pihaknya telah melakukan kerja-kerja menggilap pedati perak yang berusia 136 tahun, di samping memasang lampu serta hiasan lain sejak sebulan lepas, yang dilakukan oleh 15 sukarelawan.

"Tahun ini kami menjangkakan kehadiran yang lebih ramai dan kami sudah melakukan persediaan.

"Selepas perarakan, pedati perak dijangka dipulangkan ke kuil di Lebuh Penang kira-kira 8 pagi pada 7 Februari. Semuanya harus berjalan lancar dan berharap orang ramai akan memberi kerjasama,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

28 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari