web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


20 Tempat Bekerja Terbaik Di Dunia Untuk 2022 Didedahkan

Best Places to Work ialah sebuah program pensijilan antarabangsa, dianggap sebagai 'Standard Platinum' dalam mengenal pasti dan mengiktiraf tempat-tempat kerja terbaik di seluruh dunia.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 10:00AM

Buat kajian sebelum menghantar permohonan selain boleh merisik daripada kenalan yang mungkin punya pengalaman bekerja di organisasi terbabit. - Gambar hiasan dari fail

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekerja di organisasi atau syarikat yang menjanjikan persekitaran kerja positif, menjaga kebajikan pekerja serta menawarkan perkembangan kerjaya yang tidak berat sebelah sudah pasti menjadi dambaan ramai. Sebab itulah apabila kedua-dua kaki sudah berada di dalam organisasi begini, agak sukar untuk melangkah keluar. 

Namun, bagi tempat persekitaran kerja yang sebaliknya, biarpun mendapat tawaran gaji lebih lumayan, sanggup dilepaskan kerana ramai yang sedar duit bukanlah segalanya. Bahkan ramai juga di antara kita mula menitikberatkan kesihatan mental. Perlu ada work life balance. Anda sendiri bagaimana? Adakah majikan anda ketika ini menjanjikan ‘kebahagiaan’ yang didamkan? Jika tidak, mungkin sudah sampai masanya untuk mencari peluang baru. 

Gambar hiasan dari fail
Gambar hiasan dari fail

Buatlah sedikit kajian (banyak lebih baik!) sebelum menghantar permohonan selain boleh merisik daripada kenalan yang mungkin punya pengalaman bekerja di organisasi terbabit.  

Selain itu, anda juga boleh merujuk kepada organisasi Best Places to Work yang mengenal pasti dan mengiktiraf tempat-tempat kerja terbaik di seluruh dunia. Baru-baru ini organisasi antarabangsa ini  mengumumkan senarai 20 Tempat Bekerja Terbaik di dunia untuk tahun 2022. 

Mengungguli senarai kedudukan pada tahun ini ialah Novo Nordisk, syarikat penjagaan kesihatan bertaraf global dengan inovasi dan kepimpinan mencecah hampir seabad lamanya dalam penjagaan penyakit diabetes diikuti oleh Takeda, syarikat penjagaan kesihatan global yang terkemuka. 

Dell mendapat tempat ketiga antara 20 teratas bagi organisasi yang paling menunjukkan prestasi di dunia.

Agar dipertimbangkan, syarikat-syarikat harus dikenal pasti sebagai majikan yang cemerlang sekurang-kurangnya di salah sebuah benua. Sejak beberapa tahun yang lalu, program Best Places to Work mengiktiraf majikan-majikan yang terkemuka di seluruh dunia, disokong oleh pengalaman selama beberapa tahun dalam penilaian budaya tempat kerja, penglibatan pekerja dan keberkesanan organisasi.

Gambar hiasan dari fail
Gambar hiasan dari fail

Setiap tahun, program ini bekerjasama dengan majikan global untuk membantu mereka mengukur, menanda aras, menambah baik amalan sumber manusia (HR) mereka, pengalaman pekerja mereka dan mendapat akses kepada alatan dan kepakaran yang diperlukan oleh mereka untuk membawakan perubahan yang berkesan dan mampan dalam organisasi mereka. 

Syarikat-syarikat yang berada dalam senarai teratas pada tahun ini menunjukkan kecemerlangan di tempat kerja, dengan mencipta pengalaman pekerja dibezakan dan budaya inklusif yang membawa kepada hasil perniagaan yang lebih kukuh dan lebih mampan. 

Syarikat-syarikat berkenaan tahu cara untuk membina kelebihan daya saing tanpa mengira halangan yang berpotensi, termasuk saiz syarikat, serakan geografi dan ciri-ciri industri.

Berikut adalah senarai penuh 20 Tempat Bekerja Terbaik di Dunia bagi tahun 2022:

1.   Novo Nordisk 
2.  Takeda
3.   Dell
4.   MSD
5.  Amway
6.   Alcon
7.  AstraZeneca
8.  Webhelp
9.  Safran
10. Hilti
11.  BSH
12. Comdata
13. AIA Group
14. Fujitsu
15. Doctolib
16. Caisse de dépôt et placement du Québec (CDPQ)
17. Diageo
18. Jardine Schindler Group
19. Servier
20. Roche

3 Tempat Terbaik untuk Bekerja di Malaysia

Daripada senarai panjang di atas, Best Places to Work telah mengenal pasti tiga tempat terbaik untuk bekerja di Malaysia bagi tahun 2022 iaitu Alcon, Novo Nordisk, dan Jardine Schindler Group. 

Alcon Malaysia, ahli gabungan peneraju global bagi penjagaan mata, dianugerahkan kedudukan teratas yang diikuti oleh Novo Nordisk Malaysia, ahli gabungan syarikat penjagaan kesihatan global dengan pengalaman selama lebih 95 tahun dalam inovasi dan kepimpinan bagi penjagaan diabetes. 

Jardine Schindler Group pula  merupakan usahasama antara Jardine Matheson di Hong Kong dan Schindler Group di Switzerland, yang mana gabungan mereka membawa pengalaman selama lebih 300 tahun dalam pengurusan perniagaan, pengkhususan serantau dan kecemerlangan kejuruteraan menduduki tempat ketiga.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari www.bestplacestoworkfor.org. Moga 2023 membuka lembaran kerjaya baharu buat anda yang sedang rancak mencari peluang baru. - Getaran, 15 Januari 2023 

Isu Pada

'Kebangkitan' Farid Kamil

14 Jan 2023

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh