web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aplikasi TAPTAPLAH Sebuah Platform Koperasi Dalam Pendigitalan Perniagaan

Aplikasi ini berpotensi menyediakan data dan analisis bagi tujuan pemasaran dan prestasi perniagaan koperasi.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 4:00PM

Yahya (dua, kiri) TAPTAPLAH membolehkan koperasi untuk membuat eksperimen dengan strategi digital yang berbeza.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah badan koperasi yang berpusat di Putatan Sabah, telah melancarkan aplikasi koperasi atas talian yang pertama di Malaysia bernama TAPTAPLAH. Ia merupakan sebuah platform dalam talian yang memfokuskan kepada perkhidmatan bagi ahli-ahli koperasi.

Platform ini memiliki pelbagai ciri termasuk produk pembayaran digital, pasaran, keahlian koperasi, insurans digital, program loyalty, dan banyak lagi.

Seiring dengan misi ke arah Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), aplikasi TAPTAPLAH merupakan satu usaha dan peluang dalam meningkatkan produktiviti produk dan perkhidmatan Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad melalui sistem aplikasi digital.

Aplikasi ini berpotensi menyediakan data dan analisis bagi tujuan pemasaran dan prestasi perniagaan koperasi sekali gus menjadikan ia sebuah platform yang mesra pengguna serta membantu koperasi dalam pendigitalan perniagaan.

Selain itu, ia membantu koperasi mendigitalkan pengoperasian harian, mengurus transaksi dan keahlian dalam talian, mengurangkan tenaga kerja melalui pengautomasian, serta mengakses data-data besar.

Koperasi Tanjong Keramat Malaysia telah membentuk sebuah kerjasama yang strategik bersama Revotek Sdn Bhd bagi meningkatkan lagi maklumat dan penggunaan platform ini di Malaysia.

Menurut Datuk Yahya B Hussin, Pengerusi Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad, platform TAPTAPLAH berfungsi memberi tumpuan kepada operasi perniagaan dan eksperimen dengan strategi digital yang berbeza serta menjadikan proses pengambilan anggota koperasi yang lebih mudah dan pantas.

Ia juga merupakan sebuah pelaburan minimum untuk koperasi melabur dalam pendigitalan di mana segala aktiviti dan pembiayaan penyelenggaraan dan penambahbaikan akan dilakukan melalui platform TAPTAPLAH.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dalam satu kenyataan pula berkata, merapatkan lagi jurang antara pengguna dalam aktiviti koperasi terutamanya golongan muda cenderung menggunakan kemudahan teknologi masa kini.

“Selain mendekatkan jurang teknologi antara koperasi, pengenalan aplikasi TAPTAPLAH ini juga adalah bertujuan untuk mendekatkan lagi aktiviti koperasi dengan generasi muda.

“Orang muda atau golongan belia ini dilihat lebih cenderung kepada kemudahan atas talian dari aspek langganan servis mahu pun pembelian produk,” jelasnya.

Isu Pada

'Kebangkitan' Farid Kamil

14 Jan 2023

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh