Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Percutian Musim Sejuk Mengasyikkan Bersama Eastern Express di Türkiye

Beroperasi di antara ibu kota Türkiye, Ankara dan Kars, salah satu bandar paling timur di negara ini, 'Eastern Express' menawarkan pemandangan bandar dan pemandangan semulajadi yang luar biasa.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 8:00PM

Kars Eastern Express menjanjikan suatu perjalanan yang menakjubkan. - Gambar oleh Impact Communication

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keindahan semula jadi, sejarah purba, budaya dan masakan yang mewah merupakan antara sebab Türkiye menjadi destinasi pilihan untuk melancong. Apabila musim luruh berakhir, Türkiye berubah menjadi 'syurga pelancongan musim sejuk' yang mengasyikkan. 

Landskap bandar dan luar bandar dilitupi dengan salji yang memutih. Selain mempunyai pusat peranginan ski yang terkenal untuk dilawati, Türkiye turut menawarkan pengembara musim sejuk di tengah-tengah bandar bersejarah yang menjanjikan pengalaman luar biasa, terutamanya untuk mereka yang cintakan kesenian dan budaya. 

Kars Eastern Express - Gambar oleh Impact Communication
Kars Eastern Express - Gambar oleh Impact Communication

Untuk tujuan ini, apa kata anda ikuti pengembaraan musim sejuk bersama Eastern Express yang terkenal. Perjalanan keretapi ini bermula dari ibu negara, Ankara dan melalui beberapa bandar, gunung dan lembah yang indah dan dramatik ke Kars, bandar musim sejuk ajaib di bahagian paling timur negara itu.

Suasana mengasyikkan, perjalanan yang mempesona

Bermula dari tengah-tengah Anatolia yang terbentang seluas 1,310 kilometer ke bahagian paling timur Türkiye, trek Eastern Express terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan. 

Dianggap di antara 'empat laluan kereta api terbaik' di dunia, Eastern Express melengkapkan perjalanan yang menarik antara Ankara dan Kars yang mengambil masa kira-kira 25 hingga 26 jam. Antara bandar yang dilalui ialah wilayah Kırıkkale, Kayseri, Sivas, Erzincan dan Erzurum.

Kars Ani Harabeleri Örenyeri Ancient City - Gambar oleh Impact Communication
Kars Ani Harabeleri Örenyeri Ancient City - Gambar oleh Impact Communication

Sepanjang perjalanan epik ini, penumpang di Eastern Express, boleh melihat stesen kereta api bersejarah, kepakaran tempatan dan landskap dunia lain yang menakjubkan. Kereta api serba lengkap ini turut mempunyai lokasi selera dengan empat belas meja dan tempat duduk untuk 56 pengunjung. 

Selain pilihan tempat makan di atas kapal, sesetengah penumpang membawa dapur elektrik dan cerek sendiri ke dalam kereta api yang menyediakan meja yang selesa.

Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dua laluan kereta api berasingan telah disediakan iaitu Eastern Express dan Touristic Eastern Express. 

Touristic Eastern Express, yang mempunyai tempat tidur berhenti di 29 stesen. Selain itu, kereta api juga berhenti selama dua setengah hingga tiga jam di stesen ketibaan dan perlepasan. Sementara Eastern Express tidak mempunyai kemudahan tempat tidur dan berhenti di 50 stesen. 

Kars dengan keindahan unik

Destinasi terakhir bersama Eastern Express ialah bandar musim sejuk Kars yang menarik. Terletak di salah satu bahagian paling timur Türkiye, bandar ini merupakan salah satu penempatan tertua di Anatolia. 

Kars Ani Harabeleri Örenyeri Ancient City - Gambar oleh Impact Communication
Kars Ani Harabeleri Örenyeri Ancient City - Gambar oleh Impact Communication

Terbina daripada kepelbagai budaya, Kars membawa pengunjung mengembara ke latar waktu  yang berbeza. Bermula daripada orang Urartian, tanah ini telah menjadi tuan rumah kepada banyak tamadun yang sebahagiannya ialah Parsi, Rom Timur, Seljuk dan Uthmaniyyah. 

Kawasan ini juga berada di laluan perdagangan penting di mana Jalan Sutera yang terkenal pernah bertemu.

Di sini juga terdapat bandar purba, Ani yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, dan dihuni oleh hampir 100,000 orang penduduk. Kota purba itu dipercayai bermula dari 5000 SM. 

Terpelihara dengan baik sehingga ke hari ini, Ani merupakan hadiah luar biasa yang dikurniakan oleh Kars kepada pengunjungnya. Struktur dan tapak bersejarah lain di kawasan itu ialah Istana Kars, di sekitar Sungai Kars, manakala struktur seperti benteng dan Jambatan Batu Kedua berfungsi sebagai teres cerapan Kars. Masjid Ebu'l Menûçehr, Gereja St. Prkich, Gereja Tigran Honents, Biara Biarawati dan Muzium Kars adalah tarikan lain yang boleh dilawati.

Kars Çıldır Lake - Gambar oleh  Impact Communication
Kars Çıldır Lake - Gambar oleh Impact Communication

Pusat Ski Sarıkamış yang terkenal di bandar itu juga dipenuhi dengan pelancong sepanjang tempoh ini. Ini kerana pusat ski ini memiliki salji yang seakan serbuk kristal serta menawarkan trek ski yang ketiga tertinggi di dunia. 

Tasik Çıldır, di sempadan Kars-Ardahan, ialah satu lagi laluan istimewa yang boleh anda nikmati di Kars. Pengunjung boleh bersiar-siar di tasik beku, menaiki giring yang ditarik kuda dan memerhatikan nelayan memancing di dalam ais.

Selain itu, anda juga harus tahu bahawa Kars adalah syurga gastronomi yang menawarkan pelbagai hidangan unik. Jangan lepaskan peluang mencuba hidangan tempatan, kashar dan gruyere, madu dan daging angsa. 

Kars Sarıkamış Skı Resort - Gambar oleh Impact Communication
Kars Sarıkamış Skı Resort - Gambar oleh Impact Communication

Jika anda terserempak dengan pertandingan ‘ashik’ ketika sedang makan, anggap diri anda seorang yang bertuah. Tradisi purba ini (cerita yang dipersembahkan oleh pemuzik dan troubadours) sering bertukar menjadi pertandingan penuh semangat yang sangat menyeronokkan untuk kedua-dua penghibur dan penonton. 

Tradisi ashik, termasuk dalam ‘Senarai Warisan Budaya Tak Ketara bagi Kemanusiaan’ oleh UNESCO pada tahun 2009. Ia adalah warisan budaya yang  tertanam dalam ingatan budaya Anatolia.- Getaran, 15 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Tiba Di Turkiye, Bakal Bertemu Erdogan Hari Ini

2

TARA 6 bulan yang lalu

Tapak Arkeologi Gordion Sertai Senarai Warisan Dunia UNESCO

3

TARA 10 bulan yang lalu

Selepas 2 Tahun Ditutup, Menara Maiden, Istanbul Kini Mengalu-Alukan Kedatangan Pengunjung

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Kemenangan Erdogan Buka Ruang Untuk Hubungan Bilateral Lebih Akrab Dengan Malaysia - PM

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA