web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kaligrafi Cina Lambang Kemeriahan Dan Tuah

Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina tidak lengkap tanpa hiasan di dinding dan pintu rumah, tokong dan premis yang didiami sekiranya tidak dihiasi dengan kaligrafi.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2023 8:05AM

Liew Koon Yan, 54, (dua, kiri) memberikan tunjuk ajar kepada tiga pelajarnya untuk menghasilkan tulisan kaligrafi Cina sebagai hiasan di Tokong Kuan Tai Meow, Bandar Lama, Gua Musang - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Tulisan kaligrafi Cina merupakan antara elemen penting bagi masyarakat Tionghua yang melambangkan kemeriahan dan tuah dengan melekatkannya di bahagian kiri dan kanan pintu rumah atau bangunan sebagai dekorasi sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina. 

Liew Koon Yan, 54, berkata sambutan perayaan Tahun Baharu Cina tidak lengkap tanpa hiasan di dinding dan pintu rumah, tokong dan premis yang didiami sekiranya tidak dihiasi dengan kaligrafi.

Beliau yang juga seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra 2 memilih untuk mengajar golongan muda masyarakat Cina mempelajari seni tulisan tersebut sebagai rutin tahunan sempena perayaan tersebut. 

“Seni tulisan kaligrafi ini ditulis dengan dakwat dan berus Cina, menggunakan kertas berwarna merah yang melambangkan kemeriahan atau membawa ‘ong’ (tuah).

“Walaupun zaman sekarang sudah moden, masih ada golongan muda kaum Cina terutamanya murid dan pelajar sekolah di sini mempunyai minat terhadap seni tradisional kebudayaan Cina ini,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Mengulas lanjut, Koon Yan berkata setiap patah perkataan yang ditulis bukan hanya melambangkan kesenian budaya mereka, malah membawa maksud dan doa yang melambangkan permulaan semangat baharu, kemakmuran dan keuntungan akan diperoleh dalam kehidupan yang selalunya tulisan kaligrafi ini mempunyai antara satu hingga tujuh perkataan yang berlainan.

Sementara itu, pelajar Koon Yan bernama Belle Ng Pui En, 12, berkata seni tulisan kaligrafi dipelajarinya sejak lima tahun lepas bersama dua rakan sebayanya, Soo Yee Han dan Liew Yu Xi, yang juga murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Gua Musang. 

“Setiap tahun kami bertiga secara sukarela akan membuat beberapa seni kaligrafi untuk digantung di kawasan tokong, secara tidak langsung melatih diri kita untuk bertenang dan bersabar untuk membuat lakaran tulisan yang cantik. Saya harap kesenian tulisan kaligrafi ini akan terus terpelihara dan dipelajari oleh semua golongan muda terutama kaum Cina,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

21 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Rencana 5 bulan yang lalu

Tahun Baharu Cina: Sambutan Merentasi Etnik, Harapan Mengatasi Ketakutan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Budaya 2 tahun yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Jom Rakam Kenangan Di Kwai Chai Hong Sempena Tahun Baharu Cina 

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan