web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesta Tanglung, Pameran Bunga-Bungaan Di Kuil Fo Guang Shan Dong Zen Bermula 19 Januari

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 8:00AM

Pengunjung cilik teruja melihat replika tanglung dan maskot arnab yang menghiasi taman kuil sempena Festival Tanglung dan Bunga 2023 bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina di Kuil Fo Guang Shan (FGS) Dong Zhen - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pesta Tanglung dan Pameran Bunga-Bungaan sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan berlangsung di Kuil Fo Guang Shan Dong Zen, Jenjarom, Kuala Langat dari 19 Januari hingga 5 Februari ini. 

Timbalan Abbess Fo Guang Shan Petaling Jaya SS3 iaitu Ru Xing berkata kawasan seluas 6.47 hektar di mana tanglung ditempatkan di kuil itu bakal menyerupai tema 'Alice in Wonderland' dan pesta tersebut adalah terbuka kepada orang awam dari 10 pagi hingga 10 malam.

Beliau berkata pesta itu akan turut menampilkan tanglung utama berukuran 30 kaki yang bertemakan arnab.

Satu lagi tanglung ialah ‘Happy Birthday To You’ yang bertemakan kek hari jadi untuk mendatangkan kegembiraan kepada golongan kanak-kanak. 

"Setiap tahun, tema utama meraih perhatian ramai dan pada tahun ini, pesta tanglung cuba memberikan pengalaman berbeza kepada mereka," menurutnya dalam kenyataan baru-baru ini.

Selain itu, Ru berkata pesta tersebut akan menampilkan kesan visual 3D Avalokitesvara Bodhisattva supaya orang ramai boleh melihat beliau seolah-olah berada di hadapan mereka, memegang vas putih serta merenjiskan air embun dengan kayu willow, memberkati semua orang agar sentiasa dalam keadaan aman dan bertuah.

Beliau berkata tema utama bagi pesta tanglung ialah amanat Tahun Baharu Cina Master Hsing Yun iaitu 'May benevolence and harmony bring peaceful wellbeing, let abundance and joy yield auspiciousness in our lives.

Ru berkata sekurang-kurangnya 500,000 orang dijangka hadir memeriahkan pesta tanglung dan pameran bunga-bungaan itu.

Perasmian pesta dan pameran itu akan berlangsung pada 19 Januari dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Perpaduan Negara Aaron Aro Dagang dijadualkan menjadi tetamu utama. - Bernama

Isu Pada

'Kebangkitan' Farid Kamil

14 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Rencana 5 bulan yang lalu

Tahun Baharu Cina: Sambutan Merentasi Etnik, Harapan Mengatasi Ketakutan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Wanita Diragut Dalam Kedai di Sungai Rambai, Jenjarom

4

Budaya 2 tahun yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari