web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Puas Hati Ira Kazar Muncul Dalam Telemovie ‘Perang Dingin’, Netizen Persoal Awesome TV 

Awesome TV tampil dengan kenyataan media  selepas melihat  sejumlah artikel yang ditulis terutamanya di laman-laman blog hiburan tanah air baru-baru ini mengenai penglibatan Ira Kazar dalam telemovie ‘Perang Dingin’ yang ditayangkan di platform itu.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2023 12:11PM

Ira Kazar - Gambar dari Awesome TV 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gara-gara kemunculan Ira Kazar dalam telemovie, ‘Perang Dingin’, netizen telah meluahkan rasa tidak puas hati kepada Awesome TV sehingga isu ini menjadi tular di media sosial.

Rata-rata netizen tidak menyenangi penglibatan anak pelakon Kazar itu di dalam telemovie tersebut. 

‘Perang Dingin’ terbitan Red Bean Production arahan Wan Saiful SHahrizan yang disiarkan di platform Awesome TV dibintangi pelakon hebat seperti Ain Edruce, Azizul Ammar @ Ammar Titan, Sharifah Shahirah, Kazar Saisi, Haeriyanto Hassan, Zila Bakarin dan ramai lagi.

Bahkan, ia turut menampilkan Ira Kazar atau nama penuhnya, Faghirah Fatini Kazaruddin yang juga pempengaruh media sosial sebagai salah seorang barisan pelakonnya. 

Namun, telemovie ini sebenarnya telah pun ditayangkan di Awesome TV pada 2022 dan bukanlah sebuah telemovie baharu. 

Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, pihaknya terpanggil untuk mengeluarkan kenyataan selepas melihat sejumlah artikel yang ditulis terutamanya di laman-laman blog hiburan tanah air baru-baru ini mengenai penglibatan  Ira Kazar telemovie ‘Perang Dingin’ yang ditayangkan di platform itu. 

“ Wajar kiranya kami membuat kenyataan rasmi untuk menjelaskan dengan lebih lanjut akan hal ini seterusnya mengelakkan Awesome TV daripada terpalit atau dikaitkan dengan isu kemelut rumahtangga beliau yang kini sedang hangat diperkatakan. 

“Perang Dingin’ merupakan idea asal pengacara versatil, Issey Fazlisham dan ia  pertama kali disiarkan di Awesome TV pada bulan September 2020. Sama ‘treatment’ seperti karya-karya sebelum ini, ‘team’ produksi ‘Perang Dingin’ menggunakan pendekatan serupa dalam memastikan kejayaan naskhah ini di mana pemilihan pelakon, plot penceritaan, skrip yang kuat, pelan pemasaran serta publisiti perlu bergerak seiring. 

“Pembabitan Ira Kazar dalam naskhah tersebut dibuat berdasarkan kepada status beliau sebagai salah seorang pempengaruh media sosial yang agak popular ketika itu dan dilihat memiliki potensi untuk digilap ke peringkat seterusnya. 

“Sebagai pendatang baru dalam industri, ketika itu tiada sebarang isu sensasi dikaitkan dengan beliau, justeru sama seperti muka-muka baru yang lain, kehadiran beliau dalam naskhah ini diraikan ‘team’ produksi ‘Perang Dingin’,” katanya. 

Dari kiri Puteri Sarah Liyana, Syamsul Yusof dan Ira Kazar.
Dari kiri Puteri Sarah Liyana, Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

Memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kemelut ‘tiga segi’ yang melanda Ira Kazar bersama suami; pengarah / penerbit tersohor negara, Syamsul Yusof dan isteri pertama beliau, Puteri Sarah Liyana, Datin Ezzan menambah, “pihaknya mendoakan yang baik-baik sahaja untuk keluarga ini. 

“Kami yakin masing-masing mampu mencapai kata sepakat dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan permasalahan ini, Insya Allah,” katanya. – Getaran, 22 Januari 2023

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

21 Jan 2023

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok