web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rashmina Mandanna Dikecam Netizen kerana Mengatakan Lagu Bollywood Lebih Romantik 

Rashmika Mandanna sekali lagi berdepan kemarahan netizen kerana mengatakan lagu Bollywood lebih romantik berbanding lagu India Selatan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 3:17PM

Rashmika Mandanna - Gambar Instagram Rashmika Mandanna

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktres India Selatan yang kini semakin menempa nama dalam industri perfileman Bollywood sekali lagi menerima kecaman daripada netizen.   

Kecaman itu diterima selepas Rashmika membuat pendedahan bahawa dia sangat menyukai lagu-lagu Bollywood yang romantik dalam filem Mission Majnu yang dibintanginya bersama Sidharth Malhotra. 

Rashmika turut memberitahu bahawa dia adalah pencinta lagu Bollywood romantik berbanding lagu-lagu India Selatan yang menurutnya lebih cenderung berbentuk ‘masala’ dan lebih kepada tarian. 

Rashmika Mandana dilaporkan membuat kenyataan itu semasa pelancaran lagu filem Mission Majnu yang akan ditayangkan di Netflix.

Kenyataan yang diberikan Rashmika itu nampaknya tidak begitu disenangi peminat-peminat filem India Selatan. 

Mereka berpendapat Rashmika sengaja mengeluarkan kenyataan seperti itu untuk mengejek industri India Selatan dengan memuji Bollywood. 

Beberapa bulan lepas, Rahsmika turut berdepan dengan kecaman netizen apabila dia memberitahu dia masih belum menonton Kantara. 

Netizen menyelarnya kerana dia seolah-olah memandang rendah terhadap industri India Selatan dan tidak menghargainya berbanding Bollywood. 

Memberi reaksi terhadap kecaman netizen itu, Rashmika memberitahu bahawa dia ketika itu dalam perjalanan ke luar kota. 

''Saya ditanya sama ada telah menonton filem itu selepas dua tiga hari ia ditayangkan. Saya memang tidak sempat untuk menontonnya ketika itu. 

“Apabila saya melihat filem ini, saya menghantar mesej kepada pasukan produksi Kantara dan saya juga menerima balasan 'terima kasih' daripada mereka,” katanya. - Getaran, 1 Januari 2023


 

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

31 Dec 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh